SABAH BIRTHDAY TRIP 2016 - Island Hopping (Pulau Sapi, Manukan & Mamutik)
Pada hari ke empat kami di sana, tibalah masa untuk main air pula..dah lama rasanya tak pergi ke pulau sejak ke Pulau Perhentian pada tahun 2015. Lama sangat dah rasanya. Kami ke Jesselton Point dan membuat keputusan untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Malangnya cuaca yang sangat cerah pada mulanya berubah dalam sekelip mata. Jabatan Laut mengarahkan agar semua bot tidak berlepas buat sementara sehingga ribut dan hujan reda. Padahal masa tu dah masuk dalam bot tapi kena keluar semula sebab cuaca di sebelah pulau makin tidak memberangsangkan.
Kami menunggu hampir dua jam untuk hujan reda. Sepatutnya bertolak pada pukul 9 pagi tapi bertolak hampir pukul 12 tgh hari walaupun hujan telah reda pada pukul 11 pagi kerana menunggu bot yang tidak kunjung tiba. Yang mana dah beli tiket dengan company lain dah selamat ke pulau tetapi kami beberapa orang masih tersadai kerana bot tidak kunjung tiba. Teruk betul perkhidmatan company tu. Dah la sampai lambat bila dah ke pulau Manukan bot pula rosak dan kami berdua sahaja yang mengambil tiket untuk ke 3 pulau (orang lain dalam bot kami hanya ambil tiket ke 2 pulau) terpaksa menelefon berkali-kali ke company tersebut dan akhirnya kami disuruh menumpang bot lain untuk ke pulau Mamutik. Memang teruk sangat perkhidmatan company ni. Butiran company adalah seperti gambar di bawah.
Jangan beli tiket di sini..service suck!
|
Cuaca yang sangat elok pada mulanya |
Berubah dalam sekelip mata |
Semangat dah nak gi pulau tetiba kena tangguh. |
Di antara ketiga-tiga pulau tersebut saya merasakan Pulau Sapi paling cantik tetapi Pulau Mamutik lebih kecil dan terjaga rapi manakala Manukan adalah pulau yang lebih besar dan terdapat resort di situ serta terlalu ramai orang dan menyebabkan banyak sampah sarap semasa hari tersebut. Tak puas rasanya Island hopping kali ini kerana kami telah kehilangan 3 jam yang amat berharga sebelum dapat bertolak ke pulau-pulau ini. Badan Pelancongan Sabah mungkin boleh menyediakan toilet yang lebih bersih di pulau-pulau tersebut terutamanya Pulau Mamutik di mana kemudahan bilik mandi dan tandas sangatlah teruk dan rasa nak muntah bila masuk. Saya dan suami terpaksa mandi di pancuran luar sahaja dan masuk ke dalam tandas untuk menukar pakaian..itu pun cuma berada di ruang luar bilik mandi kerana keadaan dalam bilik mandi amat meloyakan dengan ketiadaan paip dan berbau.
Pulau Sapi |
Jeti Pulau Sapi |
Pulau Manukan |
Pulau Manukan |
Pulau Manukan |
Pulau Manukan |
Pulau Mamutik |
Nampak Kota Kinabalu dari Pulau Mamutik |
Add caption |
Pemandangan sewaktu hampir sunset |
Setelah pulang ke hotel, kami bersiap untuk keluar makan di tempat makan malam sebelumnya. Tapi kali ini di kedai lain dan kami memesan hidangan lobster pada kali ini. Setelah puas survey kami memilih satu restoren yang menjual paling murah lobster iaitu RM96 untuk seekor. Besar betul lobster tu..rasa menyesal pulak order ikan sekali sebab dah tak larat nak habiskan. Sebelum tu pun kami dah melantak kepak ayam panggang dan sotong bakar kat gerai di sekitar Pasar Filifina.
Pemandangan Hotel Promenade di waktu malam |
Sempat ke gerai-gerai makan area Pasar Filifina..beli juga sotong bakar dan kepak ayam panggang..sedap! |
Kita makan lobster pulak..seekor tapi potong dua dan masak dua masakan berbeza..yummy!! |
Ulasan
Catat Ulasan