EUROPE TRIP 2018 - MUNICH, GERMANY


Perjalanan hari kedua kami di bumi Eropah diteruskan ke Munich, Germany. Kami memilih Munich kerana suami saya ingin ke Museum BMW dan juga ke Stadium Bayern Munich. Sebagai peminat kereta BMW dia memang sangat menantikan kunjungan ke Museum BMW ini...mudah-mudahan impian dia untuk membeli kereta jenis ini akan tercapai sedikit masa lagi...amin! Setibanya kami di Munchen Hauptbahnhof (Main Train Station), kami terus bergerak ke hotel yang terletak hanya di bangunan berhadapan dengan main train station ini. Kami check in di Hotel Amba (saya lupa ambik gambar hotel ni juga) lebih kurang pukul 2.00 petang. Bilik kami agak sempit tapi susunannya membuatkan kami mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan semua bag kami.



Menunggu train untuk ke Munich.

Munchen (Munich) Hauptbahnhof (train central station)


Di sebelah hotel ada restoren makanan halal Timur Tengah yang menjual kebab, palafel dan sebagainya dan harga makanan di Munich lebih reasonable berbanding di Zurich. Setelah selesai makan kebab besar yang berharga 5 euro  kami terus ke tempat menunggu bas Hop-On-Hop-Off yang akan membawa kami untuk City Tour. Ketika atas bas kami bertembung dengan sekumpulan lelaki yang berpakaian bola dan sibuk menunjukkan bontotnya dari bas sebelah...semua orang ketawa melihat gelagat gila-gila lelaki-lelaki itu. Malangnya nasib kami, ketika turun di satu perhentian di kawasan shopping high end untuk mencari Hard Rock Cafe, kami tidak dapat menaiki bas tersebut semula setelah selesai bershopping kerana jalan-jalan utama ditutup akibat tunjuk perasaan jalanan sedang berlangsung. Memandangkan bas HOHO di Munich cuma beroperasi sehingga pukul 5 petang sahaja kami terpaksa mencari jalan pulang sendiri.





Kawasan Menunggu bas HOHO












Spring katanya..bunga tulip bersepah merata tempat





Setelah penat berjalan kami berhenti di sebuah restoren dan menikmati coffee latte di sini sebelum meneruskan perjalanan akibat keletihan mencari jalan pulang. Selesai minum kami bertanyakan arah kepada waiter di situ dan kami disarankan menaiki metro untuk pulang ke Munchen HBF. Sambil-sambil berjalan tu kami sempat membeli sedikit cenderamata berupa fridge magnet dan keychain. Alhamdulillah kami akhirnya jumpa metro tersebut yang terletak di Marienplatz. Kami sempat bergambar di bangunan Cathedral yang sangat cantik di situ dan menyaksikan seorang lelaki dan pasangannya dari tingkat atas hotel berdekatan berbogel sambil menyaksikan acara saki baki tunjuk perasaan yang masih berlangsung di Marienplatz tersebut. Macam attention seekers pun ada..bukannya mereka tak nampak yang orang di bawah dah tunjuk-tunjuk ke arah diaorang sambil ketawa tapi diaorang buat tak tahu jer...hemm...macam-macam kejadian kami tempuh kat Bandar Munich hari tu 😓




Dah penat cari jalan pulang kita singgah minum kopi dulu


















Akhirnya jumpa jalan pulang



Setelah tiba di Munchen (Munich) HBF kami menaiki train untuk ke Olympia Stadium dan BMW Welt Museum. Hari siang yang panjang sampai 9 malam baru start nak gelap membolehkan kami bersiar-siar lagi di Olympia Bird Nest Stadium dan memasuki BMW Welt Museum. Banyak betul model BMW yang dipamerkan malah ada yang tidak memasuki pasaran Malaysia. Sistem train di sana tak adalah susah mana yang penting snap gambar laluan station di setiap pintu masuk ke platform..confirm tidak sesat!






Stadium Bird Nest Olympic




BMW Welt Museum














Spring season memang best!


Kat sana banyak pokok kekwa..bukan ditanam tapi tumbuh liar






Masa ni dah pukul 8 pm ++





Balik ke hotel malam tu saya masak nasi menggunakan travel rice cooker yang kami bawa serta memanaskan lauk instant yang kami bawa dan makan dengan lahap sekali...keesokan harinya kami sempat ke Bayern Munich Stadium yang mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dengan menaiki train. Cantik stadium ni malangnya kami tak sempat memasuki gift shop yang buka pada pukul 10 pagi kerana kami harus pulang ke hotel untuk check out dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Salzburg. Malangnya train kami yang sepatutnya tiba pada pukul 12.56 petang tidak datang kerana mengalami kerosakan dan kami terpaksa mengambil train berikutnya pada pukul 1.56 petang. Berlaku kekecohan juga kerana pekerja di situ agak kurang fasih berbahasa Inggeris dan mengarahkan kami ke Munich OST yang terletak agak jauh untuk menaiki train kami pada mulanya..tetapi akhirnya pekerja yang lain informed kami yang kami tak perlu ke sana tetapi perlu tunggu di situ untuk menaiki train seterusnya pada pukul 1.56 petang. Alhamdulillah, lega juga walaupun kami terpaksa menunggu lebih lama untuk ke Salzburg. Mujurlah perjalanan ke Salzburg cuma mengambil masa sekitar dua jam sahaja. Macam-macam juga hassle yang terpaksa kami lalui di Munich ini...tetapi itulah namanya pengalaman..pengalaman yang sangat berharga yang akan kami kenang sehingga ke akhir hayat.



Menunggu train ke Frottmaning untuk ke Stadium Bayern Munich


Stadium yang sangat gah!






Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris