Assalamualaikum semua pembaca.
Kali ini saya ingin mencoretkan pengalaman ke Taiwan pula bersama suami dan diva kecik saya (my daughter). Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan jatuh cinta dengan Taiwan sebuah negara pulau yang mempunyai keindahan semulajadi dan tempat asal bermulanya bubble (bobba) tea yang sedap. Pada mulanya suami saya agak skeptikal kenapa saya memilih Taiwan untuk dilawati. Tetapi bila sudah sampai di sana nampaknya dia gembira dengan negara pilihan saya. Perancangan asal kami mahu ke UK dan Scotland tetapi memandangkan kami ingin membawa cik diva kecik bersama, maka suami menyarankan kami ke negara Asia yang mana tidak terlalu lama kami perlu berada di dalam flight. Kami bertolak ke Taipei pada 7 November dan pulang ke tanahair pada 12 November 2019 dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines.
Malam sebelum kami berangkat ke Taipei tiba-tiba sahaja badan diva kecik panas. Saya rasa dia berjangkit demam selsema dari papanya yang juga baru hampir pulih daripada demam selsema. Kami ke klinik dahulu malam itu untuk pemeriksaan dan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi. Setibanya kami di Airport kami dipanggil untuk pemeriksaan oleh pihak kesihatan sana di Bahagian Qurantine. Saya rasa semua kanak-kanak memang diperiksa. Kebetulan badan cik diva kembali panas dan kami disoal macam-macam juga namun mujurlah kami sudah berjumpa doktor sebelum ke Taiwan maka kami dilepaskan setelah mengisi beberapa borang declaration dan diberi insect repellant dan mask kerana katanya Malaysia terkenal dengan demam denggi. Nasib baiklah demam denggi kalau demam influenza mesti tidak lepas nak masuk ke Taiwan. Kata staf kesihatan itu akan ada nurse yang akan call kami esok untuk bertanyakan keadaan terkini cik diva kecik. Pemeriksaan Imigresen berjalan lancar dan pegawai Imigresen kat sana jenis yang mesra dan tidak kasar seperti di Hong Kong dan China. Untuk makluman, segala jenis daging dan juga ayam tidak boleh dibawa masuk walaupun rendang Brahim yang telah dipacking dengan baik. Kebetulan sebelum pergi adik ipar saya ada ke Taipei untuk menghadiri mesyuarat dan katanya ada pegawai dari MARDI yang turut ke sana telah dikenakan denda kerana membawa rendang daging yang telah dipacking dengan baik. Nasib baik masa adik ipar saya pergi dia terlepas pula. Mungkin anjing Imigresen tengah rehat agaknya..hahaha..Tetapi untuk produk lain macam ikan sardin, tuna, bilis dan seangkatan dengannya adalah dibenarkan untuk dibawa masuk.
|
Muka ceria je tak macam demam pun..hahaha..
|
Dari airport ke hotel yang memakan masa hampir 45 minit itu kami menaiki kenderaan yang telah ditempah melalui Klook. Untuk sebuah kereta Camry itu kami membayar cuma NT$1100 atau bersamaan RM150 sahaja berbanding teksi airport yang mengenakan charge di antara NT$1500 - NT$2000. Wakil klook menanti di pintu ketibaan dengan memegang sepanduk yang mempunyai nama saya. Senang sangat! Cuma tipsnya waktu ketibaan tu saya lambatkan bila isi maklumat dalam booking online tu sebab driver akan tunggu sehingga 90 minit sahaja selepas waktu ketibaan yang kita maklumkan. Jadi waktu ketibaan yang sepatutnya 2.10 pm saya letak 3 pm masa isi particular online. Mana lah tahu barisan panjang atau kena soal lebih-lebih so saya ada masa yang mencukupi sebelum tempoh 90 minit itu berakhir. So, kami keluar ke balai ketibaan pada pukul 3.10 setelah selesai semua urusan Imigresen, Quarantine, mengambil beg dan menukar pampers dan baju anak yang selesai melepaskan hajat besar dengan jayanya..hahaha..Oh ya kami perlu membayar tambahan NT$100 atau RM13 untuk carseat cik diva kecik dan membayar terus kepada driver yang menjemput kami.
|
Disiplin pula cik diva kecik ni kat negara orang
|
Kami menginap di Moshamanla-Hotel Main Station selama lima malam dengan kos satu malam untuk bilik mempunyai tingkap dan dua katil Queen itu ialah RM 300++. Kami memilih hotel ini kerana dekat dengan Main Station dan ada dua restoren beef noodle halal berdekatan hotel. Jaraknya cuma 250 meter dari hotel kami. Keluar dari hotel berjalan ke sebelah kiri melepasi Family Mart dan cross apabila sampai di persimpangan yang ada kedai kopi. Boleh guna google map yang memaparkan live location. Senang sangat rasanya pakai google map itu. Kami tidak menempah sebarang breakfast tetapi hotel memang menyediakan running coffee and tea serta roti, butter dan jam 24 jam di pantry hotel secara percuma. Kawasan di sekitar hotel kami memang meriah dengan pelbagai jenis kedai makan, kedai menjual bubble drink, dan juga tempat membeli-belah seperti butik H&M, Uniqlo dan sebagainya. Terdapat juga pusat membeli-belah underground di Taipei Main Station. Kami membeli souvenir di K Underground Mall di area K dan juga M.
|
Tak sabar nak landing ke sister?
|
Malam itu kami hanya menghabiskan masa bersiar-siar di sekeliling hotel dan tidur awal memandangkan kami keletihan kerana tidak cukup tidur kerana cik diva kecik macam biasa terlalu lincah di dalam flight walaupun demam. Malam juga lebih awal kerana musim autumn dan suasana mula gelap apabila pukul 5.00 petang. Suasana pukul 6.00 petang sudah seumpama pukul 8 malam di Malaysia. Malam itu sebelum tidur driver Klook kami untuk keesokan harinya menghubungi saya melalui whatsapp dan memberikan jenis kereta, gambar wajah dia dan pengenalan diri serta no kenderaan. Dia juga bersungguh-sungguh memberikan suggestion tempat makanan halal untuk kami makan dalam perjalanan ke National Palace Museum, Yangmingshan National Park dan Tamsui District kerana saya ada meletakkan nota saranan tempat makanan halal dalam perjalanan kami esok dalam form online Klook. Alhamdulillah demam cik diva sudah kebah pagi esoknya dan tidak berulang sampailah kami selamat pulang ke tanahair.
Keesokan harinya dia menjemput kami sekitar pukul 9.45 pagi dan membawa kami ke hentian pertama iaitu National Palace Museum yang sangat besar. Namun kami tidak masuk ke dalam memandangkan Museum itu sangat besar dan orang juga boleh tahan ramai. Seterusnya kami ke Yangmishan National Park yang mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai dari Bandar Taipei. Jalan ke sana agak berbukit-bukit dan tiada train sampai ke sini. Kawasan pergunungan ini boleh pergi dengan menaiki kereta atau bas sahaja. Bagi yang bujang dan anak telah besar boleh ambil pakej naik bas melalui Klook yang lebih jimat. Mengikut driver kami iaitu Mr Eric, Taipei merupakan bekas tasik yang kering dan dikelilingi gunung-ganang. Pemandangan di Yangmingshan National Park sangatlah cantik..Terasa bagaikan berada di New Zealand pula. Kalau datang musim sakura mesti lagi cantik pemandangan. Kami bertuah kerana cuaca pada hari itu sangatlah cantik. Mr Eric pula rajin betul mengambil gambar kami dengan menggunakan Iphone 11 pro dia yang baru dibeli itu. Katanya dia membeli Iphone tersebut semata-mata mahu mengambil gambar-gambar para pelanggannya. Gambar-gambar yang cantik itu kemudian kami download di Icloud. Bahasa Inggeris Eric agak bagus dan sangat menyenangkan kami dengan sikap dia yang sangat proaktif, peramah dan rajin bercerita tentang sejarah setiap tempat yang kami kunjungi. Selain itu dia juga faham dengan konsep halal dan bersungguh-sungguh mencarikan tempat makanan halal untuk kami.
|
Kenderaan kami untuk hari ke 2 iaitu Toyota Wish..kami booked kat Klook..RM400++ untuk 8 jam
|
|
Ready nak jalan-jalan
|
|
National Palace Museum yang sangat besar.
|
|
Ada driver ambikkan gambar terus rasa macam Che Ta ada photographer mengikut ke mana-mana..hahaha..
|
|
Yangmingshan National Park yang sangat cantik..cuaca hari itu adalah 17 darjah celcius.
|
|
Selalunya ada lembu kata Eric tapi nasib kami kurang baik seekor lembu pun tak nampak hari itu..hahaha..
|
Kami melalui kawasan hotspring tapi mengambil keputusan untuk tidak singgah memandangkan kami bimbang akan keselamatan diva kecik kami di situ..almaklumlah puteri kami itu lincah sangat...hahaha...Seterusnya kami ke crater yang masih aktif dan kuat bau belerangnya. Pemandangan di situ juga sangat cantik dan seterusnya kami dibawa Eric ke Black Forest yang terkenal sebagai tempat photoshoot pre wedding. Memang apabila kami sampai terdapat tiga pasang pengantin yang sedang membuat photoshoot. Terdapat batu-batu yang dihias dalam bulatan berbentuk love di dalam kawasan hutan tersebut.
|
Crater yang masih aktif
|
|
Black Forest
|
Seterusnya kami ke Tamsui City yang merupakan bandar di tepi laut dan gunung. Kami mencari makanan halal di Old Town rupanya kedai yang kami cari sudah tutup. Nasib baik kami menjumpai kedai yang menjual seafoods dan cendawan yang digoreng garing. Suami membeli udang, ketam kecil serta kentang goreng untuk kami mengisi perut yang sangat kelaparan. Kami menyusuri sepanjang waterfront dan sempat singgah membeli ice cream Turki di situ. Berdekatan area tersebut ada juga kedai kecil yang menjual makanan halal namun hanya dibuka bermula sebelah petang. Seterusnya kami dibawa ke Fisherman's wharf dan juga ke Tamsui Lover Bridge yang sangat popular dikalangan pelancong Filifina. Malangnya cuaca petang itu agak tidak menentu..sekejap hujan sekejap gerimis dan sekejap berhenti. Musim autumn memang selalunya begitu. Seterusnya Eric mahu membawa kami ke Beitou Hot Spring / Valley yang cantik tetapi tidak sempat berbuat demikian kerana tempat itu tutup pada pukul 5 petang. Selepas itu Eric membawa kami ke Longshan temple tetapi memandangkan cik diva kecik tengah tidur maka hanya encik suami sahaja yang turun dan mengambil gambar di situ.
|
Tamsui Old Town..ada banyak juga cenderahati dan T-shirt dijual di sini
|
|
Tamsui City
|
|
Mujur jumpa seafood..perut sudah berkeroncong sangat
|
|
Ice cream Turki
|
|
At Fisherman's wharf
|
|
Longshan Temple
|
|
Makan beef noodles
|
|
Besar-besar meenya..
|
Kami kemudiannya minta Eric menurunkan kami di kedai beef noodles dan seterusnya kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki sebab jaraknya cuma 250 meter. Ada dua kedai beef noodles sebelah-menyebelah. Tiada nasi di kedai ini..hanya beef noodles dan roti yang saya tidak pasti namanya berintikan daging dan telur di dalamnya. Beef noodles tu rasanya ok juga cuma kalau nak makan hari-hari sepanjang masa di sini rasanya muak juga tekak..hahaha...Kami sangat menyukai Eric sehinggakan kami book dia lagi untuk ke Yilan sehari sebelum pulang ke Malaysia. Kami book direct dengan dia tidak melalui Klook dan bayar terus pada dia selepas selesai tour ke Yilan nanti. Hari ke dua kami di Taipei berakhir dengan kenangan yang indah dan puas hati dengan layanan baik pemandu kami dan gambar-gambar yang cantik!
Ulasan
Catat Ulasan