SEOUL, SOUTH KOREA TRIP 2019 WITH OUR TODDLER PART 1



Assalamualaikum/ salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang kadang-kadang bersawang ini. Banyak yang ingin ditulis tetapi masa yang ada sangatlah terhad. Saya sudah balik bercuti dari Taiwan dua minggu lalu tetapi sampai kini catatan di Seoul masih juga belum diterbitkan...hahaha...Saya menulis catatan pengembaraan kami kerana memori-memori ini seronok untuk dikenang sampai ke akhir hayat. Pada entry kali ini saya akan bercerita mengenai trip kami tiga beranak ke Seoul, Korea. Ini merupakan trip ke luar negara buat pertama kalinya kepada puteri kami yang tercinta yang telah berusia setahun dua bulan (ketika itu). Kami ke sana pada 26 April dan pulang ke Malaysia pada 1 Mei 2019. Saya memang menantikan saat-saat indah ini iaitu pengalaman travel dengan toddler.
Anak kami seorang yang mudah diuruskan. Agak nakal dan menggeletis tetapi sangat gemar berkawan dan bersosial dengan strangers dan juga bukan jenis menangis bila mengantuk atau selepas bangun tidur. Dia sangat jarang moody dan sentiasa happy..pendek kata memang easy baby dan mudah dibawa ke sana ke sini. Kami sentiasa membawa dia bercuti sejak dari usianya sebulan. Dalam usia sebegitu dia sudah round hampir satu semenanjung Malaysia dan check in di hotel hampir setiap bulan malah kadang-kadang lebih sekali sebulan. So, kami confident sangat untuk membawa dia ke Seoul dan perancangan bercuti hanya dibuat dalam masa yang singkat. Kami ke sana dengan menaiki Malaysia Airlines dan Alhamdulillah Allah telah memudahkan kami dengan kami mendapat seat yang tiada halangan di hadapan. So, my babygirl seronok berkubang depan kaki kami sambil menonton youtube dan bermain dengan babyboy yang hampir sebaya dengannya kacukan Australia Korea yang dalam perjalanan untuk pulang ke Korea berjumpa atuk dan neneknya. Sepanjang perjalanan our babygirl sibuk main sampai tidak mahu melelapkan mata. Dia hanya tertidur kira-kira sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang Incheon.




Urusan pemeriksaan Imigresen berjalan lancar dan semua makanan dalam pack yang kami bawa semuanya lepas. Kami ke hotel di Itaewon dengan menaiki teksi yang ditempah di airport dan harganya adalah fix. Jarak ke airport mengambil masa agak sejam dan pemandu teksi kami iaitu Eric sangat ramah dan mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Selain membawa teksi, Eric juga menyediakan perkhidmatan charter untuk 8 atau 10 jam. Malahan untuk pulang kami menghubungi dia untuk menghantar kami ke airport dan kami tawar menawar lagi harga dan beliau sangat baikhati dan memberikan diskaun lagi untuk kami..hahaha...Seoul bandar yang terletak di tepi Sungai dan mempunyai sangat banyak jambatan. Kami memilih hotel di Itaewon kerana di Itaewon terletak Grand Mosque dan banyak restoren halal di sekitar hotel. Mudah sangat nak makan 😋 Kami tinggal di Hotel Imperial Palace Boutique Hotel selama lima malam. Harga bilik kami yang menyediakan satu katil saiz Queen dan satu katil size single adalah sekitar RM450 semalam dan sangat selesa. Kami tidak kemana-mana kerana sampai ke hotel hampir pukul 11 malam dan kami makan makanan yang dibawa sahaja malam itu dan terus tidur akibat kepenatan. Our babygirl (Cik Diva kecik) juga seronok dan tawaf habis satu bilik hotel tersebut. 








Keesokan harinya kami hanya bersiar-siar ke sekitar bandar dengan berjalan kaki dan menaiki teksi. Jangan risau kerana pemandu teksi di sana sangat jujur dan menggunakan meter. Kami cuma menaiki teksi yang bewarna oren kerana mengikut pembacaan teksi itu dimiliki kerajaan. Kami ke Masjid Itaewon dengan berjalan kaki dan makan di restoren berdekatan. Selanjutnya kami ke shopping complex yang terletak di bangunan bawah tanah di Station Bas Utama di Seoul. Tapi harga di sana tidaklah semurah yang disangka dan kami tidak membeli apa pun di sana dan seterusnya kami menaiki teksi untuk ke Seoul Grand Park. Malangnya kami dibawa ke Seoul Racecourse Park. Patutlah bila masuk tengok banyak kuda rupanya pemandu teksi salah bawa sedangkan kami tunjuk kad Nara yang ada memaparkan gambar dan tulisan dalam bahasa Korea. Pakcik teksi tu rabun barangkali (husnuzon)..hahaha..So bila dah habis jalan-jalan dan nak balik ke hotel nasib kami agak malang kerana race kuda baru berakhir dan orang ramai berpusu-pusu keluar untuk balik dan pada ketika itu semua teksi refused untuk menggunakan meter dan kami perlu membayar 30000 won bersamaan RM106...aduh! Agak mahal harganya. Memang Seoul adalah bandar yang serba serbi mahal sama sahaja macam di Jepun. 












Nak pi Seoul Grand Park, driver teksi hantar ke tempat lain








Hari ketiga kami di sana, kami ke Nami Island, Petite France dan Garden of the Morning Calm dengan menaiki kenderaan private yang kami tempah melalui aplikasi Klook. Kosnya RM900++ untuk perjalanan selama 8 jam tersebut. Memang mahal namun memandangkan trip kali ini adalah bukan trip bajet makanya kami telah membelanjakan wang yang agak banyak untuk keselesaan cik diva kecik kami itu. Senang sebab driver datang jemput di hotel dan dihantar balik ke hotel dan waktu pergi kami yang tentukan pukul berapa mahu bertolak. Selain itu, kami boleh skip mana-mana tempat yang dirasakan tidak ingin dilawati dan semuanya mengikut masa sendiri asalkan tidak melebihi 8 jam yang telah ditetapkan. Tidak sanggup kami nak bawa cik Diva Kecik menaiki pengangkutan awam ke Pulau Nami yang agak jauh jaraknya dari Seoul. Jarak ke Nami Island lebih kurang 45 minit dari hotel kami dengan menggunakan kereta dan pemandangannya tidaklah secantik yang saya sangkakan. Pulau itu pun hanyalah pulau buatan di tepi bukit. Kami perlu menaiki bot yang hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk sampai ke pulau tersebut. Orang sangatlah ramai memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad. Richard pemandu merangkap tourist guide kami amat bagus orangnya. Beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan seorang yang berpendidikan tinggi dan pernah bekerja dengan US Army Based di Korea. Beliau membantu membelikan tiket kami dan beliau turut mengiringi kami ke Pulau Nami malah tolong menolak stroller anak saya yang sedang tidur ketika di Garden of Morning Calm dan tolong mengambil gambar-gambar kami bertiga. 







Sebelum naik feri ke Nami Island






Masih ada sakura di Nami Island








Makan kat restoren Muslim Friendly kat Nami Island dekat area-area parking kereta.



Rezeki kami masih ada untuk bergambar dengan sakura memandangkan bunga sakura masih ada tinggal saki bakinya di Pulau Nami. Pulau Nami tidaklah besar mana dan dalam sejam lebih sudah habis kami ronda dan menikmati pemandangan. Cik Diva kecik yang sedang tidur juga kami kejutkan kerana tidak mahu dia terlepas momen-momen di sana. Selepas itu kami ke Petite France yang seakan-akan Colmar Tropicale. Cantik juga bangunan-bangunan di situ dan memang cantik untuk para instagramer. Seterusnya kami ke Garden of the Morning Calm yang sangat cantik bunga-bungaannya..Garden itu dipenuhi dengan pokok tulip yang pelbagai warna dan juga pokok-pokok lain yang bewarna-warni. Terasa sangat tenang ketika berada di dalam garden ini dan menikmati pemandangan pokok-pokok yang sangat indah. Anak yang sedang tidur juga memudahkan kami mengambil gambar dan menikmati pemandangan. Kami sampai di hotel pukul 6 petang dan kami berehat serta mandi sebelum keluar untuk makan di kedai makanan Korea halal yang menjual ayam goreng pelbagai perisa itu tidak jauh dari Grand Mosque, Itaewon. Jumpa lagi dalam siri 2 nanti..bye cho cincow!




Petite France


Colorful buidings at Petite France









Garden of the Morning Calm yang sangat cantik







Colorful betul pokok-pokok kat Garden of the Morning Calm ini...










Cik Diva Kecik sedap tidur akibat cuaca yang sejuk nyaman

Kenderaan kami hari itu..Hyundai Starex..besarnya kereta padahal naik bertiga beranak je 😆


Our driver cum tourist guide, Richard


Dinner at Itaewon area



Jalan balik ke hotel selepas dinner..dekat jer














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris