EUROPE TRIP 2018 - MILAN, ITALY
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya sama ada pembaca setia atau sekadar singgah untuk mendapatkan info. Penceritaan saya lebih santai dan tidak terlalu detail sehinggakan tunjuk peta dan sebagainya. Cuma saya gemar memberi tips yang sesuai berdasarkan pengalaman perjalanan kami. Saya juga menulis blog ini untuk mengabadikan kenangan pengembaraan kami yang boleh dibaca semula apabila kami sudah tua nanti dan ketawa bersama-sama mengingati setiap kenangan indah yang kami dapat sepanjang melakukan hobi mengembara kami.
Perjalanan kami dari Brig ke Milan berjalan dengan lancar. Satu yang perlu diingatkan train di Italy tidak punctual seperti di Swiss. Sepanjang kami menaiki train di Itali, tidak pernah sekalipun train kami tidak delay. Delay paling lama ialah selama setengah jam, average 10 minit. Saya juga suggest anda pergi ke Itali dahulu sebelum ke Swiss kerana apabila ke Swiss dahulu dan seterusnya ke Itali ianya seumpama anti-klimaks kerana Swiss sangat cantik dan teratur berbanding Itali. Itali tidak sebersih Swiss atau negara Eropah lainnya malah anda akan nampak vandalism di mana-mana sehinggakan pintu kedai pun diconteng oleh manusia yang merasakan vandalism itu ialah art! Major turn off betul! Sikap rakyatnya pun seperti umat Malaysia sahaja yakni walaupun lampu hijau di laluan pejalan kaki, pemandu kereta tetap melajukan pemanduan seolah-olah tidak nampak lampu isyarat mereka yang bewarna merah. Itali seolah-olah tiada bunga yang menghiasi walaupun di musim bunga. Pemandangan kiri dan kanan semasa dalam train biasa-biasa sahaja sampai tidak rasa rugi pun kalau tidur.
Di Milan kami tidur untuk dua malam di sebuah pangsapuri yang kami tempah di AirBnB. Harga sangat berpatutan dan kos pembersihan sangat murah. Anda jangan tertipu dengan AirBnB ni, kekadang nampak harga rumah atau bilik yang ditawarkan amatlah murah tetapi apabila dicampur caj pembersihan, harga terus melambung tinggi. Tuan rumah kami duduk ialah Andrea seorang jejaka Itali yang agak handsome orangnya. Namun sepanjang di sana kami hanya berurusan dengan ibunya yang tinggal berdekatan. Walaupun tidak pandai bercakap dalam Bahasa Inggeris namun ibunya amat membantu kami. Sampai nak pakai washing machine pun dia sanggup panggil jirannya yang pandai cakap English untuk ajar kami. Agak sukar kami nak mencari rumahnya pada mulanya kerana semua building kawasan itu mempunyai rekabentuk yang sama. Terpaksa call Andrea berkali-kali untuk bertanyakan arah. Tidak ramai yang mampu berbahasa Inggeris di Itali berbanding di Swiss tetapi kami berjaya juga mencari rumahnya dengan menarik bag yang sudah semakin berat isinya. Cuaca di Itali lebih panas dari Swiss..cuaca di waktu siang pada bulan Mei sekitar 21 - 25 darjah celcius dengan matahari tegak di atas kepala. Kami tidak memerlukan baju sejuk langsung selama di Itali. Untuk perjalanan musim bunga dari bulan 4 ke 5, kami suggestkan bawa light jacket sahaja. Kalau bulan Mac masih sangat sejuk kerana baru habis musim sejuk. Kulit pun cepat sunburn kalau tidak memakai losyen sunblock. Saya suggest bawa sunblock walaupun pada musim bunga kalau ke Itali.
Pangsapuri yang kami stay untuk dua malam |
Hari pertama di sana, kami keluar untuk ke Duomo. Perjalanan menaiki train tidaklah sesukar mana kerana ada peta laluan disediakan di setiap stesyen dan anda juga boleh screenshot laluan train seperti yang ditunjukkan oleh Googlemap. Sekitar Duomo banyak butik-butik berjenama mewah dan banyak wifi free yang disediakan oleh butik-butik tersebut. Boleh guna untuk cari arah atau nak google waktu perjalanan train untuk balik. Sekiranya anda ingin membeli-belah barangan berjenama pada harga murah seperti PRADA, LV dan sebagainya ini bukanlah tempatnya kerana barangan yang dijual di sini adalah collection yang terkini dan collection butik. Kalau nak beli yang factory collection kena ke Outlet yang terletak agak jauh dari bandar Milan. Namun jangan risau kerana ada banyak day trip yang ditawarkan di dalam Internet yang anda boleh booking. Ada yang sejam perjalanan dengan menaiki bas day trip malah ada yang lebih sejam perjalanan.
Suami membelikan saya satu sling bag keluaran terkini Prada yang sangat cantik. Harga dalam RM4.7K namun setelah ditolak VAT maka harga beg tu cuma dalam RM4K. Untungnya shopping di oversea ini ialah kita tidak perlu membayar cukai dan potongan VAT di Itali tinggi sekali iaitu sekitar 12 % berbanding Swiss 7%. Sebab itulah orang Malaysia lebih gemar shopping di Milan dan Florence berbanding Swiss. Di Milan kami terjumpa ramai rakyat Malaysia yang seperti kami tidak sempat untuk balik mengundi. Kami tidak pernah menjangkakan pilihanraya akan dibuat pada bulan Mei kerana kami target selewat-lewatnya bulan Mac..apakan daya tiket semua sudah dibeli, hotel semua sudah ditempah dan kami bukanlah kaya sangat untuk batalkan semuanya hanya kerana untuk mengundi. So, please tidak perlulah mengata orang-orang macam kami ini tidak patriotik dan tidak sayangkan negara. Rezeki setiap orang bukannya sama..lainlah macam selebriti yang mengata dan menulis dalam social media itu, dia banyak duit kerana bekas isteri Sultan terkaya di dunia yang dapat macam-macam harta dunia ketika bercerai dahulu. Terasa sakit hati pula baca tulisannya yang ini.
Muka gembira suami hadiahkan beg Prada |
Saya juga terjebak membeli sebuah bag Furla yang sangat cantik keluaran terbaru ada rama-rama seketul depan bag. Kami juga membeli handbag serta wallet jenama Itali iatu Carpisa untuk ahli-ahli keluarga dan juga bagpack kulit jenama Carpisa juga untuk kegunaan kami. Tidak sah kalau setiap perjalanan kami tidak disertakan dengan minum kopi. Kami sempat menikmati kopi di cafe milik Butik Prada di tingkat atas iaitu Marchesi 1824. Suasana yang sangat cozy itu membuatkan kami terasa seperti orang kaya walhal tidak..hehehe...terasa macam tidak percaya anak kampung macam kami berdua dapat menikmati kopi terbaik di butik mewah di Milan, Itali. Motto hidup kami workhard, and playhard...husband saya bersungguh-sungguh menjayakan business serta tugas-tugas sambilan dia sebagai coach untuk program-program Latihan Keusahawanan bagi menikmati hidup begini. So, sebagai reward dia beli belt Gucci yang telah lama dia idam-idamkan.
Pada hari kedua, kami berjalan-jalan di sekitar bandar Milan dengan menaiki bas Sightseeing yang ada bumbung di bahagian atas. Musim bunga telah menyebabkan Milan dilanda habuk debunga bewarna putih yang bisa menggatalkan muka. Matahari yang terik juga menyebabkan kami bersyukur bas ini mempunyai bumbung di bahagian atasnya. Kami singgah di beberapa bangunan bersejarah yang saya lupa namanya. Kami turut ke Stadium San Siro yang merupakan Stadium bagi pasukan AC dan InterMilan. Stadium itu tidaklah gah mana...rasanya cantik lagi Stadium Bayern Munich ataupun Manchester United. Kalau ikut hati tidak mahu masuk tetapi husband saya pandai..dia belanja saya masuk dalam stadium tu dan siap belanja saya makan lagi. Syaratnya saya cuma jadi photographer untuknya. Harga tiket kalau tidak salah saya dalam Euro12 per person dan kami membeli tiket itu di dalam bas Sightseeing yang kami naiki. Pemandangan di sekitar bandar Milan biasa-biasa sahaja. Tiada wow factor sangat pun. Rasanya cantik lagi KL ataupun Johor Bahru ataupun Penang. Bandarnya pun tidaklah bersih dan mata disemakkan dengan vandalism di merata-rata tempat. Bau hancing juga sangat mengganggu terutamanya di Milan Cetral Train Station. Apa yang menyeronokkan cumalah makanannya yang agak murah. Harga pizza sangatlah murah..Untuk saiz 32 inci tu ataupun 12 potongan kalau di Malaysia, harganya cuma sekitar Euro 5 ke Euro 8 sahaja. Milan ialah bandar yang saya rasa tiada tarikan untuk saya kembali. Cukuplah sekali kerana rasanya banyak lagi bandar-bandar di Eropah yang cantik dan ingin saya lawati. Itali tidak seindah yang digambarkan. Walaupun bersebelahan dengan Swiss tetapi perbezaannya umpama langit dan bumi.
Best cara student belajar kat sini siap buat roleplay untuk memahami pelajaran. Saya syak itu untuk subjek drama/ kesusasteraan ataupun sejarah..hehehe.. |
Stadium San Siro |
Pizza sebesar itu cuma 5 Euro..terkejut bila sampai order kami pizza besar macam itu..rasa memanglah sedap sebab pizza Itali kot! |
Balik ke Duomo singgah minum kopi dan shopping lagi..hehe |
Nak makan dessert sila tanya dulu yang mana free rum/ alkohol |
Antara bangunan modern yang terdapat di Milan |
salam..kalau sy dr swiss nk ke milan untuk 2malam berapa kos yg sy perlu stanby ye..email sy zaena90@gmail.comterima kasih☺
BalasPadamMenarik cerita Itali. Saya membaca pengalaman ke Itali untuk mendapat info apa yang menarik di sana. Terima kasih. Nice writing.
BalasPadam