Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Lamanya tak update blog..pertama kerana tidak dapat melancong disebabkan sempadan negara ditutup akibat Covid-19 dan kedua kerana sibuk pindah rumah baru di Eco Spring dan ketiga kerana sibuk dengan Pengurusan Covid-19 di hospital. Tidak pernah menjangkakan kehidupan kita akan berubah sebegini rupa akibat satu virus yang tidak dapat pun dilihat oleh mata kasar. Saya tidak menjangkakan akan dapat travel ke luar negara lagi dalam tahun 2021 ini. Maybe tahun 2022 kita semua dapat travel kembali sekiranya vaksin yang bakal dan sedang kita ambil ini berjaya mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity)...doakan semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dari sudut positifnya pula, saya akhirnya membuat keputusan untuk menetap terus di JB dan bersama suami membeli rumah ke dua di JB. Keadaan covid-19 ni membuatkan saya terfikir tidak mahu berjauhan dengan suami walaupun ditawarkan kenaikan pangkat suatu hari nanti. Keluarga adalah segala-galanya buat saya dan perniagaan suami juga sudah establish di sini. Kalau tidak kerana Covid-19 pastinya saya sibuk menghabiskan duit dengan melancong dan check in hotel sana sini..hahaha..so 2 tahun ni kiranya tempoh untuk berehat daripada melancong dan mencantikkan rumah baru ☺
Saya baru teringat saya belum menghabiskan catatan terakhir saya di bumi Taiwan pada November 2019 yang lalu. Sehari sebelum pulang ke Malaysia kami ke Wilayah Yilan dengan driver hari pertama kami iaitu Eric. Kali ini kami booked dia terus tanpa melalui Klook. Kami bayar kepada dia secara tunai apabila dia menghantar kami pulang ke hotel pada petang itu. Wilayah Yilan agak jauh dari Taipei dan kami membayar RM600+ untuk ke sana dengan menggunakan perkhidmatan Eric yang sangat baik, peramah dan knowledgeable. Dia amat memahami maksud makanan halal dan ini amat membuatkan saya kagum. Dalam perjalanan ke Yilan, Eric membawa kami melalui scenic route dan singgah di Cape Santiago Lighthouse (Sandiao Cape) serta menikmati kopi di Mr Brown Cafe yang terletak di atas bukit dengan pemandangan lautan yang terbentang luas. Cantik sangat pemandangan di situ. Eric juga banyak singgah dalam perjalanan untuk kami mengambil gambar di tempat-tempat yang cantik untuk mengambil gambar. Semasa di Bitou Cape kami terjumpa dengan satu keluarga Cina yang datang dari Mersing. Sempatlah beramah-tamah dan anak kami sempat main dengan cucu keluarga tersebut.
|
Cape Santiago (Sandiao Cape) Lighthouse |
|
Boleh pulak kena selsema |
|
Terjumpa keluarga Chinese dari Mersing, Johor |
|
Di hadapan pintu masuk Mr Brown Cafe..sedap kopi kat sini ala2 Starbucks |
|
Sempat mengisi perut kat sini..makan mushroom spagetti aglio olio |
|
Pemandangan dari tingkat atas cafe..cantik sekali! |
|
Nampak Guishan Island (Turtle Island) di belakang kami |
|
Tingkat atas sekali Mr Brown Cafe |
Di Yilan, Eric juga membawa kami membeli bobba Tea yang katanya paling sedap di Taiwan. Dia pulak yang belanja kami..kami hendak membayar harga minuman dia tak mahu kerana dia cakap dia memang niat untuk belanja kami minum Bobba Tea tersebut. Tapi rasa Bobba Tea itu sangatlah sedap dan pure. Dalam p
erjalanan Eric banyak menelefon Badan Pelancongan untuk bertanyakan makanan-makanan halal yang terdapat di sekitar Wilayah Yilan. Dia bertanya sangatlah detail sehinggalah jenis minyak masak yang digunakan kerana dia tidak mahu ada sebarang unsur tidak halal dalam makanan dan minuman kami. Dia juga membawa kami ke kedai kek yang popular di Yilan dan merasai Taiwanese Scallion Pancake yang sangat sedap rasanya. Rupa Taiwanese Scallion Pancake tu ala-ala roti Canai Malaysia yang telah dicampur dengan daun bawang, bawang dan juga telur. Kami juga ke Diu Diu Dang Forest dan juga Jimmy Park Square.
|
Diu Diu Dang Forest Park |
|
Diu Diu Dang Forest Park |
|
Membeli Bobba Tea..sekali Eric belanja kami pula..So sweet of him.. |
|
Diu Diu Dang Forest Park
|
|
At Jimmy Square |
|
Beramah-tamah dengan local people..hehehe |
|
Singgah kedai kek famous di Yilan |
|
Kedai kek di Yilan |
|
Beli kek buah |
Di Wilayah Yilan, suasana umpama di Malaysia terutamanya kerana terdapat kawasan penanaman padi di sini. Kami juga singgah di satu tempat tinggi di atas bukit untuk menyaksikan kesan jambatan di Nanfang'ao yang runtuh di harbour di situ yang menyebabkan lima orang nelayan meninggal dunia. Kejadian itu berlaku pada bulan Oktober iaitu sebulan sebelum kami ke Taiwan. Pemandangan di sekitar Nanfang'ao ini juga sangat cantik dan kami tidak melepaskan kesempatan untuk bergambar.
|
Nampak tak jambatan yang runtuh pada 2 Oktober 2019 yang lalu? |
Sekianlah cerita pengembaraan kami di Taiwan. Banyak lagi tempat menarik di Taiwan yang kami belum terokai. Taiwan adalah negara yang cantik dan kami berasa selesa sepanjang berada di sana dengan sikap rakyatnya yang lebih ramah dan sopan. Pengalaman sepanjang berurusan di airport dan Imigresen juga berjalan dengan lancar dan kami dilayan dengan begitu baik. Kami memang sangat recommend untuk anda semua melawat ke sana apabila pintu sempadan negara dibuka suatu hari nanti.
|
Di airport sebelum berangkat pulang..di airport ini ada makanan halal |
Ulasan
Catat Ulasan