EUROPE TRIP 2015 - AMSTERDAM, ZAANSE SCHAANS, VOLENDAM DAN MARKEN
Kami tiba di Amsterdam Central pada 23 September 2015 lebih kurang jam 11 pagi. Kami membeli tiket GVB untuk dua hari berharga 12.50 Euro seorang. Kami menaiki tram nombor 9 untuk ke hotel yang kami tempah melalui Agoda iaitu Hotel Plantage yang terletak di Plantage Kerklaan. Station tram terletak betul-betul berhadapan dengan hotel. Itulah sebabnya kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan station tram dan berdekatan dengan kawasan tarikan-tarikan utama. Harga bilik ini ialah RM717.76 untuk dua malam dan kami sangat berpuas hati kerana biliknya besar dan dilengkapi wifi percuma serta ada kemudahan fridge, water heater, room heater dan lain-lain. Tetapi tiada kemudahan lif disediakan jadi terseksa jugalah mengangkat beg besar ke tingkat 2 hotel.
Sibuk membaca peta apabila sampai di Amsterdam Central |
Bersiar-siar di tengah bandar sambil mencari restoren makanan halal |
Beautiful city |
Hari pertama di Amsterdam saya diserang demam selsema akibat cuaca sekejap hujan sekejap tidak. Walaupun begitu, semangat untuk berjalan amat tinggi lalu sesudah berehat beberapa minit kami keluar untuk meneruskan perjalanan untuk ke city centre. Kami mengelilingi bandar setelah selesai lunch di salah sebuah restoren halal di sana. Makanan halal agak mudah didapati di sini. Kami juga ke pasar yang menjual pelbagai jenis cenderahati dan yang paling saya suka ialah bunga tulip kayu yang rasanya perlu dibeli. Tapi perbandingan harga perlu dibuat memandangkan harga setiap kedai adalah berlainan. Malangnya masa malam akhir di Amsterdam saya terjumpa satu kedai yang menjual bunga ini dengan harga yang lebih rendah dari pasar. Pokok-pokok bunga hidup yang dijual juga sangat cantik tapi apakan daya jauh sangat nak bawa balik...bawa balik pun belum tentu hidup..tak sesuai cuaca katanya..hehe..Harga cenderahati kat Amsterdam juga tidak semurah di London dan Paris. So, tak dapatlah beli banyak di sini untuk ahli keluarga. Lagipun kami dan memborong banyak di London. Kat sini beli untuk diri sendiri dan sedikit untuk ahli keluarga.
Kat pasar tempat kami membeli cenderahati |
Cantiknya bunga-bunga kat sini |
Lunch |
Di Amsterdam juga ada Madame Tussaud yang terletak berhampiran Dam Square. Tapi kami tak masuk juga sebab tak cukup masa dan hubby kurang berminat nak masuk. Banyak juga kedai yang menjual peralatan seks di sekitar bandar. Teringin juga nak masuk tapi malu..hehe..lastly ambil gambar depan pintu saja. Bagi pejalan kaki harus berhati-hati kerana basikal mendominasi bandar ini. Memang ada laluan yang dikhaskan untuk basikal dan mereka kayuh memang laju. Nak lintas pun kena berhati-hati. Kami juga ke Van Gogh Museum..bukan untuk masuk ke dalam museum tetapi untuk mengambil gambar kat arca Iamsterdam yang popular tu..hujan lebat la pulak time tu..potong betul la! Ramai giler orang yang nak ambil gambar kat situ..so memang gambar tak de muka kita sorang jer kat situ. Kami tengok ramai orang berdiri kat tepi museum tu macam menunggu VVIP keluar..lepas di soal selidik orang-orang kat situ rupa-rupanya Putera Mahkota Belgium ada kat dalam tu tengah merasmikan program.
Selepas itu kami berjalan menuju ke Hard Rock Cafe..setelah bertanya arah beberapa kali barulah kami jumpa tempatnya dan terus membeli sehelai dua T-shirt untuk dibawa pulang. Kami juga singgah ke farmasi untuk membeli ubat selsema saya yang dah makin teruk akibat cuaca tak menentu di sana. Sampai bilik terus mandi dan saya tertidur keletihan setelah makan ubat. Suami ajak keluar pun saya dah tak larat sebab badan dah start menggigil akibat demam yang makin teruk.
Amsterdam Central |
Hard Rock Cafe Amsterdam |
Pada hari kedua saya berasa sedikit sihat setelah makan ubat dan berehat secukupnya. Kami mengambil half day tour melalui viator untuk ke Zaanse Schaans, Volendam dan Marken. Harga yang kami bayar ialah USD100.94 untuk dua orang (lebih kurang RM400) dan kami telah booking awal sejak di Malaysia lagi. Kami menaiki bas di area berdekatan Amsterdam Central. Mereka amat menepati masa. Pukul 9 pagi bas dah berjalan menuju ke destinasi pertama iaitu Zaanse Schaans. Bestnya tengok kincir angin tradional Belanda di depan mata. Cuaca yang sejuk dan nyaman menyebabkan saya membeli hot chocolate yang dijual di situ bagi memanaskan badan. Hari tersebut juga merupakan hari raya Aidil Adha di Malaysia.
Atas tram
Tempat kami menunggu bas ke Zaanse Schaans
Zaanse Schaans
Atas tram
Tempat kami menunggu bas ke Zaanse Schaans
Zaanse Schaans
Kami juga ke Volendam iaitu kawasan di pinggir laut untuk melihat proses pembuatan cheese di kilang cheese di situ. Kami turut merasa pelbagai jenis cheese yang sedap-sedap dan turut membeli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami makan tengah hari di sini dengan saya memesan pelbagai jenis seafood dan suami memesan fish and chips sebagai makanan hari raya Aidil Adha kami. Nampak juga kedai yang menyediakan khidmat mengambil foto dengan memakai Dutch Traditional Costume tetapi kami tak cukup masa untuk berposing kerana kami memilih untuk melantak..hehehe..
Beautiful Volendam
Kat dalam kilang cheese
Tak sempat ambil gambar
Kami lunch kat restoren ni..sedap!
Beautiful view
Feri yang kami naiki ke Marken
Beautiful Volendam
Kat dalam kilang cheese
Tak sempat ambil gambar
Kami lunch kat restoren ni..sedap!
Beautiful view
Feri yang kami naiki ke Marken
Kami meneruskan perjalanan ke Marken yang merupakan kawasan perkampungan yang di kelilingi oleh canal dengan menaiki feri. Kami melihat kilang pembuatan kasut kayu yang merupakan trademark Holland di sini. Saya cuma membeli keychain berbentuk kasut kayu dan beberapa cenderahati lain.
Beautiful village at Marken
Melawat kilang buat kasut kayu
Beautiful village at Marken
Melawat kilang buat kasut kayu
Setelah pulang ke Amsterdam City Central kami meneruskan perjalanan di sekitar bandar kemudian balik ke hotel untuk mandi.Setelah berehat sekejap kami keluar semula dan berjalan kaki menuju Red Light District (kawasan pelacuran terkenal di sana). Tapi tak ramai prostitute berniaga malam tu di sebalik cermin. Saya ternampak bilik di dalam tu (masa tu pelacur tu tengah buak pintu) siap dengan cemeti bagai..hehehe...pelacur kat sana pun kena bayar 40% cukai pendapatan..agaknya diaorg pun dah malas nak kerja tu, badan penat 40% hasil pergi kat government lepas tu nak bayar sewa tempat lagi...hehehe...
Dam Square |
Kedai menjual pelbagai peralatan seks |
Ulasan
Catat Ulasan