The Langit Rimba.. Bercuti di dalam hutan



Assalamualaikum semua pembaca...Apa khabar semua di musim Covid-19 tengah melanda dunia. Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Sebelum saya menamatkan siri jelajah saya ke Taiwan, izinkan saya bercerita mengenai percutian dalam negara kami ke resort dalam hutan yang terletak di Jalan Pantai, yang terletak dalam daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Resort yang dinamakan The Langit Rimba ini berdekatan dengan Awan Mulan, The Shorea, The Dusun dan Sembayu Villa. Disebabkan PKPP maka kami rasa wajar untuk mencuba resort-resort unik yang belum dikunjungi dalam negara. Kami ke sana pada 27 Ogos 2020 dan tidak tahu sama ada tuah kami atau apa, hanya kami yang menginap di resort tersebut pada hari berkenaan. Di main entrance resort tersebut terdapat 4 bilik iaitu 2 bilik di aras atas dan 2 bilik di aras bawah yang boleh menempatkan seramai 14 orang untuk ke empat-empat bilik tersebut. Di main entrance resort ini juga terdapat kolam renang dan setiap aras dilengkapi pantry dan ruang rehat sendiri. Manakala villa yang kami tempah melalui Agoda bukan terletak di area main entrance ini tetapi sebaliknya jauh lagi ke atas dan perlu turun dengan kereta jika ingin ke kolam renang. 


Walaupun villa yang kami tempah itu lebih besar dan mempunyai saiz katil king kami dengan gembiranya menerima pelawaan Puan Roza staf yang menjaga tempat ini untuk tinggal di sini memandangkan hanya kami penghuni pada hari berkenaan. Bilik yang kami tukar ini tiada katil saiz king namun bersyukur kerana ada sofa bed di dalam bilik. Bilik di sini tidak dilengkapi dengan langsir dan terus menghadap hutan dan bukit yang menyegarkan mata memandang. Kalau anda rasa takut nak tengok pemandangan di luar pada waktu malam, anda boleh menggunakan kelambu yang dibekalkan..selesai masalah..hahaha..saya dengan anak serta suami tidur nyenyak je malam tu. Oh ya, semua staf balik selepas kami check in. So rasa sangat private seolah-olah berada di rumah sendiri. Kami membawa semua barang memasak kerana tiada restoren berdekatan dan nak sampai ke tempat ini jalannya agak berliku mendaki bukit dan hanya ada satu lorong sahaja. Jadi kalau kenderaan bertembung, satu kenderaan perlu mengalah dan ke tepi. Kami tidak membawa sebarang peralatan memasak kerana pantry dilengkapi dengan rice cooker, microwave, toaster, fridge, cerek, pisau, pinggan mangkuk, pencuci pinggan mangkuk dan semua jenis utensil. Seronoknya memasak sambil menikmati pemandangan hutan dan bukit di pantry terbuka. Tiada dinding melainkan blind yang boleh ditutup sekiranya hujan. Sarapan pagi kami keesokan harinya disediakan oleh pihak resort. 


Kolam renang pun cantik dan menghadap pemandangan hutan dan bukit. Cuaca masa kami pergi memang cerah dan tiada hujan. Bilik-bilik di sini hanya boleh dikunci dari dalam sahaja. Pintu utama resort hendaklah diselak apabila pekerja semua telah pulang. Alhamdulillah barang-barang kami tiada yang hilang. Saya dan keluarga sangat menikmati percutian di dalam hutan ini. Bangun pagi dalam cuaca yang dingin dengan suara unggas, ayam berkokok dan burung-burung berkicauan amatlah menenangkan dan menyamankan. Kalau pergi satu keluarga lagi best dan book semua bilik yang ada..mesti jadi perjumpaan keluarga yang menyeronokkan. Saya difahamkan oleh Puan Roza, ada air terjun berdekatan dan kalau tak kerana PKPP boleh buat brisk walk sehingga ke air terjun tersebut. Saya pasti akan ke sini lagi suatu hari nanti bagi menikmati percutian di dalam hutan yang mampu memberikan terapi kepada minda saya. 





Anak manja kami..diva kecik..hehehe


















Puan Roza tengah menunjukkan villa asal yang kami tempah



Traditional setting



Masakan saya hari itu














Villa asal kami yang nampak sipi2 bumbung warna oren tu

Kucing di situ...manjanya

Breakfast yang disediakan oleh pihak resort













 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris