Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel family gathering

Family Day di Chalet Bayu Naka, Kedah

Imej
Assalamualaikum semua pembaca.. Entry kali ini saya akan menceritakan tentang Family Day yang kami adakan di Chalet Bayu Naka pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu. Sehari selepas kenduri kahwin sepupu saya di Kuala Kedah, kami 3 beradik beserta keluarga (kakak dan keluarganya tak balik) beserta mak dan bapa serta mak cik dan keluarga serta paksu dan keluarga check in satu malam di Chalet Bayu Naka untuk gathering keluarga. Tak ramai yang boleh ikut memandangkan perancangan tidak dibuat pada skala yang besar. InsyaAllah, plan tahun depan nak buat lebih gempak, luar dari negeri Kedah dan melibatkan ramai ahli keluarga yang lain. Chalet Bayu Naka adalah chalet yang teretak dalam kawasan kampung dan di kelilingi oleh dusun buah-buahan. Kalau datang ke sini dalam musim buah mesti best dapat makan durian dan rambutan banyak-banyak tanpa sebarang bayaran tambahan. Malangnya chalet sudah habis ditempah pada musim buah-buahan. Chalet ini hanya mempunyai 4 bilik yang dilengkapi penghaw...

Family Gathering at Tasik Beris, Kedah

Imej
  Assalamualaikum semua pembaca sekalian..   Kali ini saya nak bercerita tentang percutian saya pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu bersama keluarga di Tasik Beris yang terletak di dalam Daerah Sik, Kedah. Percutian keluarga kali ini dimeriahkan oleh kesemua adik-beradik mak yang masih hidup. Mak saya mempunyai 8 orang adik-beradik namun yang masih hidup cuma seramai empat orang termasuk mak saya. Adik-beradik saya yang menyertai percutian ini cumalah saya dan abang serta keluarganya. Kakak saya serta adik dan keluarga mereka tidak dapat menyertai kerana ada komitmen lain. Manakala mak cik saya membawa kesemua anak-anaknya yang berjumlah empat orang dan begitu juga dengan paksu saya yang membawa bersama isteri dan anak-anaknya. Cuma pakcik saya saja yang hanya membawa isteri dan seorang sahaja dari empat orang anaknya ke percutian itu. Banyak lagi sepupu-sepupu saya yang tidak dapat menyertai percutian ini mungkin kerana perancangan yang dibuat secara 'last minute'...