BRUSSELS, BELGIUM
Kami sampai di Brussels pada pukul 6.00 pagi setelah bertolak dari London Coach Station pada pukul 10.00 malam. Kami turun di Stesyen Gare Du Nord dan seterusnya naik ke tingkat atas untuk menyimpan beg di loker yang menggunakan wang syiling Euro. Loker pun ada macam-macam saiz dan kami mengambil loker yang paling besar untuk menyimpan beg-beg kami yang banyak itu. Toilet di stesyen tersebut cuma ada satu dan penjaga toilet tu garang macam singa. Dia tak bagi orang masuk untuk basuh muka atau berus gigi kecuali buang air. Saya selamat kerana masuk ke toilet dengan membawa bag pack kecil. Sempat la saya cuci muka dengan berus gigi serta salin baju dan tukar tudung. Lepas tu saya dengar bunyi bising-bising suara mak cik berkulit black tu memarahi beberapa lelaki kat dalam toilet lelaki. Saya tak faham apa dia cakap kerana dia bercakap menggunakan Bahasa Belgium tapi saya agak dia tak bagi berlama-lama dalam bilik air. Husband saya pun kena marah sebab bawa baju macam tu jer nak masuk toilet. So, akhirnya husband memasukkan baju dalam beg dan pura-pura nak masuk tandas semula baru dia bagi. Entah apa-apalah mak cik ni! Tak mesra tourist langsung. Tak ada tempat mandi maka kami tak mandi pun tapi cuaca di Brussels sangat sejuk berbanding London so tak mandi pun tak ada hal.
Station Gare Du Nord, Brussels |
Kami mengambil pas satu hari dan meneruskan perjalanan dengan menaiki train ke Grand Place. Banyak bangunan-bangunan antik di sekitar Grand Palace tersebut. Kami sampai terlalu awal banyak kedai tak buka lagi. So, Kami berjalan-jalan di sekitar Grand Place tu untuk mengambil gambar dan berjalan mencari Manekan Pis, patung budak kecil kencing yang selalu tukar-tukar baju tu. Tak adalah cantik mana pun patung tu..apasal boleh popular pun tak faham..hehe..
Train station yang bersih..jauh beza dari Paris |
Belgium popular dengan lace dan coklat |
Bergambar depan kedai coklat..nampak coklat patung Manekan Pis |
Banyak benda menarik di jual di kedai-kedai di sini..leka tengok! |
Inilah patung Manekan Pis..nasib baik tak bogel :-) |
Sejuk air tu hooo!!! Gedik jugak nak rasa ;-) |
Kami juga ke Hard Rock shop untuk membeli baju. Kedai Hard Rock tu ada di area Grand Place tu juga. Semestinya kami juga membeli Belgian chocolate yang popular tu. Kami beli di kedai milik Arab Islam yang memasang ayat Al-Quran dalam kedainya. Kami juga membeli souvenir dari kedai milik orang Islam. Harga souvenir di sini lebih mahal dari London. Tak adalah beli banyak sangat sebab dah memborong sakan di Kota London.
Pening kepala nak pilih semua sedap-sedap! |
Kami tunggu sampai kedai buka..hehe..semangat nak beli T-shirt |
Satu lagi yang popular di Belgium ialah wafflenya yang sedap itu. Sepanjang sehari itu 3 kali saya makan waffle yang berlainan. Yang paling saya suka ialah waffle original kerana rasanya cukup enak dan authentic. Kedai waffle yang paling popular ialah Maison Dandoy dan harga waffle tu bergantung kepada apa yang kita tambah atas waffle tu. Kalau waffle original cuma berharga satu euro di sekitar Grand Place.
Suami bergambar di hadapan kedai waffle paling popular Maison Dandoy |
Keadaan dalam kedai..bau waffle semerbak |
Macam-macam ada..enak pulak tu! |
Waffle yang kami makan dalam kedai Maison Dandoy |
Gembira dapat beli T-shirt Hard Rock lagi |
Try yang original pulak kat kedai lain |
Macam-macam boleh ditambah atas waffle tu! |
Antara arca yang ada sekitar Grand Place tu.. |
Kalau malam mesti meriah..banyak tempat minum! |
Awal sangat kami sampai..kedai pun banyak tak buka lagi |
Nasib baik ada yang sudi ambikkan gambar kami berdua |
Welcome to Atomium |
Minum dulu before bertolak ke the Hague |
Bergambar di sekitar station Gare Du Nord |
Ulasan
Catat Ulasan