12 Apostles..Great Ocean Road, Melbourne
Kami ke Great Ocean Road kerana mahu menyaksikan Twelve Apostles yang sangat popular itu. Tempat itu sangat cantik dan amat menakjubkan. Kalau berduit bolehlah sewa helikopter untuk tengok pemandangan yang menakjubkan itu dari udara tapi memandangkan kadar tukaran wang kita yang kecil maka hasrat murni itu terpaksa dibatalkan..hehe.. Kami mengambil tour ke sana dengan menaiki mini bus yang telah saya tempah dari awal lagi melalui Internet dan terus bayar menggunakan kad kredit. Perjalanan ke sana dari Bandar Melbourne ambik masa hampir 3 jam juga kerana jaraknya lebih 200 KM. Pemandu mini bas kami merangkap pemandu pelancong sangat ramah dan pelbagai informasi diberikan. Kadar kemalangan jalanraya yang amat kecil iaitu sekitar 300 kes setahun di Australia seperti yang diberitahu pemandu pelancong kami amat mengagumkan saya. Dahsyat disiplin mereka memandu. Untuk makluman pemanduan adalah di sebelah kanan seperti di Malaysia..tapi rules jalanrayanya agak memeningkan kepala sebab ada...