EUROPE TRIP 2018 - HALLSTATT, AUSTRIA
Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog saya ini.
Ok, hari ni nak sambung cerita Europe Trip 2018 setelah puas makan rendang dan ketupat palas! Perjalanan kami ke Hallstatt, Austria ada pelbagai memori untuk dikenang. Perjalanan ke sana dengan menggunakan bas sangat memuaskan hati kerana pemandangan yang kami nikmati di sepanjang perjalanan sangatlah awesome! Pemandangan scenic route ni tidak akan dinikmati sekiranya kami menaiki train di sepanjang perjalanan ke Hallstatt. Kami menaiki bas 150 di Salzburg HBF dengan harga one way Euro 10.70 seorang. Tiket dibeli terus dengan driver bas dan mengambil masa sekitar sejam setengah untuk sampai ke Bad Ischl Banhof. Setelah sampai ke Bad Ischl Banhof kami terus ke train station Bad Ischl untuk menaiki train ke Hallstatt. Harga tiket adalah Euro5.40 untuk seorang one way journey dan mengambil masa sekitar 20 minit untuk sampai. Setibanya kami di Hallstatt, kami terus berjalan ke jeti yang terletak berdekatan untuk menaiki bot yang mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke perkampungan antara tercantik di dunia itu. Harga tiket bot/ feri kalau tak silap saya Euro 10 untuk return journey bagi dua orang. Perjalanan sangat mudah kerana kemudahan pengangkutan awan yang sangat efficient dan terletak berdekatan di antara satu sama lain.
Tempat tunggu bas..depan Salzburg HBF je.. |
Jadual bas |
Harga tiket |
Masih ada pondok bas tradisional..tapi bukan kat semua tempat |
Scenic route |
Cuaca pada hari tersebut agak sejuk tapi bertukar kurang sejuk sekiranya matahari tegak di atas kepala. Pendek katanya, cukup dengan bawa light jacket jika pergi ke sana pada pertengahan atau hujung musim bunga. Pemandangan di Hallstatt sangatlah cantik dan dipenuhi dengan rumah-rumah tradisional masyarakat Austria. Agak-agaknya lah kan..mesti perkataan stress tu tak wujud dalam hidup seharian mereka kerana pemandangan seharian sangatlah cantik untuk dinikmati. Di sini ada beberapa tempat yang boleh dilawati iaitu:
- Cultural Heritage Museum (Mahal jugak tiketnya..kami tak masuk pun)
- Beihaus - cemetery
- Salt Caves
- Gereja Katholische Pfarrkirche "Maria am Berg"
- Gereja Evangelische Kirche Hallstatt
Di station train di Bad Ischl untuk menuju ke Hallstatt
Ambil gambar jadual train siap-siap..senang nak refer nanti
Stesyen train di Hallstatt, kecil jer..
Terus jalan ke jeti
Laluan ke jeti
Inilah jetinya..kecil jer..dah nampak dah perkampungan Hallstatt tu kat depan..dekat jer
Atas bot
Hiasan unik di salah sebuah kedai di sana
Selain itu, boleh juga ke Ice Caves, Mammoth Cave dan 5 fingers Lookout tetapi semua tempat ini bukan berada tepat di perkampungan itu tetapi perlu menaiki feri untuk menyeberang tasik ke Dachstein..pastikan memiliki masa yang cukup untuk cover semua tempat ini.
Untuk makluman juga, tempat ini terkenal dengan pembuatan garam. Memang banyak akan jumpa souvenir daripada garam yang dijual di sini. Saya paling tertarik dengan kedai-kedai di sini yang dihias cantik dan menarik. Kami menjamu selera di sebuah restoren di tepi tasik dengan berlatarkan pemandangan yang sangat cantik. Mahal sekali pemandangan untuk lunch kami hari ini. Di sini saya tidak berjumpa dengan restoren makanan halal tapi kami mengambil keputusan menjamu selera di restoren itu kerana tiada sebarang pork dijual di situ dan kami memesan menu ikan sahaja. Jangan risau pasal sos cili kerana di sana dan juga di Salzburg ada sos cili pedas dari Thailand disediakan..ada cop halal juga!
Hiasan kedai yang cantik dan unik!
Garam
Sabun home made
Garam lagi
Muzium...yang depan tu manusia bukannya patung!
Harga tiket muzium..boleh tahan mahal! Kecil jer muziumnya pun!
Rumah tradisional masyarakat Austria
Cemetery..nak sampai sini kena naik atas
Pemandangan dari atas...kena panjat tangga sikit la
Superb view from the top!
Jeti..tempat tunggu bot untuk balik
Kami bertolak balik pada pukul 3 petang dengan harapan akan tiba ke Bandar Salzburg pada pukul 5 petang kerana kami masih berniat untuk meronda-ronda di kawasan sekitar. Unfortunately, kami menunggu punyalah lama tapi train kami tak sampai-sampai sehinggalah kami mendapat tahu bahawa ada interruption di laluan train menyebabkan train yang ingin kami naiki untuk ke Bad Ischl tidak sampai-sampai. Suami pula akibat terpengaruh dengan kata-kata orang yang baru dikenali mengajak saya menaiki train yang baru sampai untuk ke laluan seterusnya dengan harapan train itu akan berpatah balik. Bila naik baru sedar train itu akan ke destinasi terakhir yang sangat jauh. Menyedari itu, maka kami serta satu couple berusia dari California dan dua gadis muda dari Korea mengambil keputusan untuk turun darin train itu dan menunggu train untuk balik semula ke arah Bad Ischl. Alhamdulillah train akhirnya tiba dan kami perlu turun di dua perhentian selepas Hallstatt dan menaiki bas yang telah disediakan oleh syarikat train untuk ke Bad Ischl. Alhamdulillah bila sampai ke Bad Ischl bas balik ke Salzburg belum lagi bertolak dan cepat-cepat kami beratur kerana laluan bas ini cuma sekali sahaja setiap satu jam. Kami sampai ke Salzburg hampir pukul 8 malam dan tak ada daya lagi untuk berjalan ke bandar. Kami balik ke hotel, mandi dan makan sahaja nasi serta lauk segera yang kami bawa lalu merebahkan diri, upload gambar ke Facebook dan tidur kerana kami akan bergerak seawal 8.15 pagi untuk kembali ke Switzerland.
Lalang kat sana pun lawa..bunga kekwa lagi tu!
Kebosanan menunggu train yang tidak kunjung tiba..
Pemandangan dari dalam bas semasa perjalanan pulang ke Salzburg
Di station train di Bad Ischl untuk menuju ke Hallstatt |
Ambil gambar jadual train siap-siap..senang nak refer nanti |
Stesyen train di Hallstatt, kecil jer.. |
Terus jalan ke jeti |
Laluan ke jeti |
Inilah jetinya..kecil jer..dah nampak dah perkampungan Hallstatt tu kat depan..dekat jer |
Atas bot |
Hiasan unik di salah sebuah kedai di sana |
Untuk makluman juga, tempat ini terkenal dengan pembuatan garam. Memang banyak akan jumpa souvenir daripada garam yang dijual di sini. Saya paling tertarik dengan kedai-kedai di sini yang dihias cantik dan menarik. Kami menjamu selera di sebuah restoren di tepi tasik dengan berlatarkan pemandangan yang sangat cantik. Mahal sekali pemandangan untuk lunch kami hari ini. Di sini saya tidak berjumpa dengan restoren makanan halal tapi kami mengambil keputusan menjamu selera di restoren itu kerana tiada sebarang pork dijual di situ dan kami memesan menu ikan sahaja. Jangan risau pasal sos cili kerana di sana dan juga di Salzburg ada sos cili pedas dari Thailand disediakan..ada cop halal juga!
Hiasan kedai yang cantik dan unik! |
Garam |
Sabun home made |
Garam lagi |
Muzium...yang depan tu manusia bukannya patung! |
Harga tiket muzium..boleh tahan mahal! Kecil jer muziumnya pun! |
Rumah tradisional masyarakat Austria |
Cemetery..nak sampai sini kena naik atas |
Pemandangan dari atas...kena panjat tangga sikit la |
Superb view from the top! |
Jeti..tempat tunggu bot untuk balik |
Kami bertolak balik pada pukul 3 petang dengan harapan akan tiba ke Bandar Salzburg pada pukul 5 petang kerana kami masih berniat untuk meronda-ronda di kawasan sekitar. Unfortunately, kami menunggu punyalah lama tapi train kami tak sampai-sampai sehinggalah kami mendapat tahu bahawa ada interruption di laluan train menyebabkan train yang ingin kami naiki untuk ke Bad Ischl tidak sampai-sampai. Suami pula akibat terpengaruh dengan kata-kata orang yang baru dikenali mengajak saya menaiki train yang baru sampai untuk ke laluan seterusnya dengan harapan train itu akan berpatah balik. Bila naik baru sedar train itu akan ke destinasi terakhir yang sangat jauh. Menyedari itu, maka kami serta satu couple berusia dari California dan dua gadis muda dari Korea mengambil keputusan untuk turun darin train itu dan menunggu train untuk balik semula ke arah Bad Ischl. Alhamdulillah train akhirnya tiba dan kami perlu turun di dua perhentian selepas Hallstatt dan menaiki bas yang telah disediakan oleh syarikat train untuk ke Bad Ischl. Alhamdulillah bila sampai ke Bad Ischl bas balik ke Salzburg belum lagi bertolak dan cepat-cepat kami beratur kerana laluan bas ini cuma sekali sahaja setiap satu jam. Kami sampai ke Salzburg hampir pukul 8 malam dan tak ada daya lagi untuk berjalan ke bandar. Kami balik ke hotel, mandi dan makan sahaja nasi serta lauk segera yang kami bawa lalu merebahkan diri, upload gambar ke Facebook dan tidur kerana kami akan bergerak seawal 8.15 pagi untuk kembali ke Switzerland.
Lalang kat sana pun lawa..bunga kekwa lagi tu! |
Kebosanan menunggu train yang tidak kunjung tiba.. |
Pemandangan dari dalam bas semasa perjalanan pulang ke Salzburg |
hiii nak tanya, klu compare sewa kereta dengan naik public transport ke sana mana yg rasanya yg ok
BalasPadam