Day 1 in Phnom Penh, Cambodia..an emotional journey with unforgettable memories..

Tuktuk..public transport paling glamor

Di depan Genocide museum..yang putih tu adalah victim's grave

Tempat menyeksa orang di high school yang diubahsuai sebagai penjara

Antara mangsa-mangsa

Alat menyeksa tahanan

Tempat kurungan mangsa

My hubby dengan sebilangan tengkorak mangsa yang dijumpai



At Killing Field

Sayu hati baca ni..

Mass grave
Kena pakai mask sebab jalan berdebu dan rosak teruk dengan cuaca yang sangat panas

Mass grave





Saya dan suami ke Phnom Penh pada 28.2.2014 sehingga 4.3.2014 yang lalu dengan menaiki pesawat MAS. Empat hari selepas kami balik, MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing hilang daripada radar dan masih hilang sehingga saya menulis catatan ini. Hati saya terasa sangat sebak dengan peristiwa ini kerana kami juga melalui laluan yang sama untuk ke Phnom Penh. Semasa kapal terbang nak take off untuk ke Phnom Penh tiba-tiba hati saya terasa berdebar-debar dan saya terfikir tentang kejadian pada Disember 1977 dimana kapalterbang MAS terhempas di Tanjung Kupang, Johor kerana rampasan kapal terbang yang sehingga sekarang masih tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas perkara tersebut. Hati saya berkata-kata dan tertanya-tanya adakah kejadian seumpama ini akan berlaku lagi di masa akan datang? Rupa-rupanya gerak hati saya ini menandakan sesuatu yang buruk bakal terjadi dan empat hari setelah selamat mendarat di bumi Malaysia yang tercinta ini, kejadian yang ditangisi oleh semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia ini betul-betul berlaku dan saya masih rasa umpama bermimpi. Walaupun begitu, saya tak akan pernah memulaukan MAS because I still believe MAS is one of the best 5 stars airlines in the world.

Back to my trip to Cambodia, actually saya ke Cambodia atas 2 sebab. Pertamanya sebab saya nak tengok Angkor Wat live in front of my eyes (as I mentioned earlier, saya ni peminat sejarah) dan keduanya saya nak tengok kesan kekejaman Pol Pot pada zaman pemerintahannya yang bermula pada tahun 1975 dan berakhir pada awal tahun 1979. Pol Pot is one of the cruel person in the history of modern civilization ..and I still can't believe that this kind of barbaric actions could happened those days. Semua bijak pandai dibunuh dengan kejam..ada antaranya menteri, pegawai kerajaan dan family mereka, Prof of Law, Prof of Medicine, actors, singers, women, peasant, and the most pathetic his government also killed children and babies..

I can't explain how was my feeling when I saw the high school which later turned to be a prison where the innocent victims got tortured and killed. Masih ada kesan darah di lantai dan masih ada semua alat-alat yang digunakan untuk menyeksa tahanan. Malah terdapat 14 kubur di hadapan bangunan itu di mana mereka merupakan mangsa terakhir yang dibunuh dan dijumpai oleh kerajaan Vietnam yang merampas kuasa selepas itu dan mereka dikuburkan di situ. Saya dan husband juga ke Killing Field tempat dimana kebanyakan tahanan ini dibunuh. Kebanyakan mereka mati dengan ditusuk benda-benda tajam dan juga diracun secara hidup-hidup dan semasa proses pembunuhan ini dilaksanakan muzik tradisional dipasang dengan kuat untuk mengelakkan orang sekitar tahu bahawa proses pembunuhan secara kejam sedang dijalankan. Dianggarkan lebih 1.5 juta rakyat Cambodia dibunuh pada zaman pemerintahan Pol Pot dan 1.5 juta mati akibat kebuluran dan buruh paksa. Pol Pot menjadi se barbaric itu kerana paranoid dengan diri sendiri..membunuh bijak pandai kerana tidak mahu mereka menentangnya. Malah orang yang bertangan halus dan licin juga dibunuh kerana beranggapan mereka tidak melakukan kerja berat dan banyak berfikir yakni pandai.

Paling menyentuh hati apabila melihat kesan di pokok yang dijadikan tempat membaling bayi sehingga tempurung kepala mereka terlekat di pokok..hati saya menangis..terus teringatkan anak buah saya yang baru lahir..mak aihhhh..kejam sangat mereka..apalah dosa semua baby tu? Masih ada banyak tulang temulang dan gigi yang ada di atas tanah yang masih dapat dilihat. Semua tengkorak diletakkan dalam satu bangunan dan diletakkan penerangan bagaimana mereka mati dan senjata apa yang digunakan. Bullet langsung tidak digunakan kerana mahal dan Polpot tidak mahu membazir.

Selain itu, hati saya sangat tersentuh melihat orang Muslim Champa yang tinggal satu keluarga dalam bot kecil..miskinnya mereka. Di Cambodia harga kereta tidak mahal, anda boleh jumpa banyak kereta Lexus dan Toyota tetapi tiada sistem loan di sana...semuanya mesti bayar cash, begitu juga dengan rumah. Jalanraya jangan dikata..teruk sangat malah worst than jalanraya di Medan..sampai demam-demam saya naik tuk tuk di sana. Jalanraya sangat berdebu dan berlubang-lubang tahap kawah. Gaji mereka terlalu rendah..bayangkan gaji doktor hanya sekitar USD150 - 200..Harga minyak juga mahal iaitu hampir RM4 per liter. Keadaan bandar Phnom Penh tu sangat ketinggalan..mungkin setaraf Malaysia pada zaman 60 an..

Next entry saya akan ceritakan perjalanan kami ke Siem Reap dengan menggunakan jalan darat. Kunjungan saya ke Cambodia especially Phnom Penh amat meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya..sampai dah balik Malaysia masih teringat-ingat dan masih rasa sebak bila tengok gambar-gambar di Genocide Museum dan Killing Field. Hati saya sangat tersentuh dan mendoakan semoga sejarah ini tidak akan berulang lagi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris