Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

OUR 9TH ANNIVERSARY

Imej
Assalamualaikum semua pembaca. Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9. Pejam celik pejam celik dan 9 tahun hidup bersama dan dah 10 tahun lebih kenal each other . Dalam tempoh tu kami telah mengembara ke 13 buah negara dan puluhan bandar-bandar serta ratusan tempat menarik di seluruh dunia. InsyaAllah kalau ada rezeki bulan November ni kami akan berangkat ke Madinah dan Mekah pula untuk menunaikan umrah. Untuk tahun depan sempena meraikan anniversary ke 10 kami merancang untuk menjelajah Eropah sekali lagi. Kali ini kami mahu ke Istanbul, Turki, Itali, Switzerland dan juga Austria. Tengoklah macam mana nanti sama ada perancangan itu kekal atau berlaku rombakan dalam senarai negara yang ingin dilawati. Cadangannya mahu menjelajah Italy selama 7 hari, Swiss 5 hari, Austria 3 hari dan Istanbul 2 hari. Semuanya bergantung juga kepada kelulusan cuti rehat dan juga bajet...kalau ikutkan hati nak saja kembara selama sebulan. Tapi akak sedar diri yang akak kerja ma

PENANG & REVIEW H BEACH SUITES AT RAINBOW PARADISE BEACH RESORT

Imej
Assalamualaikum semua Dah lama rasanya nak update pasal trip ke Penang hari tu tapi memanjang tak ada masa. Best juga rasanya menghabiskan masa dengan ibu bapa, abang, kakak ipar dan anak-anak buah. Kami menginap di H Beach Suites yang sebenarnya terletak di Rainbow Paradise Beach Resort. H Beach Suites ini dikendalikan oleh owner suites tersebut dan diiklankan melalui Agoda. Ada bilik yang diuruskan oleh pihak hotel sendiri. Hotel ini terletak di Tanjung Bungah dan kami cuma dikenakan charge sebanyak RM128 untuk satu bilik. Kalau tempah dengan pihak hotel harga mencecah RM300++ untuk sebuah suite family . Abang saya terkejut bila masuk ke bilik kerana expectationnya bilik biasa-biasa saja berdasarkan harga yang dibayar tetapi bilik yang kami dapat sangat besar dilengkapi dengan 2 katil Queen di setiap bilik dan bilik semuanya menghadap laut. Kolam renangnya pun sangat besar dan mempunyai private beach sendiri. Kesimpulannya pilihlah yang terbaik pada kadar yang berpatutan...hehe...

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Imej
Assalamualaikum semua pembaca blog akak... Kali ni akak nak bercerita tentang cuti-cuti Malaysia akak di negeri kelahiran akak iaitu negeri Jelapang Padi serta Penang dan juga Perlis. Tapi hari ni akak nak bercerita tentang kecantikan pemandangan dari Gunung Jerai yang sangat awesome itu! Akak nampak laut, pulau dan juga sawah padi terbentang luas dari atas Gunung Jerai.  Gunung Jerai boleh dinaiki menggunakan kenderaan biasa seperti kereta, van mahupun motorsikal. Jarak cuma 12 KM untuk ke atas gunung dari kaki gunung dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kat atas tu cuma ada satu hotel sahaja iaitu The Regency Jerai Hill Resort dan ada beberapa jenis bilik serta chalet yang harganya bermula dari RM300++ hingga 500++..kadangkala ada offer atau bukan peak season boleh la dapat dalam RM200++ untuk bilik yang paling murah. Al maklumlah satu-satunya hotel kat atas tu..haruslah harga agak mahal namun pemandangan yang sangat awesome kat atas tu membuatkan harga yang harus d