Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Family Day di Chalet Bayu Naka, Kedah

Imej
Assalamualaikum semua pembaca.. Entry kali ini saya akan menceritakan tentang Family Day yang kami adakan di Chalet Bayu Naka pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu. Sehari selepas kenduri kahwin sepupu saya di Kuala Kedah, kami 3 beradik beserta keluarga (kakak dan keluarganya tak balik) beserta mak dan bapa serta mak cik dan keluarga serta paksu dan keluarga check in satu malam di Chalet Bayu Naka untuk gathering keluarga. Tak ramai yang boleh ikut memandangkan perancangan tidak dibuat pada skala yang besar. InsyaAllah, plan tahun depan nak buat lebih gempak, luar dari negeri Kedah dan melibatkan ramai ahli keluarga yang lain. Chalet Bayu Naka adalah chalet yang teretak dalam kawasan kampung dan di kelilingi oleh dusun buah-buahan. Kalau datang ke sini dalam musim buah mesti best dapat makan durian dan rambutan banyak-banyak tanpa sebarang bayaran tambahan. Malangnya chalet sudah habis ditempah pada musim buah-buahan. Chalet ini hanya mempunyai 4 bilik yang dilengkapi penghaw