THE HAGUE, THE NETHERLANDS (HOLLAND) - EUROPE TRIP 2015

Assalamualaikum semua pembaca..

Entry kali ini saya akan meneruskan penceritaan kembara kami di bumi Eropah dimana kami telah berpeluang melawat pusat pemerintahan kerajaan Belanda yang terletak di The Hague atau Daan Haag dalam bahasa Belanda. Kami bertolak dari Brussel pada pukul 5.00 petang 21 September 2015 dan sampai di The Hague pada pukul 8.00 malam dengan menaiki FlixBus yang tiketnya cuma berharga 9 Euro seorang. Dalam perjalanan kami tertidur keletihan dan kami mengambil dua seat seorang memandangkan basnya tidak penuh. 

 

Bas singgah di Antwerp untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan melalui bandar Rotterdam di Holland. Kami melalui bandar Rotterdam ini sebelum sampai di the Hague. Bandar pelabuhan ini kelihatan amat tenang dan nyaman. Ketibaan kami di Central Station the Hague disambut oleh Don, sahabat satu batch PTD saya. Hani isterinya juga merupakan sahabat satu batch dan kami semua dalam satu sidang yang sama ketika kursus DPA di INTAN 10 tahun lepas...how time flies! Mereka pun dah ada dua orang anak sekarang. Don bertugas sebagai atase MOA di sana manakala Hani bercuti tanpa gaji. Nasib baik kami terawal sikit sebab mereka akan pulang ke Malaysia for good pada penghujung Oktober. Rumah mereka di the Hague agak besar dan sangat selesa. Bilik tetamu sangat luas dan katilnya sungguh empuk cuma lampu memang agak malap memandangkan semua lampu rumah disana menggunakan mentol kuning. Siap basuh baju kat rumah mereka dan dihidangkan dengan makanan-makanan lazat hasil masakan Hani.

 

Bandar Rotterdam dari atas bas..



Keesokan harinya kami dibawa Hani ke Madurodam taman tema yang menempatkan replika semua bangunan-bangunan dan landmark menarik di seluruh Holland. Tiket masuk berharga 15 Euro seorang dan Hani sangat bermurah hati belanja kami entrance fees...kami nak bayar balik dia tak nak...alahai TQ very much Hani! Cuaca yang sejuk tapi matahari bersinar terang amat menyenangkan hati...taman tu habis diteroka dalam masa dua jam. Selepas itu kami dibawa mengelilingi bandar the Hague. Kami sempat ke bangunan Parlimen dan muzium yang terletak di situ dan ke shopping complex berdekatan dan yang paling penting dapat bergambar di hadapan International Court of Justice (ICJ). Kami dimaklumkan Perdana Menteri Belanda yang merupakan bekas seorang guru hanya berbasikal ke pejabatnya dan bilik pejabatnya cuma sebesar living hall rumah Hani sahaja...malah pejabat-pejabat kerajaan kelihatan lengang kerana ramai yang bekerja dari rumah..betapa simplenya kehidupan disana. 

 

 

Di hadapan rumah Don dan Hani


Bilik tetamu yang selesa di rumah Hani dan Don...tidur nyenyak kami malam tu :-)

Madurodam Entrance












 

Hani membawa kami makan steak sedap di salah sebuah restoren milik warga Arab di mana portion makanannya sangat banyak dan besar sampai terbeliak mata saya tengok dan merungut macam mana nak habiskan makanan sebanyak itu. Harga pun sangat berpatutan sekitar 11 ke 14 Euro sepinggan.

 

 

Depan ICJ



Kat tengah-tengah bandar


Bangunan parlimen



With Hani dan anak bongsunya..




Parlimen


Dalam kawasan kompleks parlimen


Di dalam muzium free kat dalam kawasan parlimen




Bangunan kat belakang tu cantik!


Bersiar-siar di tengah bandar


Nampak tak betapa besarnya portion makanan kami!!

 

 

Malangnya hasrat untuk ke pantai tidak dapat dilaksanakan memandangkan cuaca bertukar mendung dan hujan pada sebelah petang. Saya juga telah mula selsema memandangkan stok vitamin C yang dibawa telah habis dimakan. Kami hanya berkurung di rumah pada malam itu berborak-borak dan mendapatkan tidur yang cukup pada malam itu. 

 

 

 

Keesokan harinya kami bersarapan nasi lemak yang dimasak oleh Hani dan kami dihantar ke Central Station oleh Don dan pemandunya sebelum mereka ke pejabat Don yang terletak di Rotterdam. Kami membeli tiket train yang berharga 11 Euro seorang untuk meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Perjalanan mengambil masa kurang sejam untuk sampai ke Amsterdam dari the Hague. Terima kasih Hani dan Don atas layanan mesra korang berdua! Jumpa lagi di Malaysia nanti.

 

 

Central Station at the Hague


Tempat beli tiket train ke Amsterdam


Train yang kami naiki


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris