EUROPE TRIP 2018 - SALZBURG, AUSTRIA




Perjalanan kami seterusnya menuju ke Salzburg, Austria. Kami ke Salzburg kerana mahu melawat ke Hallstatt, perkampungan di pekan kecil yang dikatakan antara tercantik di dunia. Perjalanan dari Munich ke Salzburg cuma mengambil masa kurang daripada dua jam. Pemandangan indah dapat kami lihat di sepanjang perjalanan. Salzburg adalah salah satu kota yang indah yang pernah kami lawati. Orang-orangnya yang bersopan, sangat menghormati pejalan kaki, dan ramah membuatkan kami jatuh cinta dengan kota ini. Keadaan kota yang lebih tenang dan mempunyai banyak tempat tarikan menarik membuatkan ramai pelancong gemar singgah di Salzburg. Salzburg Hauptbahnhof (Main Train Station) juga amat mesra Muslim tourist kerana ada menyediakan satu cubicle toilet yang mempunyai paip. Salzburg Altstadt juga merupakan UNESCO World Heritage Site.



Di sini kami menginap di hotel Lasserhof yang menawarkan breakfast dan juga bilik yang selesa dengan ruangan bilik yang tidak terlalu besar tetapi bilik airnya sangat luas dan selesa. Bilik ini juga dilengkapi dengan air-cond dan ini sangat penting kerana musim bunga cuaca di Salzburg tidaklah terlalu sejuk cuma lebih kurang 23 - 24 darjah celcius sahaja. Hotel ini juga berdekatan dengan Salzburg Hauptbahnhof  (Main Train Station) iaitu lebih kurang 430 meter. Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan city center dan juga Old Town (Salzburg Altstadt) . Kami hanya berjalan kaki untuk ke city center dan juga ke Old Town.
 

Salzburg HBF

Bilik hotel kami untuk dua malam







Kami sempat singgah ke Mirabell Palace, Mirabell Garden, rumah  kelahiran dan rumah tempat tinggal Mozart, menyusuri sungai Salzach dan juga jambatan, residentzplatz, PomQuartier dan juga menyaksikan keindahan Hohensalzburg Castle daripada bawah. Rancangan untuk mendaki istana di atas bukit pada hari kedua gagal kerana peristiwa yang terjadi di Hallsatt (akan diceritakan dalam entri seterusnya). Ice cream di sana sangat sedap dan creamy. Kami menjamu selera di Nordsee yang menawarkan semua jenis makanan laut yang enak. Restaurant Nordsee ni bersebelahan dengan rumah Mozart yang dicat warna kuning. 





Ice cream sedap..creamy sangat! Yummy!


Black and white tulips..nice!


Pegang apa tu bang?!!!


Bunga Tulip yang dah kembang..sangat cantik campuran color tulip ni!










Mirabell Garden yang cantik


















Hohensalzburg Castle kat atas bukit tu...ada funicular untuk naik ke atas. Harga tak sure pasal tak naik





Bersepah tong sampah depan rumah Mozart...memang mengganggu pemandangan betul!


Sedap makanan kat Nordsee ni!







Macam-macam ada!


Inilah restorennya..sebelah Mozart Geburtshaus







Masa ni dah pukul 8 pm lebih 



Mirabell Garden at night..


Minah bunga 😃

 



Kedai-kedai souvenir dan kedai-kedai shopping kat sini memang tutup cepat dalam pukul 6 petang walaupun lambat gelap...so, cepat-cepatlah shopping kalau tak memanglah gigit jari tak dapat beli barang yang diinginkan. Pemandangan Mirabell Garden juga sangat cantik di waktu malam..so, bolehlah duduk lama sikit menikmati pemandangan. Actually, boleh naik lif kat Museum of Art (Museum De Moderne)  untuk menikmati pemandangan kota Salzburg dari atas bukit. Tapi kami ingat nak pergi keesokan harinya selepas balik dari Hallstatt kalau sempat. Overall, Salzburg adalah kota yang penuh dengan sejarah dan menawan untuk dilawati...memang berbaloi datang ke sini!


Tips dari saya:
1) Minta peta dari pihak hotel
2) Print siap-siap peta lokasi setiap tempat yang hendak dikunjungi
3) Download google maps yang boleh guna offline





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris