Assalamualaikum semua pembaca blog saya. Saya ingin meneruskan lagi sedikit catatan di bumi Korea sebagai kenang-kenangan. Saya bukanlah peminat drama Korea apatah lagi Kpop. Saya ke Korea kerana saya belum pernah menjejakkan kaki di situ dan kerana MAS ada direct flight ke sana..itu sahaja reasonnya. Puas jua memujuk sang suami untuk ke sana memandangkan dia kurang berminat untuk ke Korea...hahaha..
Perjalanan hari keempat kami di sana diteruskan lagi dengan melawat ke Everland yang jaraknya hanya sekitar 40 minit dari hotel kami di Itaewon. Kami memilih untuk book private car di Klook lagi dengan tiket masuk ke Everland included di dalam pakej tersebut dan harganya lebih kurang RM1200 semuanya..mahalkan? Tak berbaloi pula dengan hanya menghantar kami dan menjemput kami pulang dan harga tiket kami harus membayar semahal itu. Ingatkan jauh..hahaha..rasanya lagi berbaloi kalau ambil tiket bas kat Klook. Mula-mula kami ingatkan kami bakal menyesal ke taman tema dengan toddler yang sah sah tidak boleh masuk ke kebanyakan tempat permainan yang disediakan namun jangkaan kami meleset kerana ternyata Everland sangat sesuai dikunjungi oleh semua lapisan usia kerana terdapat Safari dan taman khas untuk kanak-kanak di dalamnya. Seronok sangat mengunjungi zoo dan safari dalam suasana sejuk..bau busuk binatang juga kurang dan kami pun tidak merasa kepenatan sangat. Ingatkan tidak ramai yang mahu menaiki bas untuk masuk ke dalam kawasan wildlife safari namun jangkaan kami meleset apabila kami terpaksa beratur panjang hampir sejam untuk menaiki bas bagi menyaksikan haiwan-haiwan liar live di depan mata. Orang bujang pun sama sibuknya mahu menengok binatang..hahaha..Ingatkan warga tua dan ibubapa bersama anak-anak kecil sahaja.
|
Pemandangan Everland di musim bunga
|
|
Pintu masuk Everland
|
Taman tema Everland sangatlah besar dan rasanya tak cukup sehari kalau mahu menikmati semua permainan, safari dan pertunjukan yang disediakan dalam tu. Kami tidak menjumpai sebarang kedai makanan halal di dalam tempat tersebut jadi kami hanya menikmati burger ikan dan udang di salah satu restoren makanan segera yang terdapat di situ. Musim bunga memang membuatkan Everland kelihatan sangat cantik kerana dipenuhi bunga-bungaan yang cantik dan tumbuh mekar. Malangnya hari itu hujan walaupun tidaklah lebat tetapi berterusan cuma kadangkala lebat, kadangkala gerimis dan kadangkala berhenti. Di situ juga saya terserempak dengan staf Farmasi Hospital yang turut bercuti di Korea..terkejut saya apabila terdengar orang panggil Puan M! Puan M! Rupanya dia dan seorang kawan dia yang juga sudah mahu balik masa kami terserempak itu.
|
Tulip memenuhi Everland
|
|
Safari
|
|
Live show sama macam Disneyland
|
|
Naik keretapi
|
|
Tengok panda
|
|
Safari
|
Hari kelima di Seoul, kami booked private car lagi untuk pusing-pusing ke kawasan bandar. Kali ini kami dapat driver perempuan yang agak bergaya dan muda. Suami saya cakap wah...dapat artis Kpop jadi driver hari ni..hahaha...Kami ke Bukchon Hanok Village, Namsan Seoul Tower, Namdaemun Market, Changdeokgung Palace dan Myeongdong Shopping Street. Saya tidak menggayakan baju hanbok (baju tradisional Korea) kerana saya harus mendukung Diva Kecik yang boleh tahan lincah itu dan saya bimbang dia masuk dalam kain hanbok itu 😂. Di Bukchon saya terserempak lagi dengan kenalan semasa mahu minum pagi di sebuah restoren di situ...hahaha..itu buktinya bahawa rakyat Malaysia memang penggemar Kpop tegar!
|
Changdeokgung Palace..Palace yang satu lagi tutup sebab ada event
|
|
Diva kecik sibuk tarik kunci kat Namsan Seoul Tower 😆
|
|
Berjaya tarik..letak balik diva kecik oiii!! Marah couple itu nanti datang balik cari kunci nama hilang
|
|
Bukchon Hanok Village
|
|
Minum pagi di Restoren di Bukchon Hanok Village
|
Namdaemun merupakan kawasan yang menjual cenderahati, brooch, t-shirt dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Kalau brooch tu ada satu kedai kat bahagian bawah tepi-tepi jalan yang kami dapat beli dengan harga satu dollar untuk satu kalau tidak silap sayalah. Di sekitar Namdaemun Market ini juga ada kedai yang menjual makanan pemanis mulut tradisi Korea yang halal.
|
Tempat manisan halal di Namdaemun Street
|
Saya terjebak membeli banyak produk skincare di Myeongdong. Sesungguhnya bagi penggemar skincare, kawasan ini wajib dikunjungi. Beraneka pilihan skincare yang membuatkan mata kita juling tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Pada mulanya saya hanya berniat mahu membeli lipstick dan eyeshadow namun akhirnya saya membeli berbag-bag skincare jenama Missha yang tiada dijual di Malaysia kerana salesgirlnya amat pandai menggoda saya dengan pelbagai free gifts yang diberikan...hahaha..memang berhantu kawasan ini. Saya juga ada membeli produk penjagaan wajah yang berasaskan ginseng. Walaupun harganya lebih mahal ternyata sesuai sangat dengan kulit saya selepas saya cuba pakai selama beberapa minggu. Menyesal pula rasanya tidak membeli produk berasaskan ginseng banyak-banyak.
|
Myeongdong Street yang merupakan kawasan kedai-kedai yang menjual skincare dan makeup
|
|
Mama terjebak..hahaha
|
|
Produk ginseng jenama Missha yang sangat bagus
|
|
Driver kami..ranggi!
|
Pada hari keenam sebelum balik kami sempat mengunjungi War Memorial of Korea...dekat sangat dengan hotel kami dalam 2 KM lebih sahaja. Kami ke sana dengan menaiki teksi dan sempat menghabiskan masa yang agak lama di sana memandangkan peralatan pertahanannya yang serba canggih itu membuatkan kami leka dan kagum. Mungkin kerana bermusuhan dengan North Korea, maka mereka membelanjakan wang lebih untuk pertahanan negara dan mempunyai pasukan askar yang berkaliber dan peralatan yang canggih.
|
Ada tempat bermain kanak-kanak juga dalam kawasan war memorial
|
Kami bertolak balik ke Malaysia malam itu flight hampir midnight dan rezeki kami banyak seat kosong dan pramugari yang beria-ia meminta kami berpindah ke seat lain bagi keselesaan diva kecil bertuah kami itu. Perjalanan kami sentiasa dipermudahkan maybe disebabkan rezeki babygirl bertuah kami yang sentiasa menarik perhatian pakcik pakcik dan atuk atuk Korea yang suka bermain dengan dia. Pergi mana je mesti dia dapat perhatian dan dapat free gitf dari para peniaga. Our daughter ini memang sentiasa murah rezeki sebab dia seorang yang riang dan ramah dengan semua orang malah pernah dapat duit daripada strangers yang suka dengan gelagat dia 😍
|
Jumpa replika kartun Pink Fong kat airport
|
Pada pandangan saya, Korea adalah negara yang bersih dan orang-orangnya jujur dan melayan kami dengan baik. Dari segi kecantikan alam semulajadi saya lebih prefer Taiwan dan Jepun. Namun Korea tetap ada tarikannya yang tersendiri yang lebih sesuai dengan jiwa orang muda dan produk skincare Korea amat bagus untuk dicuba. Saya selama ini tidak pernah mencuba produk skincare Korea namun setelah mencuba ternyata produknya sesuai dengan kulit orang Asia. Selamat melancong ke Korea bagi semua peminat KPop..Bagi peminat Kpop bolehlah ke muzium Kpop... anda pasti terhibur di sana!
Ulasan
Catat Ulasan