DAY 6 & DAY 7 IN LONDON

Bilalah agaknya saya akan habis bercerita berkaitan trip saya dan suami ke Eropah ni...update blog pun lama-lama sekali. Maklumlah busy. Bulan Januari dan Februari sahaja 3 majlis keberangkatan Permaisuri Johor (dua rasmi dan satu tidak rasmi) ke Hospital saya kena uruskan termasuk satu lagi ke Kompleks Onkologi Yayasan Tunku Laksamana Johor dimana saya membantu Hospital Permai (menggunakan fasiliti di sana buat sementara waktu tetapi pesakit kanser dari HSIJB). Lately ni pula kesihatan saya sangat tidak mengizinkan. Hampir 3 minggu mengalami daily pain...Allah is testing me.. (masih sakit sampai entry ini ditulis). Alhamdulillah persoalan mengenai sakit yang saya hadapi yang telah mempunyai simptom sejak remaja ini akhirnya terjawab. Bukan penyakit life-threatening tapi sakit yang akan mengganggu kehidupan saya dalam tempoh yang lama. Nanti saya akan bercerita mengenai penyakit saya pada entry yang lain kerana saya ingin membuat awareness campaign kepada kaum wanita yang mungkin tak sedar apa yang sedang berlaku kepada diri mereka sementelah lagi penyakit ini amat asing di telinga saya dan orang-orang di sekeliling saya. 





Ok, back to our trip in London..we had so much fun in London. Kami naik London Eye (mahal seh tiketnya 60 pound utk 2 orang..darab ler dengan 6.8..pengsan!), kami pergi Tralfagar Square yang kebetulan ada Japan week festival, membeli-belah di Harrods, membeli T-shirt Hard Rock Cafe di Hard Rock Cafe London, Oxford street, Buckhingham Palace, bergambar depan Parliament House, naik cruise merentasi Thymes River, membeli-belah di kedai souvenir area Bayswater (memang murah souvenir kat sini), dan bergambar di hampir semua landmark popular kat sana. Tak susah pun sebab kami naik Big Bus Hop On Hop Off. Kami turut berjalan kaki ke Hyde Park dan Kensington Park pada hari ke 7 di bumi England. Bagi saya Hyde Park tu cantiklah juga tapi Kensington Park tu biasa-biasa saja sebab banyak sangat tahi itik bersepah-sepah atas rumput dan juga kawasan tepi tasik..geli kot! Ewww!!!

 


Finally..bergambar di hadapan Parliament House

Polis berkuda


London Eye  

Hyde Park


Tour HOHO

Hyde Park

Princess Diana's Memorial Fountain 

Trafalgar Square

Ada Japan Week kat Trafalgar Square

My handsome husband :-p 

 

Kensington Park

Buckhingham Palace 

 


Hard Rock Cafe London


Kami ambik express passes untuk menaiki London Eye sebab tak kuasa nak beratur panjang-panjang. Tak menyesal pun naik sebab best nampak pemandangan kota London dari atas. Kami beli tiket tu kat mamat HOHO jer masa tunggu bas HOHO kat tepi jalan. Bagus betul siap bawa mesin tiket dan mesin kad kredit walaupun di tepi jalan cuma. Saya rasa warga London memang tak suka pakai cash kot agaknya rupa siapa kat atas duit pun lupa..hehe..Kami tak masuk Madame Tussaud sebab dah pilih London Eye..itu namanya Opportunity Cost (kalau belajar ekonomi la) mana boleh pilih dua-dua, bangkrap makcik..huhu!!! Lagipun kalau nak masuk Madame Tussaud kena beratur seawal 8 pagi...tak pe la nanti kami masuk yang kat Hong Kong jer (kalau sampai ler nanti).



Amboi..gembira dapat bergambar dengan Kate Winslet walaupun sekadar patung wax


 

Sporting mamat ni..hehe

London Eye



Tak tahu la bila boleh naik lagi

Pemandangan kota London dari atas London Eye



Tempat menaiki cruise

Naik Cruise merentasi Thymes River




London Bridge is falling down, falling down


Saya suka kota London sebab senang giler cari makanan halal..makanan tepi jalan pun ada yang halal dan boleh juga dibayar menggunakan kad kredit. Makanan Malaysia pun mudah nak dapat di sekitar area Bayswater. Harrods memang best...especially bahagian barang-barang keluaran Harrods. Ingat nak beli diari Harrods, tengok harga 49 pound terus cancel...mahalnya keluar air mata tengok..huhu!! Akhirnya beli la juga wallet untuk bapa dan bag make up untuk diri sendiri kat sini dan juga souvenir-souvenir kecil. 



Harrods tu...akhirnya!








Harrods di waktu malam


Kami banyak membeli-belah kat Bayswater..siap beli bag baju saiz Medium untuk letak barang-barang hasil pancingan. Time ni la nak teringat abang la, adik la, kakak la, mak la, adik ipar, nephews..adui la...kalau tak beli rasa kesian dan bersalah pula. Yang penting jangan lupa bargain habis-habisan dan beli Teh English yang sedap dalam bekas-bekas cantik tu (ada bekas bentuk bas London, Telefon London dan macam-macam lagi).



Melantak kat Tuk Tuk Restaurant

 

Banyak giler halal restaurant area Bayswater ni

Lupa nama restoren ni..best sgt makanan dia..ada itik panggang

Kedai 1 pound..banyak jugak souvenir jual kat sini..satu pound jer..murah daripada kedai lain


Kedai cenderahati area Bayswater

Siap beli beg baru..hehe..




Hari ke 7 tu kami ke Victoria Bas Station kerana kami akan bertolak ke Belgium pada pukul 9.30 malam menaiki mega bus lagi sekali. To be safe saya siap beli tempat duduk bas extra sebab saya takut driver bas tak bagi kami bawa beg lebih sebab luggage policy kat sana amat ketat. Saya baca kat Internet ada driver bas yang tak bagi passenger bawa beg lebih. Tapi hari tu driver basnya tak pulak kisah...alahai rugi pulak rasanya beli satu seat extra. Stesyen bas kat sini lebih cantik dan teratur daripada Paris. Saya punya letih naik atas bas terus tidur tak sedar diri sampailah kena naik feri lagi sekali untuk menyeberang selat Inggeris. Kami sampai ke Brussel agak awal dalam pukul 6 pagi.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris