Assalamualaikum semua..rajin pulak nak update blog hari ni selepas suami tiba-tiba hantar whatsapp tanya negara mana nak pergi next year..lagi bersemangat bila dia cakap nak taja tiket penerbangan saya. Apa lagi mata yang kuyu juga terus segar kembali 😍 Negara mana nak pergi dia serahkan untuk saya pilih. Dalam kepala terfikir nak ke Hawaii tetapi memandangkan nak kena buat visa kalau nak masuk USA maka hasrat itu ditangguhkan sehingga kami berpindah ke Kajang nanti. So, pilihan lain sama ada Turki & Greece atau negara-negara Balkan atau Dubai, Spain, Portugal & Morocco ataupun pilihan itu boleh bertukar bila-bila masa mengikut keadaan.
Perjalanan kami di bumi Swiss diteruskan ke Interlaken dan juga Lauterbrunnen. Dua tempat ini merupakan tempat wajib pergi bila ke Swiss. Kecantikan Lauterbrunnen sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Terasa begitu besar kebesaran Illahi bila tengok secara live di hadapan mata. Di Lauterbrunnen kami menginap di Valley Hostel kerana pemandangan yang ditawarkan dari bilik hostel amatlah awesome! Tapi kami tidak mengambil hostel yang backpackers tidur beramai-ramai tetapi memilih bilik berdua. Walaupun bilik berdua tetapi tandas tetap perlu dikongsi. Konsep ini agak saya kurang gemari memandangkan saya agak particular berkaitan kebersihan. Namun begitu, tandas dan bathroom yang disediakan adalah dalam keadaan bersih dan selesa. Namun kerana pemandangan yang cantik dan jarak yang sangat dekat dengan train station maka kami pilih jua hostel ini. Di hostel ini juga terdapat mesin basuh layan diri untuk kami mendobi baju untuk dipakai di Itali pula nanti. Petang itu kami menghabiskan masa menikmati perkampungan yang cantik itu malahan berjalan sehingga ke tepi sungai sebelum pulang kembali ke hostel.
|
Valley hostel
|
|
Valley hostel
|
|
Bilik kami untuk dua malam
|
|
Pemandangan dari bilik hotel kami
|
|
Tulip di merata tempat
|
|
Kubur pun cantik..penuh dengan bunga
|
Lauterbrunnen bukanlah bandar tetapi boleh dikatakan pekan kecil ataupun perkampungan yang sangat tenang dan mendamaikan. Saya hampir pasti tiada restoren makanan halal di sini namun usah bersedih hati kerana terdapat banyak restoren makanan halal di Interlaken. Harga memang mahal berbanding Itali..kalau di Rome set nasi beriani baru 6 Euro tetapi di Interlaken ni mencecah 25 CHF seorang..kalau convert duit Malaysia dah RM100++. Malahan ada juga kedai grocery yang menjual stok makanan halal seperti mee segera dan sebagainya. Jarak antara Lauterbrunnen dan Interlaken cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai dengan menggunakan train. Interlaken lebih besar bandarnya dan banyak pilihan kedai cenderahati yang lebih murah harga barangnya di sini berbanding Lucerne dan Zurich. Untungnya kami pergi pada musim bunga, maka pemandangan di situ sudah seperti di Kaukenhof yang dipenuhi dengan pokok tulip yang ditanam cantik dan teratur.
|
Interlaken
|
|
Tulip di Interlaken
|
|
Interlaken
|
|
Makan malam di Interlaken
|
Di Lauterbrunnen kami bergerak ke mana-mana dengan berjalan kaki dan menaiki bas sekiranya mahu ke tempat yang lebih jauh. Kami juga menaiki train ke Wengen. Train lama bewarna hijau untuk mendaki ke pekan Wengen yang terletak jauh di atas gunung. Kami pergi ke pekan Wengen pada petang Ahad. Pekan itu umpama bandar mati..sunyi dan sepi sekali. Semua kedai juga tutup dan hanya beberapa orang manusia sahaja yang kami jumpa. Kami tidak mampu berlama-lama di pekan sesunyi itu..mulalah saya terbayangkan filem-filem misteri Hollywood yang berlatarbelakangkan pekan yang sepi...hahaha..drama sangat! Orang-orang kat sini memang hidup free and easy..cukup masa balik rumah, tutup kedai. Macam tidak mengejar duniawi sangat tapi lebih mementingkan kebahagiaan dan ketenangan hidup. Patutlah saya pernah terbaca yang penduduk Swiss adalah penduduk yang paling bahagia di dunia. Mana tidak bahagianya kalau hari-hari disajikan dengan pemandangan cantik dan tempat yang aman daripada sebarang kes jenayah.
|
Tempat naik cable car untuk ke Mount Schilthorn..akan singgah di Gimmewald, Murren dan Birg juga
|
|
Mt. Schilthorn
|
|
Tempat pengambaran filem James Bond..boleh berjalan ke tempat bulat tu..tapi kami tak pergi kerana time tu kepala saya tengah pening..tak tahu kenapa..
|
|
Boleh jalan turun tangga kat tepi lereng-lereng gunung tu tapi kami tak turun pun sebab malas nak naik tangga balik..hehehe
|
|
Murren
|
|
Air gunung yang boleh diminum
|
|
Stesyen train Lauterbrunnen
|
Kami turut mengambil kesempatan untuk menaiki Gunung Schilthorn yang merupakan lokasi pengambaran filem James Bond yang diterbitkan pada tahun 1968. Saya tidak lagi wujud di dunia ini ketika itu..so, jangan tanya saya pernah tengok ke tidak filem itu! Kebetulan promosi tengah diadakan bagi pemegang Swiss Pass dapat menaiki gunung itu dengan percuma. Setiap tahun promosi akan diadakan bagi gunung-gunung berbeza. So, kena rajin check website. Kami mengambil keputusan untuk tidak menaiki Jungfrau kerana berpendapat cukuplah dengan dua gunung yang telah kami naik. Malas nak bazirkan RM1K semata-mata untuk naik ke puncak tertinggi di Eropah tu..baik guna duit itu untuk beli handbag nanti di Milan 😉 Kami juga singgah di Perkampungan Murren yang terletak di kaki Gunung Schilthorn yang boleh didaki menggunakan cable car. Kami naik ke puncak Gunung Schilthorn terlebih dahulu sebelum turun dan singgah di Pekan Murren dan turun balik ke Lauterbrunnen dengan menggunakan train. Actually nak turun balik dengan menggunakan cable car pun boleh tetapi kami sengaja nak mencuba turun dengan menggunakan train yang kelihatan berusia dan rekabentuknya lebih tradisional.
|
Wengen
|
|
Train ke Wengen
|
Trip kami di Switzerland berakhir di sini dan akan singgah ke Brig sebelum ke Milan keesokan harinya. Kami menaiki train ke Brig dahulu (sempadan dengan Itali) kerana Swiss Pass kami masih valid untuk hari esok. Jadi kami cuba untuk menggunakannya semaksimum mungkin dan akan menaiki train dari Brig ke Milan. Cara ini telah menjimatkan lebih RM80 untuk setiap orang. Kesimpulannya, Switzerland amat menghiburkan hati kami. Daripada segi keindahan muka buminya, keindahan bandarnya, malahan juga layanan warganya. Cuma dari segi harga barang sangat mahal berbanding negara Eropah yang lain. Swiss bukanlah syurga membeli-belah tetapi Swiss menawarkan keindahan alam yang sangat melekat kuat diingatan. Walaupun begitu, saya sempat juga membeli sepasang Jam Tissot untuk diri sendiri dan satu lagi dihadiahkan untuk suami memandangkan birthdaynya pada bulan Mac saya tidak sempat membelikan dia sebarang hadiah. Saya juga membeli sedikit cenderahati untuk anak dan juga ahli keluarga serta pisau Victorinox untuk bapa dan juga suami yang telah di enggrave dengan nama bapa dan juga suami. Tambahan 2 CHF untuk setiap enggrave tersebut. Harga pisau itu bergantung kepada bilangan bilah yang ada.. ada yang mencecah sehingga CHF80++ jika pisau yang dibeli mempunyai bilah yang sangat banyak dan multipurpose.
Kebanyakan orang Malaysia yang datang ke Swiss ini terkejut apabila kami menyatakan kami hanya datang berdua sahaja. Mereka mengatakan bahawa kami sangat berani untuk
travel berdua. Kebanyakan mereka menyatakan tidak pandai untuk
travel sendiri dan hanya mengharapkan travel agent untuk ke sini. Bagi kami suami isteri travel sendiri sangat memuaskan hati kerana kami boleh atur jadual sendiri, kos pun lebih murah dan kami gembira walaupun terdapat pengalaman suka dan duka, ada kesilapan yang dilakukan dalam setiap perjalanan tapi pengalaman yang kami dapat sangatlah
priceless, dan akan dikenang selagi hayat dikandung badan. Kalau ke Cambodia yang serba-serbi tidak cukup prasarana hebat tu pun kami mampu apatah lagi ke negara Eropah yang serba moden dan maju.
Pesanan akhir saya, sekiranya anda telah shopping di Switzerland dan ingin claim cukai VAT yang telah dibayar anda mesti dapatkan cop pengesahan kastam di border negara Swiss sebelum meninggalkan negara ini (sekiranya anda mahu menyerahkan borang claim di negara terakhir percutian sebelum pulang ke negara asal). Swiss bukanlah negara European Union dan cop kastam dari negara EU yang lain adalah tidak terpakai. Anda boleh mendapatkan cop tersebut di Brig sekiranya anda menaiki train. Kami telah tersalah langkah kerana tiada pengetahuan tentang ini dan jurujual jam Tissot pun tersalah memberi info kepada kami. Katanya boleh dapatkan cop di negara akhir rupanya tidak boleh. Sama juga jika anda shopping di negara EU lain dan mahu serahkan borang claim di Swiss. Sila dapatkan pengesahan kastam di negara berkenaan sebelum bergerak ke Swiss. Sekiranya anda terlupa juga, anda boleh dapatkan cop tersebut di pejabat kedutaan negara berkenaan di negara asal anda dengan sedikit bayaran (if I'm not mistaken) dan pos kembali ke negara berkenaan dalam tempoh sebulan daripada tempoh pembelian. Memandangkan kami tinggal di JB maka kami tiada masa untuk ke KL. Maka kami redha sahajalah membayar cukai VAT tersebut. Nasib baik sedikit sahaja untuk dua jam Tissot tersebut.
Hi. Boleh tak nak tahu..berapa ye bajet total utk 2org.?
BalasPadam