DAY 6 & DAY 7 IN LONDON
Bilalah agaknya saya akan habis bercerita berkaitan trip saya dan suami ke Eropah ni... update blog pun lama-lama sekali. Maklumlah busy. Bulan Januari dan Februari sahaja 3 majlis keberangkatan Permaisuri Johor (dua rasmi dan satu tidak rasmi) ke Hospital saya kena uruskan termasuk satu lagi ke Kompleks Onkologi Yayasan Tunku Laksamana Johor dimana saya membantu Hospital Permai (menggunakan fasiliti di sana buat sementara waktu tetapi pesakit kanser dari HSIJB). Lately ni pula kesihatan saya sangat tidak mengizinkan. Hampir 3 minggu mengalami daily pain...Allah is testing me.. (masih sakit sampai entry ini ditulis). Alhamdulillah persoalan mengenai sakit yang saya hadapi yang telah mempunyai simptom sejak remaja ini akhirnya terjawab. Bukan penyakit life-threatening tapi sakit yang akan mengganggu kehidupan saya dalam tempoh yang lama. Nanti saya akan bercerita mengenai penyakit saya pada entry yang lain kerana saya ingin membuat awareness campaign kepada kaum wanita yang mungkin ...