Family Gathering at Tasik Beris, Kedah

 

Assalamualaikum semua pembaca sekalian..

 

Kali ini saya nak bercerita tentang percutian saya pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu bersama keluarga di Tasik Beris yang terletak di dalam Daerah Sik, Kedah. Percutian keluarga kali ini dimeriahkan oleh kesemua adik-beradik mak yang masih hidup. Mak saya mempunyai 8 orang adik-beradik namun yang masih hidup cuma seramai empat orang termasuk mak saya. Adik-beradik saya yang menyertai percutian ini cumalah saya dan abang serta keluarganya. Kakak saya serta adik dan keluarga mereka tidak dapat menyertai kerana ada komitmen lain. Manakala mak cik saya membawa kesemua anak-anaknya yang berjumlah empat orang dan begitu juga dengan paksu saya yang membawa bersama isteri dan anak-anaknya. Cuma pakcik saya saja yang hanya membawa isteri dan seorang sahaja dari empat orang anaknya ke percutian itu. Banyak lagi sepupu-sepupu saya yang tidak dapat menyertai percutian ini mungkin kerana perancangan yang dibuat secara 'last minute' ini. Kami merancang untuk tahun hadapan akan dilaksanakan dengan lebih banyak penyertaan dan meriah.

 

Kami memulakan perjalanan ke Tasik Beris pada hari Jumaat 19 Februari 2015. Bagi yang datang ikut highway Utara Selatan boleh keluar ikut exit Gurun. Tasik Beris ini merupakan Tasik buatan dan di sini terdapat ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara. Kami singgah di ladang anggur ini untuk merasai pengalaman memetik anggur tapi malangnya waktu itu kebanyakan anggur telah dipetik cuma tinggal sedikit sahaja anggur yang belum masak. Tempat yang dibuka kepada orang ramai ini bukanlah ladang yang sebenar kerana ladang yang besar di Asia Tenggara tersebut tidak dibuka kepada orang ramai. Ladang yang kami pergi ni lebih kepada ladang khas untuk tontonan umum...ladang 'showroom' gitu! Hehehe...di sini terdapat kedai menjual cenderamata yang juga menjual anggur fresh dari ladang. Sebagai penggemar tegar anggur hitam jenis seedless, saya merasakan anggurnya manis cuma banyak air tak seperti anggur import yang lebih banyak isi. Di dalam ladang ini juga terdapat cafe yang menyajikan makanan dan minuman berunsurkan anggur. Harga tiket agak mahal bagi memasuki ladang yang kebanyakan buahnya telah dipetik iaitu RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. 

 




Anggur yang tinggal...belum masak

Anak abangku yang bongsu...comel kan?! Baru 11 tahun..



Pemandangan depan Ladang Anggur
Anggur Ladang Tasik Beris..sedap juga!


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tasik Beris Hill View Lake Resort yang terletak tidak jauh dari ladang anggur ini. Saya difahamkan terdapat tiga resort di sekitar Tasik Beris ini. Ada resort yang berunsurkan tradisional dimana rumah-rumahnya berbentuk rumah kampung beratap nipah tapi resort yang kami duduk ini lebih selesa kerana chaletnya adalah chalet batu lengkap beraircond dan TV. Harga chalet juga berbeza-beza di antara RM90 hingga ke RM170. Tapi kami dapat harga murah RM10 mungkin kerana kami book lima chalet. Saya ambik chalet yang berharga RM140 (selepas diskaun RM130). Besar betul chaletnya. Anak abang saya yang bongsu tidur bersama-sama saya dan suami. Ada chalet yang besar yang memuatkan 2 buah katil saiz queen dan dilengkapi water heater. Untuk chalet saya tak ada water heater cuma ada aircond, TV, cerek, mini fridge, consul table, katil queen dan almari pakaian. Untuk makluman, cuma terdapat 11 chalet di resort ini dan dilengkapi dengan kemudahan alat BBQ, tempat memasak, plug untuk memasak, meja makan dan singki di tepi tasik. Untungnya pak su saya merupakan peraih ikan..maka tiga tong ikan segar, sotong dan udang yang dia bawa untuk kami semua melantak...hehe...mak cik saya siap bawa dapur dan tong gas, rice cooker, periuk belanga, beras 5kg, dan macam-macam lagi makanan. Mujurlah kereta pak cik saya ialah jenis Hilux..maka berjayalah semua barang disumbatkan ke dalam kenderaan tersebut. Saya turut menyumbangkan sebiji buah tembikai besar  yang dibeli di tepi jalan kat Pekan Jeniang.

 

Pemandangan yang cantik

Antara chalet yang terdapat di resort ini

Rasa meriah sangat masak dan makan beramai-ramai kat situ. Pemandangan di tasik itu juga sangat cantik, tenang dan mendamaikan. Saya sebagai orang asal dari Kedah baru tahu tentang kewujudan tempat itu..nampak sangat saya kurang mengenali negeri sendiri..mungkin sebab seawal umur 18 tahun sehingga 36 tahun ini saya telah merantau dan banyak menghabiskan masa di tempat orang. Lately pun saya banyak melancong ke negara-negara luar sampai lupa nak explore negara sendiri. Rupanya masih banyak tempat menarik di negara sendiri malah negeri sendiri yang saya tak tahu dan kenal. Mungkin selepas ini saya akan cuba bercuti di dalam negara ke tempat-tempat yang saya tak pernah sampai sekurang-kurangnya sekali setahun.


Ikan, ketam dan sotong free sumbangan pak su ku...peraih ikan segar..

Lunch time




Anak-anak buah, suami dan para sepupu mencuba nasib memancing ikan..malangnya dengan keriuhan suara kami dan aktiviti masak memasak di tepi tasik seekor ikan pun tak mahu mendekati apatah lagi terjerat dengan mata joran. Cuma pada tengah malam sepupu saya berjaya mendapatkan dua ekor ikan..akhirnya! Hehehe...



Suamiku itu gaya jer yang lebih..bukan pernah memancing pun..hehehe..
Juara memancing sepupuku yang baju biru tu..hehehe..



BBQ time

Juara memancing..dapat dua ekor ikan..hehehe..

Dinner time
Muka baru bangun tidur..




Pemandangan indah di waktu awal pagi..nyaman dan mendamaikan!
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang..keluarga abangku tiada dalam gambar kerana pulang awal.

 

Esoknya selepas check out kami semua menuju ke dusun buah-buahan kepunyaan Pak cik tidak jauh dari Tasik Beris itu..Dusunnya agak tinggi penat jua kami semua mendaki dan ada air terjun kecil di tempat tersebut. Kami mencadangkan pak cik membina chalet dua tingkat di situ supaya kami dapat mengadakan family day di situ sambil makan buah-buahan yang terdapat di sekitar dusun tersebut.

 

Jumpa lagi di next entry sebab nak ceritakan pengalaman ke Wang Kelian pula.





Ulasan

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Day 2 & 3 Cambodia Trip, Siem Reap..the magnificient Angkor Wat