Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

TAIWAN TRIP 2019 WITH TODDLER PART 2 : YEHLIU GEOPARK, JIUFEN & SHIFEN

Imej
Assalamualaikum semua...  Perjalanan hari ketiga kami di Taiwan diteruskan ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen. Sepatutnya kami singgah di  Cat Village  juga namun kami memutuskan untuk tidak ke sana memandangkan waktu 8 jam tu tidak mencukupi kerana kami lama menikmati keindahan alam di Yehliu. Itulah kelebihannya bila ambil  private tour  sebab semua  itinerary  terpulang kepada kita untuk putuskan. Yehliu Geopark memang sangat popular kerana tidak terlalu jauh dari Bandar Taipei. Kami ke sana pada hari Sabtu makanya kepadatan tempat tersebut dengan pelancong memang telah dijangkakan. Driver kami pada hari itu bernama Leon dan agak fasih berbahasa Inggeris namun beliau tidaklah seramah dan proaktif seperti Eric. Tidak jauh sebelum sampai ke pintu masuk ke Yehliu Geopark (kira-kira dalam 200 meter), kami terlihat di sebelah kiri ada kedai runcit Indonesia yang ada menjual makanan  packing  halal. Kami merancang untuk meminta  driver  untuk berhenti di kedai tersebut dalam pe