CUTI-CUTI MELAKA - KINGS GREEN HOTEL, HARD ROCK CAFE, FREE PORT A FAMOSA OUTLET & ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum..


Nak review hotel ni masa pergi Melaka bulan Disember lepas..sebab point Agoda dah nak expired so terpaksa redeem juga dengan segera. Kings Green Hotel ini merupakan hotel baru dan kebersihan dan keceriaan bilik adalah di tahap cemerlang. Kolam renangnya pun acceptable lah bagi hotel bertaraf 4 bintang.  Kami cuma book bilik superior kerana niat pun nak habiskan point Agoda sahaja, so tak perlu bilik mahal-mahal. Yang paling best pasal hotel ini ialah breakfastnya yang pelbagai dan sedap..kira value for money. Jarak nak ke bandar pun dekat cuma 3 KM sahaja. Cuma yang tak bestnya hotel ni tak ada basement parking. Parkingnya cuma ada di sekeliling hotel...so siapa cepat dapatlah parking spot yang menarik.








Sampai syiling pun ada kerawang..hehe..


Kami sempat menjamu selera di restoren Coconut Shake Klebang yang popular itu manakala di sebelah malam kami menjamu selera di restoren Asam Pedas Jr, Dataran Pahlawan Melaka. Selepas itu kami berjalan menuju ke Hard Rock Cafe Melaka. Disebabkan view yang menarik di tepi sungai suami ajak masuk dan minum-minum serta makan desert kat dalam tu. First time makan kat Hard Rock Cafe sebab bila pergi oversea cuma masuk untuk beli baju sahaja..tak berani nak makan sebab tak pasti taraf halalnya.

 

 

Dataran Pahlawan




Melepak di Hard Rock Cafe
  

 

Kami juga singgah di Free Port A Famosa Outlet dalam perjalanan nak ke KL. Tempat ni menarik kerana design bangunannya yang unik seperti di Holland tetapi barang-barang yang dijual tidak menepati selera saya. Tiada jenama-jenama terkenal seperti Coach, Kate Spade, Michael Kors dan sebagainya di sini sepertimana JPO. Cuaca yang panas dan tiada kipas di pasang di kaki lima outlet hanya membuatkan saya boring dan tidak berminat untuk shopping. 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris