Melbourne City

Saya dan hubby berkesempatan mengelilingi bandar Melbourne. Kami tinggal di Miami Hotel di CBD area. Mudah untuk mengelilingi Bandar Melbourne kerana perkhidmatan tram di sana sangat efektif. Kami sempat naik bot di Yarra River, melihat pertunjukan api daripada artis jalanan, shopping di Bourke Street dan Victoria Market (destinasi wajib pergi sebab banyak souvenir murah di sini!) serta mengunjungi Melbourne Museum (saya penggemar sejarah! Dapat A1 masa SPM tau
! Hehe..).



Kami banyak berjalan kaki juga di sekitar bandar Melbourne selain menaiki tram free yang bewarna coklat. Sebagai pengumpul tegar T-shirt Hard Rock Cafe, suami beria mencari premis berkenaan di Bourke Street walaupun jauh di sudut hati terasa macam dah tak wujud premis berkenaan berikutan pelbagai maklumat bercanggah yang diperolehi daripada Internet. Lastly, sebab dah bingung mencari maka encik suami pun bertanyalah kepada staf hotel Miami yang sangat peramah dan oh ya, dia bagitahu dia pernah bekerja di Malaysia..bangga sekejap sebab minah salleh pernah kerja di KL..hehe..selalunya mat Indo dan mat Bangla jer...terkeluar topik pula..hehe..ok, back to our story, minah salleh tu cakap Hard Rock cafe Melbourne dah tak wujud..pernah wujud masa dia kecik2 dulu jer..siap google earth lagi untuk kitaorg..memang tak ada..dah jadi tempat lain pun..oh, kecewanya rasa hati..Apasal la sebesar2 Australia tu cuma ada kat Sydney jer..Malaysia yg kecik ni pun ada sampai empat..kalau tidak ada lima termasuk Putrajaya yg diilhamkan oleh seorg menteri yg tak berapa cerdik pada pandangan saya..hehe..

Saya suka Melbourne. Rasanya kalau diminta bertugas di sana saya pasti angguk kepala tanda setuju apatah lagi mudah bebenor nak dapatkan makanan Halal. Nandos di sana semuanya halal dan beriani pun mudah didapati termasuklah nasi lemak..ingatkan pergi sana akan jadi kurus tapi sebaliknya bertambah combam (comel + tembam)..hehehe...Saya juga sukakan bangunan-bangunan lama yang cantik di bandar ini seperti gambar-gambar di bawah.



















Street performer






Ulasan

  1. sis..sy nak ke Melbourne Penghujung January ni..
    nk minta advice.. bagaimana cara nk menghubungi sis?
    syamhanna78@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Boleh email saya ke: m_lia79@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Hi kakak.. saya akn ke melbourne 1 mac .. bagaimana tahap kesejukan kat sane?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris