Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

The Langit Rimba.. Bercuti di dalam hutan

Imej
Assalamualaikum semua pembaca...Apa khabar semua di musim Covid-19 tengah melanda dunia. Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Sebelum saya menamatkan siri jelajah saya ke Taiwan, izinkan saya bercerita mengenai percutian dalam negara kami ke resort dalam hutan yang terletak di Jalan Pantai, yang terletak dalam daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Resort yang dinamakan The Langit Rimba ini berdekatan dengan Awan Mulan, The Shorea, The Dusun dan Sembayu Villa. Disebabkan PKPP maka kami rasa wajar untuk mencuba resort-resort unik yang belum dikunjungi dalam negara. Kami ke sana pada 27 Ogos 2020 dan tidak tahu sama ada tuah kami atau apa, hanya kami yang menginap di resort tersebut pada hari berkenaan. Di main entrance resort tersebut terdapat 4 bilik iaitu 2 bilik di aras atas dan 2 bilik di aras bawah yang boleh menempatkan seramai 14 orang untuk ke empat-empat bilik tersebut. Di main entrance resort ini juga terdapat kolam renang dan setiap aras dilengkapi pantry dan