ENGLAND..ROAD TRIP DAY 4 - LAKE DISTRICT

Hari ke empat road trip di England, kami meneruskan perjalanan sejauh 128 km dari Manchester ke Lake District. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi menuju ke utara England. Kami ikut highway M61 terus ke Lake District. Kat highway ni ada restoran Subway halal. Saya set waze untuk ke M61 Services Northbound, Rivington sebab nak breakfast kat Subway Halal kat sini. Kawasan parking amat luas dan kami terus masuk ke Euro Garages untuk mencari Subway. Alhamdulillah, memang betul Subway kat sini halal. Kat UK ni selain dari Subway, KFC dan Nandos pun ada yang halal. Cuma kena pandai mencari dan boleh cari maklumat dari google. Kami terus order sandwich yang berkenan dihati serta kopi untuk menyegarkan mata untuk perjalanan yang akan melalui kawasan-kawasan indah ini. 

 

Pemandangan di sepanjang perjalanan


Kami keluar dari highway dan ikut jalan dalam menuju ke Bowness-on-Windermere. MasyaAllah, cuaca yang cerah dan sejuk membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik. Kawasan sekeliling yang lapang dipenuhi dengan kambing biri-biri serta bukit-bukau dan rumah-rumah Inggeris. Saujana mata memandang! Saya tak melepaskan peluang amik gambar sebanyak yang mungkin. Kereta pun tak banyak sangat jadi kami sangat menikmati pemandangan di kiri dan kanan jalan. Kami melalui pekan Kendal tapi bercadang untuk singgah masa balik jadi kami meneruskan perjalanan ke pekan Windermere. Memang betul seperti review dan gambar yang saya dah baca dan tengok dari internet. Live view lagilah superb! Rasa macam kat Queenstown, New Zealand pula..cuma bagi saya Queenstown lebih cantik sikit sahaja berbanding Lake District. Kawasan ini memang sangat tenang, nyaman, tenteram dihiasi tasik yang sangat cantik, bukit-bukau, hutan yang menyamankan dan saya rasa kalau next time datang nak overnight kat salah sebuah hotel design Inggeris di sini.

 

 


Windermere Town

Dari Windermere ke Bowness-on-Windermere dekat je. Jalan kaki pun boleh. Kami mencari parking di Rayrigg Road. Parking kat sini guna sistem Pay and Display.  Hehe.. Saya bayar GBP4 untuk parking selama 3 jam. Kene set time, sebelum jam 2.30 petang kena ada balik kat sini..tak mau kena saman. Sebelum explore pekan Bowness-on-Windermere, kami singgah di public toilet kat tepi parking lot. Nak masuk toilet kena bayar tol.  Hehe..kalau tak silap 50 pence sekali masuk.

 

 

 Kami melangkah menuju ke pekan Bowness-on-Windermere. Kawasan pekan ni terletak kat tepi tasik. Tu yang buat lagi cantik tu. Kebanyakan orang yang ada kat sini terdiri dari warga tua. Ada jugak pasangan muda yang honeymoon kat sini. Kami ke kawasan tepi tasik, Bowness Bay sambil bergambar sebanyak yang mungkin. Banyak perkhidmatan boat cruise keliling tasik. Angsa yang jinak pun selamba je berkeliaran kat tepi tasik dan berak merata-rata..hehe..yang itu saya tak berkenan..jijik sikit tapi tak apalah, nampak natural gitu! Takkan nak suruh itik berak atas pasir macam kucing pulak kan?! Alangkah indahnya dunia ciptaan Tuhan. Katanya kat sini aiskrim dia sedap. Mmmm, memang sedap kerana katanya the best home made ice cream in the world! Sama rasa sedapnya macam kat Bibury. Kedai-kedai kat sini dihiasi dengan bunga-bunga cantik di tepi-tepi kedai dan laluan pejalan kaki.Apa lagi asyik berhenti ambik gambar la jawabnya..hehe.. Kami menaiki cruise yang mengambil masa lebih kurang 90 minit pergi dan balik (45 minit one way) dari Bowness ke Windermere. Harga tiket kalau tak silap saya lebih kurang 10 pound seorang pergi balik.

Ice cream time!


Tempat beli tiket cruise



Bowness-on-windermere


Ramai yang naik cruise ni merupakan warga emas..anjing pun ada tapi disebabkan kesejukan anjing ni duduk diam jer dan diselimutkan dengan baju sejuk tuannya..sayang betul kat anjingnya sampai dia sanggup kesejukan tanpa baju sejuk. Kami duduk kat bahagian atas cruise yang open..memang sejuk la bila angin menyapa..memang menggigil..hehe..Cuaca yang tadinya cerah dan matahari bersinar terik tiba-tiba mendung. Kami berdoa sangat agar tak hujan dan memang tak hujan pun. Kami berjalan di sekitar Ambleside, Waterhead. pemandangan kat sini sangat cantik. Kami ambik masa duduk kat kerusi sambil makan subway yang dibawa sambil menikmati pemandangan yang indah. Alangkah bestnya kalau dah tua-tua nanti dapat tinggal kat tempat tenang macam ni :-) 


Cruising from Windermere to Ambleside


Pemandangan indah dari atas cruise














Cantik hotel kat belakang tu..





Ambleside Pier





Antara souvenir yang dijual di sini..

Antara bangunan yang menarik..









Kami cuma mengambil masa dalam 20 minit di sini sebelum mengambil cruise untuk pulang semula ke Bowness on Windermere kerana kami cuma membayar parking untuk tempoh 3 jam sahaja. Bimbang juga kalau kena saman nanti. Setelah sampai kami berjalan di kawasan sekitar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Kendall. Pekan Kendall ini ada juga tempat tarikan pelancong tapi jauh di atas bukit..malas kami nak mendaki cuma ambik gambar sekitar pekan dan church yang dah lama di bina. 

Pekan Kendall yang sunyi

 

 


Pekan Kendall

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Birmingham untuk overnight di rumah kawan hubby yang tengah menyiapkan PhD di sini. Jarak lebih kurang 250 KM dari Lake District ke Birmingham. Jarak dari Birmingham ke London dah tak jauh lebih kurang 200 KM. Terima kasih kepada Farid dan Azza yang sudi menerima kedatangan kami dan juga menyediakan juadah yang enak-enak buat kami. Azza memang pandai masak..sedap sangat tiramisu yang dia buat. Anak-anaknya pun comel sangat. Sempat la kami ikut mereka ke rumah sepupu Farid yang dah lama bermastautin di sana dan ada yang dah kahwin dengan mat salleh pun..comel sangat anak-anak mereka. Best dengar budak-budak kecil cakap English slang British...hehe..cute sangat rasanya. Nantikan next entry untuk hari ke lima pula.

 

 

 

Ulasan

  1. hi
    how are U?
    nice blog
    ============
    ahmad from Luxor - Egypt
    rashidyahmad@yahoo.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris