Family Day di Chalet Bayu Naka, Kedah
Assalamualaikum semua pembaca..
Entry kali ini saya akan menceritakan tentang Family Day yang kami adakan di Chalet Bayu Naka pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu. Sehari selepas kenduri kahwin sepupu saya di Kuala Kedah, kami 3 beradik beserta keluarga (kakak dan keluarganya tak balik) beserta mak dan bapa serta mak cik dan keluarga serta paksu dan keluarga check in satu malam di Chalet Bayu Naka untuk gathering keluarga. Tak ramai yang boleh ikut memandangkan perancangan tidak dibuat pada skala yang besar. InsyaAllah, plan tahun depan nak buat lebih gempak, luar dari negeri Kedah dan melibatkan ramai ahli keluarga yang lain.
Chalet Bayu Naka adalah chalet yang teretak dalam kawasan kampung dan di kelilingi oleh dusun buah-buahan. Kalau datang ke sini dalam musim buah mesti best dapat makan durian dan rambutan banyak-banyak tanpa sebarang bayaran tambahan. Malangnya chalet sudah habis ditempah pada musim buah-buahan. Chalet ini hanya mempunyai 4 bilik yang dilengkapi penghawa dingin manakala 2 bilik ala-ala rumah tradisional yang disediakan kipas. Harga chalet pun murah sekitar RM50 - RM90. RM90 bagi chalet yang memuatkan family room. Chalet ini turut dilengkapi dengan tempat memasak, peralatan memasak dan BBQ, dewan makan, kolam renang kanak-kanak (kami yang dewasa pun terjun juga..heheh), buggy dan ATV untuk disewa, tempat memanah dan kedai runcit kecil.
Baru sampai dah terjun kolam budak bertuah 2 orang ni!
4 buah chalet ber aircond tu semua kami tempah :-)
Seperti biasa saya sponsor barang-barang makanan seperti maggi, ayam, sosej, air mineral dan sebagainya manakala paksu saya membekalkan seafood yang sangat banyak untuk dibakar masa malam BBQ nanti. Abang dan kakak ipar turut membeli barang makanan lain untuk tempoh dua hari tersebut. Kami turut menyewa buggy untuk melihat-lihat kawasan kampung dan saya buat pertama kalinya memandu buggy tersebut. Manakala suami, paksu dan sepupu saya menyewa ATV dan pusing keliling kampung.
Ramai yang naik..tapi time ni dah sampai balik..semua dah turun pergi cari makanan..hehe.. |
Aktiviti-aktiviti sebegini bukan saja mampu menghilangkan stress tetapi juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan memandangkan kami tinggal jauh di antara satu sama lain dan pada waktu-waktu sebegini sahaja kami dapat berjumpa dan bersembang panjang.
Poyo betul abang aku ni..tak sado pun! Hehe.. |
dkt mana tmpat ni boleh bg no fon x owner tmpat ni
BalasPadam