ENGLAND (ROAD TRIP DAY 5) BIRMINGHAM, STRAFORD-UPON-AVON, BICESTER VILLAGE & OXFORD

Hari ke lima road trip, kami bangun awal dan disajikan mee dan juga tiramisu enak yang dibuat sendiri oleh Azza. Sedap sangat tiramisunya...masih teringat-ingat sehingga sekarang. Kami sempat bergambar sebelum bertolak dan Azza mengesyorkan kami mengunjungi tempat kelahiran Shakespeare di Straford-Upon-Avon yang menurutnya sangat cantik. Kami juga bercadang untuk singgah di Bicester Village dan meronda sekitar bandar Oxford. Suami saya tu teringin sangat nak tengok University of Oxford.

 

Thanks Farid layan kami berdua


Sedap Azza masak especially tiramisu


Thanks Azza..nice house nice food :-)


 

Perjalanan road trip kami di England di hari kelima dan terakhir diteruskan dengan pusing-pusing di sekitar Birmingham City di mana kami mengunjungi Bangunan shopping complex Bull Ring yang ada replika Bull di tengah-tengah kawasan lapang di shopping complex tersebut. Rekaan bangunan di situ juga sangat cantik dan unik. Di sini juga saya terbeli manicure set jenama Vine-Vera berharga 49 pound bersamaan dengan RM300 ++ duit kita. Pandai betul minah Russian tu memperdayakan saya sampai saya terbeli set tu tapi tak menyesal pun...kuku saya cantik sekarang ni..berkilat-kilat...hehe..


Pandai minah Russia ni mengayat..terbeli jua manicure set mahal..huhu...tapi best!





Bull Ring



Sibuk jer budak kat belakang in enterframe!!!







Bandar yang tenang..




Sekitar Birmigham City




Cantik sgt bangunan ni..unik!


Kami meneruskan perjalanan ke Straford-Upon-Avon dan memang benar bagai diberitahu Azza, tempat ini sangat cantik dan menyamankan..ada canal yang cantik tapi kami tak naik pun. Kami juga cuma bergambar sahaja di luar rumah kelahiran Shakespeare..nak masuk kena bayar..tapi boleh tengok juga daripada gift shop walaupun tak nampak semua. Kebetulan hari tersebut juga ada food festival dan ada juga makanan halal dari Morocco yang kami jumpa..apa lagi kami terus beli dan makan sambil berjalan dan seterusnya sambung makan dalam kereta. Ada juga street performance oleh band music di sini. 


Dah sampai ke Shakespeare Birthplace



Di hadapan rumah kelahiran Shakespeare



Nice flowers at Straford-Upon-Avon




Itu bukan patung tapi orang..street performance




Beautiful Canal at Straford-Upon-Avon






Food Festival..ini gerai makanan halal dari Morocco





Beli dan makan..hehe..


Perjalanan kami diteruskan ke Bicester Village. Bagai dijangka kami tak beli apa-apa barang pun kerana kami sudah shopping di Paris, Gloucester dan Chester. Harga pun boleh tahan di sini dan pilihan tak sebanyak di Chester. Kebanyakan barang kat Bicester cuma untuk jenama-jenama mahal sahaja berbanding Cheshire Oaks Designer Outlet di Chester yang lebih mempunyai pilihan dari yang murah sehingga ke mahal. 


Bicester Village..bergambar jer la..nak beli tak mampu..huhu!!




Parking percuma

 

Kami meneruskan rondaan ke Bandar Oxford tapi kami pergi salah time...time tu orang balik kerja walaupun belum pukul 4.30 pun lagi..kat sini lah kami kena saman sebab termasuk laluan bas yang kami langsung tak perasan. Kami cuma tahu kena saman sebulan selepas itu bila company kereta sewa hantar surat ke rumah. Company tu dah siap bayar dan deduct daripada kad kredit saya...saman cuma 30 pound tapi yang tak tahan tu kos pentadbirannya sampai 36 pound..so semuanya sekali berjumlan 66 pound (dalam RM400++)..apa nak buat dah nasib badan..terima jer la..nasib baik suami bayar balik..habis dia yg gedik nak sangat round bandar Oxford! University of Oxford tu tak ada la cantik mana pun. Terletak kat tepi jalan dan bersepah-sepah jer fakulti dan bangunannya. Bangunan pun antik ala-ala dalam cerita Harry Porter tu.





Sekitar University of Oxford



Fakulti bersepah-sepah









Kami meneruskan perjalanan ke London dan seperti dijangka jalan sangat jammed padahal baru pukul 5 jer...ramai nak ke central London sambut malam minggu dengan clubbing dan mabuk-mabuk rasanya. Kami sampai ke company kereta sewa untuk memulangkan kereta sewa tapi minyak tak full betul katanya sebab kami isi minyak masa mula-mula masuk kota London...so kenalah keluar dan isi semula..tak sampai 5 pound pun yang tak cukupnya tu..berkira betul company kereta ni..hehe..


Lepas hantar kereta kami terus ambik teksi untuk ke Hotel. Merasa jugalah naik teksi London yang selalu nampak dalam TV tu..besar teksi ni..tak ada bonet semua beg masuk dengan kita terus dan ada kemudahan pembayaran melalui kad kredit juga...canggih canggih! Hotel kami kat London ni kecik jer ruangnya...alahai..nak letak beg yang banyak tu lagi...aircond memang tak ada cuma ada kipas kecil sahaja. Kota London tak lah sejuk sangat macam kat luar bandar so kadang-kadang kena buka jugalah kipas kecil tu..itulah bilik kami untuk dua malam. Harga boleh tahan mahal berbanding hotel di luar bandar cuma lokasinya jer yg best kat Bayswater yang dekat dengan pelbagai restoren halal dan berhadapan dengan kawasan Hyde Park dan Kensington Park. Kami membayar sebanyak RM1344 untuk dua malam untuk bilik hotel sekecil itu...nanges..huhu!! Kami menempah The Bayswater Inn hotel tetapi kami dihantar ke the Queens Park Hotel yang terletak berdekatan kerana hotel asal kami telah penuh akibat kesalahan sistem booking hotel tersebut. Tapi masih sama standard hotelnya dan bawah satu pengurusan yang sama. Kami dihantar ke sana menaiki kenderaan hotel dan free of charge. Rasa penat sangat malam tu nak keluar..lastly kami makan maggi jer dan terus tidur.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris