Mornington Peninsula, Frankston, Port Napean, Sorento dan St. Kilda

Sepanjang 26 Ogos sehingga 30 Ogos saya sibuk berkursus di Mount Eliza. Kelas saya bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang dan bersambung dengan syndicate meeting sampai 6.30 petang. Kat sini pukul 5.30 dah start gelap. Pukul 6 dah gelap macam pukul 8 malam. Mount Eliza Executive Education ini terletak di tepi laut. Pemandangannya sangat cantik dan cuaca ketika itu agak sejuk tapi tak terlalu sejuk..saya agak dalam 15 - 18 darjah celcius..Bestnya kalau dapat buat master kat sini sebab pemandangannya yang sangat owesome itu. Classmate saya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yg kerja sebagai manager di Wolkswagen Australia, penjawat awam di Canberra, pegawai di universiti, engineer dan sebagainya.



Gambar di atas ni semua area tempat saya berkursus kat Mount Eliza
Sepanjang saya berkursus, encik suami apa lagi..berjalan ke tempat-tempat menarik dengan sepuas-puasnya. Sakit hati juga saya apabila dia tunjukkan gambar-gambar tempat menarik yang dia lawati. Saya hanya berkesempatan ke Frankston..itupun pada waktu malam..huhu!! dan juga ke St Kilda pada hari terakhir. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni..mana la saya tak sakit hati..

 Cranbourne Royal Park
Point Napean
Moonlight Century
Port Napean

Cranbourne Royal Park

 
Wombat

Hari last kursus 30 Ogos, saya dan suami ajak kak Zu join kami balik ke bandar Melbourne bersama..then, kitaorang singgah kat Saint Kilda. Lepas tu kami check in hotel kat Miami Hotel. Lepas tu ajak kak Zu makan kat Carlton. Ada kedai nasi lemak halal kat sini. Kat sini juga kami pergi beli Myki Card di Seven Eleven untuk digunakan bila naik tram. Untuk makluman, tram yang warna hijau adalah tram berbayar dan tram warna coklat adalah percuma. Tram percuma ni bawa keliling kawasan-kawasan tarikan pelancong. Tapi kak Zu rugi banyak pasal dia duduk kat Ibis Hotel memang dekat dengan laluan tram percuma. So, tak guna sangat Myki card tu.



Mornington Park

Mornington Park


Frankston..dengan Kak Zuaida






St. Kilda

St. Kilda

St. Kilda






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris