TAIWAN TRIP 2019 WITH TODDLER PART 2 : YEHLIU GEOPARK, JIUFEN & SHIFEN

Assalamualaikum semua... 

Perjalanan hari ketiga kami di Taiwan diteruskan ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen. Sepatutnya kami singgah di Cat Village juga namun kami memutuskan untuk tidak ke sana memandangkan waktu 8 jam tu tidak mencukupi kerana kami lama menikmati keindahan alam di Yehliu. Itulah kelebihannya bila ambil private tour sebab semua itinerary terpulang kepada kita untuk putuskan. Yehliu Geopark memang sangat popular kerana tidak terlalu jauh dari Bandar Taipei. Kami ke sana pada hari Sabtu makanya kepadatan tempat tersebut dengan pelancong memang telah dijangkakan. Driver kami pada hari itu bernama Leon dan agak fasih berbahasa Inggeris namun beliau tidaklah seramah dan proaktif seperti Eric. Tidak jauh sebelum sampai ke pintu masuk ke Yehliu Geopark (kira-kira dalam 200 meter), kami terlihat di sebelah kiri ada kedai runcit Indonesia yang ada menjual makanan packing halal. Kami merancang untuk meminta driver untuk berhenti di kedai tersebut dalam perjalanan pulang untuk mendapatkan makanan halal. Rupanya ramai orang Indonesia Muslim yang tinggal di sini dan bekerja sebagai nelayan. 












Tiket masuk ke Yehliu Geopark kalau tidak silap saya berharga NT80 (lebih kurang RM11) seorang. Kami berjalan kaki masuk ke dalam dan tidaklah jauh untuk sampai ke tempat tarikan utama. Bukan setakat kami yang membawa stroller ke sana malahan yang menaiki kerusi roda juga ke sana kerana ada laluan sesuai untuk membawa stroller dan kerusi roda. Cuaca pada hari itu sangat nyaman tidak terlalu panas ataupun sejuk..rasa saya sekitar 20 ke 21 darjah celcius. Cuaca yang cerah juga membuatkan gambar kami kelihatan cantik dengan langit dan laut yang sangat biru. Batu-batu di situ memang sangat cantik dan berbentuk unik sedemikian rupa disebabkan tiupan angin. Terdapat satu kedai menjual minuman dan makanan ringan di dalam kawasan Geopark (makanannya tidak halal) dan terdapat juga coffee shop di sebelum entrance ke dalam kawasan Geopark. Kami menghabiskan masa yang agak lama di sana memandangkan tempat itu sangat cantik walaupun dipenuhi dengan orang ramai.





















Seterusnya kami singgah di kedai runcit Indonesia yang menjual makanan packing tetapi kami makan di situ kerana terdapat kerusi dan meja disediakan di luar kedai. Selesai menjamu selera kami meneruskan perjalanan ke Jiufen. Kami ingin memasuki Old Street namun malangnya orang yang terlalu ramai dan bersesak-sesak membuatkan kami membatalkan niat. Kami hanya berjalan di sekitar tree house dan mengambil gambar di hadapan tokong yang sangat cantik senibinanya. Driver kami turut memberhentikan kami di tepi jalan untuk kami mengambil gambar di scenic spot yang gambar-gambar di tempat itu sering saya lihat di google.






Toko Indonesia..ada jual makanan halal packing. Keluar dari Yehliu Geopark dalam 200 meter kot ada kedai ni sebelah kanan.




Jiufen







Tea house at Jiufen



Jiufen Old Street yang sangat sesak dengan manusia..











Perjalanan kami diteruskan ke Shifen Pingxi Sky Lantern bagi merasai pengalaman menerbangkan sky lantern atau tanglung. Kami membayar NT250 untuk menggunakan 4 warna berbeza yang membawa maksud kita wish 4 perkara berbeza. Sebenarnya tujuan kami hanyalah sekadar suka-suka dan tidak percaya langsung bahawa berdoa cara itu adalah berkesan kerana apapun kita hanya perlu mohon dari Allah SWT sahaja. Kami menulis di kertas tanglung tersebut dan menerbangkan tanglung tersebut di landasan keretapi lama yang masih digunakan..mujurlah ketika itu keretapi tidak lalu..hahaha...Pengalaman ini sangatlah seronok dan saya cadangkan sesiapa yang ke sana harus cuba pengalaman menerbangkan sky lantern ini. 










Wish papa semua dahsyat-dahsyat..hahaha


Wish mama semua pasal kasih sayang jer..hahaha










Perjalanan kami yang terakhir adalah di Shifen Waterfall yang cuma 10 minit jaraknya dari Pingxi Sky Lantern dan agak memerlukan kudrat kerana ada kawasan yang hanya boleh dilalui oleh tangga dan kami perlu mendukung anak dan juga mengangkat stroller untuk turun dan naik tangga. Namun perjalanan ini berbaloi kerana pemandangan air terjun tersebut sangatlah cantik untuk dinikmati. Ketika dalam perjalanan ke kereta suami saya telah disengat oleh sesuatu yang kami tidak pasti apa mungkin juga lebah dan tempat sengatan itu agak membengkak dan merah. Mujurlah driver ada membawa ubat sapu untuk insect bites. Kami sampai ke hotel dalam 5 lebih. Seterusnya kami ke kedai Beef Noodles untuk mengisi perut dan apabila masuk hari kedua berturut-turut menjamu selera dengan Beef Noodles, kami mula rasa jemu dan berazam untuk mencari nasi yang lebih enak keesokan harinya. 




Shifen Waterfall












Mencuba kedai Beef Noodles yang satu lagi..sebelah kedai semalam je..







Ulasan

  1. wahh papa nk bukak brape cawangan dan ranting tuuh.. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris