EUROPE TRIP 2018 - SALZBURG, AUSTRIA
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Salzburg, Austria. Kami ke Salzburg kerana mahu melawat ke Hallstatt, perkampungan di pekan kecil yang dikatakan antara tercantik di dunia. Perjalanan dari Munich ke Salzburg cuma mengambil masa kurang daripada dua jam. Pemandangan indah dapat kami lihat di sepanjang perjalanan. Salzburg adalah salah satu kota yang indah yang pernah kami lawati. Orang-orangnya yang bersopan, sangat menghormati pejalan kaki, dan ramah membuatkan kami jatuh cinta dengan kota ini. Keadaan kota yang lebih tenang dan mempunyai banyak tempat tarikan menarik membuatkan ramai pelancong gemar singgah di Salzburg. Salzburg Hauptbahnhof (Main Train Station) juga amat mesra Muslim tourist kerana ada menyediakan satu cubicle toilet yang mempunyai paip. Salzburg Altstadt juga merupakan UNESCO World Heritage Site. Di sini kami menginap di hotel Lasserhof yang menawarkan breakfast dan juga bilik yang selesa dengan ruangan bilik yang tidak terlalu besar tetapi bil...