OUR 9TH ANNIVERSARY

Assalamualaikum semua pembaca.


Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9. Pejam celik pejam celik dan 9 tahun hidup bersama dan dah 10 tahun lebih kenal each other. Dalam tempoh tu kami telah mengembara ke 13 buah negara dan puluhan bandar-bandar serta ratusan tempat menarik di seluruh dunia. InsyaAllah kalau ada rezeki bulan November ni kami akan berangkat ke Madinah dan Mekah pula untuk menunaikan umrah. Untuk tahun depan sempena meraikan anniversary ke 10 kami merancang untuk menjelajah Eropah sekali lagi. Kali ini kami mahu ke Istanbul, Turki, Itali, Switzerland dan juga Austria. Tengoklah macam mana nanti sama ada perancangan itu kekal atau berlaku rombakan dalam senarai negara yang ingin dilawati. Cadangannya mahu menjelajah Italy selama 7 hari, Swiss 5 hari, Austria 3 hari dan Istanbul 2 hari. Semuanya bergantung juga kepada kelulusan cuti rehat dan juga bajet...kalau ikutkan hati nak saja kembara selama sebulan. Tapi akak sedar diri yang akak kerja makan gaji bukannya macam cik abang bekerja sendiri cuti lulus sendiri..hehehe...


Hari anniversary macam ni akak tak mengharapkan kad pun apatah lagi bunga...Seingat akak dia pernah hantar bunga sekali jer kat akak tu pun masa dapat posting balik ke JB. Dia bukan cheapskate tapi bagi dia daripada bagi bunga mahal macam tu baik dia belanja makan kat Menate ke, TGI Friday ke, Tony Romas ke..lagi berbaloi..memandangkan akak pun memang kaki makan maka akak redha jer tak dapat bunga atau kad..kalau dapat kad pun cuma bertandatangan jer pun..baik tak payah. 






Suami akak romantik dalam cara tersendiri. Yang paling penting dia rajin layan rajuk akak ni haaa...ingat senang ke nak dapat laki yang akan pujuk sampai berjaya..selagi tak berjaya dia tak akan mengalah. Itu yang akak touching sangat tu...dan dan tu juga akak mengada-ngada lebih merajuk sesekali nak suruh dia pujuk...best ooo perasaan kena pujuk tu..romantik sangatttt!! 



Selain tu, dia rajin selitkan duit bawah bekas makeup akak kalau dia outstation..duit jajan katanya (selain duit nafkah dan belanja shopping setiap bulan)...jajan beratus ringgit mau gemuk bini dia ni...hahaha...sekali tu akak tak perasan pun duit tu sampai dia dah nak sampai rumah baru akak perasan...hehe...Selain tu, dia sangat memahami minat akak..baru whatsapp dia cakap Naelofar ada keluar stok baru dan dan tu dia tanya harga dan tak sampai lima minit whatsapp akak kata dah masukkan duit dalam akaun untuk beli online..haisshhh...mana la akan tak bertambah-tambah sayang kat dia. Lagi satu yang akak suka sangat tu pagi-pagi dia mesti buka dan tutupkan pintu pagar setiap kali akak pergi dan balik kerja (kalau dia balik awal)...rumah sewa kitaorg ni tak ada pintu pagar automatik ye..tunggu pasang kat rumah sendiri jer bila pindah ke Kajang tahun depan (doa-doakanlah ye..lagi cepat akak naik pangkat lagi cepat akak dapat pindah for good ke rumah sendiri yang dah lima tahun siap tu).


Yang paling penting sekali, dia sangat hormat akak sebagai isteri dia dan mementingkan perasaan akak dalam apa jua keadaan dan menerima segala kekurangan dan kelebihan akak. So, sekarang rasanya suami akak romantik tak walaupun tak suka bagi bunga dan kad?!...hehe...Itulah suami akak dunia akhirat jodoh terbaik yang telah Allah atur untuk akak...I love u abang! Maafkan segala salah silap ayang...I will try my best to be a good wife. Semoga rumahtangga kita kekal ke akhir hayat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris