Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

SEOUL, SOUTH KOREA TRIP 2019 WITH TODDLER PART 2

Imej
Assalamualaikum semua pembaca blog saya. Saya ingin meneruskan lagi sedikit catatan di bumi Korea sebagai kenang-kenangan. Saya bukanlah peminat drama Korea apatah lagi Kpop. Saya ke Korea kerana saya belum pernah menjejakkan kaki di situ dan kerana MAS ada direct flight ke sana..itu sahaja reason nya. Puas jua memujuk sang suami untuk ke sana memandangkan dia kurang berminat untuk ke Korea...hahaha.. Perjalanan hari keempat kami di sana diteruskan lagi dengan melawat ke Everland yang jaraknya hanya sekitar 40 minit dari hotel kami di Itaewon. Kami memilih untuk book private car di Klook lagi dengan tiket masuk ke Everland included di dalam pakej tersebut dan harganya lebih kurang RM1200 semuanya..mahalkan? Tak berbaloi pula dengan hanya menghantar kami dan menjemput kami pulang dan harga tiket kami harus membayar semahal itu. Ingatkan jauh..hahaha..rasanya lagi berbaloi kalau ambil tiket bas kat Klook. Mula-mula kami ingatkan kami bakal menyesal ke taman tema dengan toddler