Wanita dan kerjaya..bos di pejabat tapi suri di rumah

Saya terbaca petikan berita terbaru yang menyatakan bahawa 62% bos di kalangan penjawat awam adalah wanita. Well, sedikit pun saya tak terkejut dengan kenyataan ini. Kenapa saya kata begini adalah kerana 70% classmate saya semasa di universiti adalah perempuan. Apabila saya memasuki perkhidmatan awam juga saya telah berkhidmat dengan 4 orang bos wanita. Sakit jua hati saya bila di dalam satu forum ini asyik mencaci bos wanita dengan mengatakan bos wanita emosi, andartu gila yang asyik membambu staf bawahan, perempuan tak sepatutnya bekerja apatah lagi menjadi bos, bos perempuan cerewet, tak ada hati perut dan pelbagai lagi tohmahan yang dilemperkan kepada para bos wanita ini. Saya amat tak gemar dengan pendapat yang overgeneralised macam tu. Bukan semua bos perempuan itu macam yang dikatakan di atas. Pengalaman saya dengan kesemua bos wanita saya ialah mereka semua berkahwin, tak semuanya beremosi tak tentu hala walaupun adakalanya ada sedikit sebanyak tapi masih terkawal lagi, cerewat tu tak dinafikan sebab mereka mementingkan kesempurnaan. Tapi walaupun dalam beremosi begitu kadang2 emosi mereka itu boleh berubah jua menjadi sesuatu yang baik. Tak dinafikan ada juga yang berperangai sedemikian tetapi semuanya bergantung kepada diri individu itu sendiri. Bos wanita ni bagi saya, akan percayakan kita dan menyayangi kita kalau kita tahu mengikut rentaknya dan memahami apa yang dia mahukan dan kita dapat melaksanakan seperti yang dia minta.

Tapi ada juga dikalangan bos wanita saya itu pernah membuatkan airmata saya menitis. Tetapi saya anggap itu adalah asam garam lumrah kehidupan seorang pekerja. Itu semua bisa mematangkan kita bergantung daripada persepsi kita sendiri dan macam mana kita melihat sesuatu perkara tersebut. Prinsip saya senang saja, iaitu jangan melawan bos walaupun bagaimana kita sakit hati dengan tindakannya sebab saya pasti dia sendiri boleh berfikir tindakannya suatu hari nanti. Berbuat baiklah dengan bos kita walau macam mana pun dia. Ada cara untuk kita menyatakan pendapat kita yang berbeza dengannya walaupun tanpa melawan atau berkurang ajar dengannya. Prinsip saya ini bukan terpakai bagi bos wanita sahaja tapi juga untuk semua bos lelaki saya dan Alhamdulillah sehingga sekarang saya tak pernah lagi berseteru dengan kesemua bos saya malahan ada yang amat saya sayang dan berterima kasih kerana banyak mengajar saya tentang hidup dan kerjaya. 

Kini saya juga bergelar bos wanita..masih bos kecil bukan tahap JUSA lagi..jauh lagi nak sampai. Tapi saya kini kurang menggunakan emosi dalam setiap pertimbangan saya. Setiap keputusan yang saya nak buat saya akan fikir dari semua sudut dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Istilah bias atau pilih kasih tiada dalam kamus hidup saya walaupun saya mix around dengan semua staf saya malah kami boleh makan dan keluar bersama..time kawan kita kawan but when it comes to work everything needs to be profesional. Cuba kita nilai diri sendiri adakah kita ini pekerja yang baik daripada kita asyik mengutuk bos sendiri. Kalau dah diri sendiri tu kaki ponteng, sekejap2 hilang pergi merokok, ambik EL sesuka hati dengan alasan anak sakit (macam dia seorang ada anak), kerja yang diberi tak siap-siap, I bet bos mana pun akan mengamuk.

Walaupun setinggi mana kerjaya seorang perempuan bila dia di rumah dia hanyalah seorang suri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya. Saya sendiri apabila berada di rumah maka saya akan terus memakai baju surirumah dan melakukan kerja-kerja rumah seperti suri-suri yang lain. Memasak untuk suami tak pernah saya abaikan..kalau tak percaya cuba tengok perut suami saya..hehe..pendapat segelintir chauvinist yang mengatakan wanita itu tak sepatutnya dibenarkan bekerja apatah lagi menjadi bos amatlah sempit dan melihat kehidupan manusia berdasarkan otaknya yang sempit dan beremosi. Bukan semua kerja itu sesuai dengan fitrah lelaki. Takkan semua lelaki nak jadi nurse dan guru? Kalau tak nak ketinggalan dengan orang perempuan apakata anda kaum lelaki belajar rajin-rajin ( jangan half way dah nak drop from university), jangan sibuk nak rempit atau ambik dadah dan mesti belajar meticolous macam orang perempuan. Ramai sangat lelaki tak berkualiti zaman ini..sepak terajang isteri sampai isteri kena minta fasakh sebab tak tahan, ada yang biar isteri saja cari rezeki dan tak kurang juga yang keluar masuk PUSPEN ( Pusat Pemlihan Narkotik )..kalau tidak masakan dalam banyak-banyak PUSPEN kat Malaysia (saya pernah kerja di AADK) hanya satu saja yang menempatkan pelatih wanita iaitu PUSPEN Bachok..apa maksudnya itu?  Maksudnya ramai lelaki kat malaysia ni champion bab2 suntik diri sendiri ini. So, terpaksalah para isteri ini keluar mencari nafkah untuk menyara anak-anak. 

Wanita keluar bekerja ini atas beberapa sebab yang masing-masing saja tahu kenapa. Tenaga kerja wanita juga masih amat diperlukan di Malaysia. Dalam zaman materialistik dan individualistik ini seorang bekerja kadang-kadang tidak mencukupi. Kalau suami gaji besar RM20K ke atas bolehlah juga tak nak kerja tetapi bagi saya asalkan suami redha dan bagi izin untuk isteri keluar bekerja maka tiada sebarang isu di situ. Wanita jua manusia yang ada harga diri, ada cita-cita, ada citarasa and women were born not meant to be a slave but to be a companion to our husband and a leader to our kids and contribute to our society. Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja wanita di luar sana. Anda semua hebat!


Ini gambar semasa saya bertugas di AADK..melawat PUSPEN Bukit chabang dengan rakan-rakan sekerja.



Ulasan

  1. memang tak dinafikan memang wanita bekerjaya ni lebih banyak cabaran didalam perjalanan hidupnya..siapapun kita tanggung jawab dan amanah perlu ditunaikan..salam ukhwah .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Salam ukhuwah untuk anda jua :-)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris