Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

The Langit Rimba.. Bercuti di dalam hutan

Imej
Assalamualaikum semua pembaca...Apa khabar semua di musim Covid-19 tengah melanda dunia. Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Sebelum saya menamatkan siri jelajah saya ke Taiwan, izinkan saya bercerita mengenai percutian dalam negara kami ke resort dalam hutan yang terletak di Jalan Pantai, yang terletak dalam daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Resort yang dinamakan The Langit Rimba ini berdekatan dengan Awan Mulan, The Shorea, The Dusun dan Sembayu Villa. Disebabkan PKPP maka kami rasa wajar untuk mencuba resort-resort unik yang belum dikunjungi dalam negara. Kami ke sana pada 27 Ogos 2020 dan tidak tahu sama ada tuah kami atau apa, hanya kami yang menginap di resort tersebut pada hari berkenaan. Di main entrance resort tersebut terdapat 4 bilik iaitu 2 bilik di aras atas dan 2 bilik di aras bawah yang boleh menempatkan seramai 14 orang untuk ke empat-empat bilik tersebut. Di main entrance resort ini juga terdapat kolam renang dan setiap aras dilengkapi pantry dan

Taiwan Trip With Toddler Part 3 - Taipei City Tour with Sightseeing Bus

Imej
Assalamualaikum semua.. Percutian hari ke empat kami diteruskan dengan tour sekitar bandar Taipei dengan menggunakan Sightseeing Bus Hop On Hop Off. Taipei merupakan bandar yang agak tenang berbanding Kuala Lumpur dan bangunan pencakar langitnya tidaklah banyak seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Walaupun demikian, Taipei mempunyai Bangunan Taipei 101 yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia selama enam tahun sebelum gelaran itu dirampas oleh Burj Khalifa di Dubai pada tahun 2010. The Iconic Taipei 101 Atas bas sightseeing..bukan main lagi gaya diva kecik..hahaha... Perjalanan kami pada hari itu berjalan lancar kerana jalan sangat lengang pada hari Ahad. Mungkin ramai yang ke luar bandar untuk bercuti makanya hari Ahad merupakan hari yang tepat untuk mengelilingi bandar Taipei. Manakala untuk ke luar bandar ke tempat-tempat tarikan utama adalah dinasihatkan untuk pergi pada weekdays . Kami membeli tiket Bus Sightseeing dengan menggunakan aplika