Melbourne Day 1 - Phillip Island
Kat Info Center, Philip Island..boleh beli-belah dan ambik peta kat sini for free..
Hari ni ada kat KL. Datang menjenguk rumah dan nak mencari company pemasangan wallpaper untuk ruang tamu rumah. So, sementara ada masa lapang sampai lepas waktu sembahyang Jumaat sempatlah update blog sekejap. Rupanya ada juga staf hospital yang mengikuti blog saya. Bila terjumpa mereka tanya bila nak update blog lagi..saya selalu jawab tak ada masa. Memang tak ada masa sangat sebab kerja yang busy dan kerja-kerja rumah yang banyak memang buat masa saya sangat terhad. Baru perasan saya update blog setahun sekali...hehe...lamanya!
OK, hari ni nak sambung cerita tentang Melbourne. Kami ke sana pada 24 Ogos 2013 dengan menaiki pesawat MAS. First time saya naik Business Class tetapi suami naik Economy Class sahaja..hehe..terpisahlah sekejap selama 8 jam. Memang sangat selesa duduk kat Business class ni..banyak kemudahan yang disediakan..mana taknya harga tiket pergi balik dah RM10000 lebih. Alhamdulillah terima kasih kepada KKM yang bagi saya peluang mengikuti kursus ini.
Kami sampai dalam sampai 8 malam di airport Tullamarine, Melbourne. Pemeriksaan kastam dan imigresen agak ketat..lebih kurang macam kat New Zealand. Kami declare semua barang yang dibawa. Pesan saya jangan bawa barang makanan yang ada sumber dari susu walaupun minuman 3 in 1. Kerajaan Australia macam tak mengiktiraf kebersihan susu yang dihasilkan di Malaysia. Barang kena declare semua dan kalau boleh minta pegawai imigresen tu tentukan apa yang boleh dibawa masuk. Produk yang dihasilkan daripada kayu, bamboo dan sebgainya juga tak boleh dibawa masuk sebab kerajaan Australia terlalu menjaga alam sekitarnya. Jangan sembunyikan barang sebab kalau dapat ditangkap, dendanya amat mahal.
Best Western Airport Motel and convention Center
Malam pertama kami tidur di Best Western Airport Motel and Convention Center. Tak susah nak naik teksi sebab hotel ada sediakan perkhidmatan pick up di airport. Hotel ni best juga..dekat kawasan perumahan. Pada 25 Ogos pagi-pagi lagi kami dah check out sebab nak bertolak ke Philip Island. Kami naik van hotel transfer ni sekali lagi ke airport sebab nak sewa kereta di Trifty. Harga kereta sewa berbeza-beza mengikut jenis kereta. Kami ambil kereta Toyota Yaris yang comel tu..sesuailah ngan kami berdua sahaja. Harga dalam lebih kurang AUD40 ++ dollar sehari sebab dah campur harga sewa GPS sekali. Perjalanan ke sana ambil masa hampir 2 jam perjalanan . Jarak lebih kurang 120 KM dari bandar Melbourne. Tak boleh laju2 kat sana sebab polis trafiknya ada kat merata tempat..tapi yang bestnya highwaynya sangat luas..ada 4 lane tu...
Best sangat Philip Island. Walaupun tanpa bantuan kerajaan Philip Island dapat dibangunkan dengan baik sekali. Kami juga ke farm di Churchill Island, melawat Koala di Koala Conservation Center, Kilang coklat, Philip Island Grand Prix Circuit, Maze N Things dan The Nobbies. Kat sini kami makan kat Curry leaf. Tempat ni jual pelbagai jenis beriani halal. Tokey nya dari Afrika Selatan. Tempat yang paling saya suka kat Phillip Island ni of course la The Nobbies..ya Allah! Cantiknya tempat ni. Sukar nak dijelaskan dengan kata-kata.
Our cute rental car..Toyota Yaris
Sila bawa pelbagai jenis baju untuk semua musim kalau ke Melbourne sebab cuacanya tidak menentu dan boleh bertukar-tukar dalam sehari. Sekejap sejuk yang amat, sekejap hujan dan sekejap panas. Kami tak sempat menyaksikan Penguin Parade sebab waktunya pada waktu senja kerana kami perlu ke Mount Eliza yang terletak di Mornington Peninsula. Jarak dari Philip Island ke sana dalam 50KM. Malam tu kami check in di Norwood House yang terletak tak sampai 3 KM ke Mount Eliza, Melbourne Business School.
The Nobbies
The Nobbies
Churchill Island
Churchill Island
Maze N Things
Maze N Things
Koala Conservation Center
Churchill Island
Tempat kami makan..curry leaf
The Nobbies
Ulasan
Catat Ulasan