Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pahang

Family Vacation 2010..Bukit Tinggi, Pahang

Imej
Hampir setiap tahun kami satu family mengadakan percutian keluarga tetapi keluarga abang saya yang tinggal di Kedah jarang dapat join sama. Tahun 2006 kami bercuti sekeluarga ke Kuantan, Pahang. Tahun 2009 saya membawa parents dan adik ke Langkawi dan Singapura. Tahun 2010 kami ke Bukit Tinggi, Pahang. Tempat ini cantik dan dingin..Colmar Tropicale telah dibina mengikut senibina bangunan-bangunan di Peranchis dan Europe. Di Bukit Tinggi ini juga terdapat taman yang dibina mengikut landskap negara matahari terbit iaitu Jepun. Oh ya! kos tiket masuk untuk seorang ialah RM16 (dewasa) dan RM8 (kanak-kanak). Seronok juga bercuti dan dapat meluangkan masa bersama keluarga. My nephews pun dah besar-besar..how time flies, yang suara dah garau pun ada..dah jadi anak teruna :-) tak lama lagi dapat menantulah kakak saya..hehe..

Mencari Kedamaian di Cameron Highlands

Imej
Cameron Highlands merupakan salah satu tempat peranginan tanah tinggi dan sejuk di Malaysia. Cameron Highlands sering dikaitkan dengan kaktus, buah strawberry, teh dan sayuran-sayuran segar serta pokok-pokok bunga yang cantik dan tumbuh dengan suburnya. Mungkin disebabkan cuaca sejuk maka pokok-pokok di sana segar bugar semuanya :-) Minum teh disana memang best..macam-macam perisa ada Boh tea centre.. Macam-macam perisa teh ada, kami memang akan beli banyak stok untuk setahun.. packaging memang menari k A t Kea Market..satu lagi tempat wajib pergi..borong bunga, buah dan sayur Hubby saya penggemar kaktus..kat rumah dah macam2 jenis kaktus ada Saya dan suami memang gemar bercuti ke Cameron Highlands. Sudah dua tahun berturut-turut kami ke sana. Selain daripada cuaca yang nyaman dan sejuk di sana, kami gemar melihat pokok-pokok yang cantik esp kaktus yang pelbagai jenis. Kami gemar membeli pokok tetapi untuk menjaganya kami malas..heheh...

Pulau Tioman, Pahang

Imej
Saya dan suami ke Tioman selepas beberapa bulan saya mengalami miscarriage. Maybe untuk menenangkan perasaan yang sedih waktu itu. Kami ke sana pada Ogos 2009. Menyambut anniversary yang pertama di sana. Pulau Tioman cantik dan menurut suami yang suka snorkling, hidupan laut dan batu karang lebih cantik di Tioman berbanding di Pulau Kapas. Kami naik bot dari jeti Mersing. Perjalanan ambil masa sekitar sejam setengah untuk sampai ke Sun Beach Resort, Kampung Genting. Yang kelakarnya bilik kami tiada TV..hubby tersilap book bilik. Apa nak buat, bila nak tukar ke bilik yang ada TV katanya fully book..layan lagu kat hp jer la..hehe.. View from our chalet...beautiful right?