HONG KONG DAY 2 & 3 - DISNEYLAND, THE PEAK, LADIES MARKET & SHOPPING ACTIVITIES

Assalamualaikum para pembaca blog akak sekalian,


Lama-lama sekali baru dapat nak update blog. Tak sempat memanjang..banyak lagi tempat dah pergi dan nak review..sabar ye..yang HK ni pun tak habis-habis lagi akak review..huhuhu!! 


OK, kami ke Disneyland HK pada hari kedua kami di sana. Perjalanan hari ke 2 sangat smooth kerana kami dah pandai baca perjalanan train dan bas cuma tram jer masih bengong lagi..hehehe..Akak nasihatkan kalau yang jenis tak sabar ambillah travel agent kalau tak memang bertekak la macam akak dan husband akak..sorang cakap arah sana sorang cakap arah sini..tapi akhirnya hari kedua kami dah ada mutual understanding..kalau tak pening mak ngan bapa akak nak menyaksikan drama sebabak kami. Train ke Disneyland boleh diambil dari Central Station dan seterusnya ada connecting train khas Disney untuk ke Disneyland..senang sangat nak faham..dalam train ada menyatakan perhentian untuk pertukaran train ke Disneyland..memang train tu ada gambar Mickey dan Minnie Mouse. 




Dalam train ke Disneyland




Disneyland HK lebih kecil daripada Disneyland Tokyo dan di HK tiada Disneysea. Tak sampai malam pun pusing dah habis dah..tarikan terbaru di situ ialah Iron Man experience..harga makanan halal memang cekik darah gak lah kat dalam tu..Sepinggan nasi goreng berharga RM80 x 4 orang 😓 = RM320 huhuhu!! Makanan luar tak boleh bawa masuk yer..sampai handbag akak yang comel tu pun kena check. 







Gigihkan suami akak? Kanak-kanak riang sangat!!


Nasib baik Iron Man tak terbang lagi..selamat dapat bergambar!


Kesian Minnie Mouse dikepit oleh dua manusia gergasi 😄



Hodohnya......yang berbulu tu! Hubby akak hansem hokkay!! 😄












Nasi goreng mahal...satu set dengan air tu RM80++. Kalau kat Malaysia mampus akak tak makan..mahal sangat!


Mak akak punyalah rasa seronok kat dalam Disneyland tu sampai dia rasa tak nak balik..tidur dalam tu pun ok dia kata..pemandangan cantik dan sejuk..hehehe...mak ngan bapa akak sangat sporting hari tu banyak juga permainan yang mereka cuba..mungkin sebab cuaca yang sejuk kot terus ada mood nak bermain-main kat outdoor park. Masa pergi Tokyo dulu mereka tak masuk Disneyland sebab nak ke tempat lain dengan adik dan adik ipar. So, kali ni mereka menikmati Disneyland dengan harga bayaran RM57 seorang untuk warga emas...bestnya jadi warga emaskan?!! Semuanya dah murah dan ditanggung beres oleh anak-anak.




Muka mak akak menikmati pemandangan dan suasana sejuk..kalau kat Malaysia mana mampooo nak duduk rehat kat tempat lapang gitu tak ada payung atau pokok! Kelas gitu mak akak menikmati pemandangan indah di dalam Disneyland itu!



Mak akak dan bunga-bungaan...






Pada keesokan harinya pada hari ketiga kami menaiki tram untuk ke the Peak dan Sky Terrace. Kami sampai seawal pukul 10.00 pagi kerana tak mahu beratur panjang untuk menaiki tram ke Victoria Peak. Itu pun train yang kedua baru kami dapat naik ke atas tram tersebut. Tiada istilah berhimpit-himpit di dalam tram ini kerana semua orang akan dipastikan mendapat tempat duduk. Pemandangan agak berkabus tapi Alhamdulillah masih nampak lagi pemandangan Hong Kong dari atas puncak Victoria tu. Tengah-tengah seronok ambil gambar tu dapat berita best dari Malaysia yang anak buah akak yang nombor tiga dapat 10A SPM. Semoga cita-cita dia nak jadi doktor atau engineer kapalterbang tercapailah suatu hari nanti. Sebab gembira punya pasal singgah ke HRC kat dalam building the Sky Terrace tu untuk beli T-shirt HRC untuk hadiah kepada dia.








Ni tram yang kami naik untuk ke the Peak

 



Peminat Bruce Lee..baju pun hampir sama color..mak akak tak tau la dia kenal tak Bruce Lee tu atau buat-buat kenal.


Pi London tak masuk, pi Amsterdam pun tak masuk pi HK pun tak masuk jugak. Hubby akak tak berapa minat tengok patung kejung!








HRC kat the Peak







Perjalanan kami hari tu diteruskan dengan menaiki feri ke Tsim Sha Tsui di mana kami ke Harbour City yang merupakan Pusat Membeli Belah High End Goods. Tapi tak lama pun di situ kerana tujuan utama nak ke Ladies Market untuk membeli-belah souvenir dan hadiah untuk ahli keluarga juga staf. Hasil tunjuk arah oleh seorang wanita Indonesia berhijab yang bekerja di sana kami sampai ke Ladies Market dengan jayanya. Sila bargain habis-habisan di sini..ada kedai yg dapat 8 helai t-shirt dengan HKD100 ada yang dapat 5 dan ada yang dapat 7..tapi cara bercakap org sana memang kasar dan rude..kalau tak jadi beli nanti dia tahan sambil marah-marah dan turunkan harga..sampai satu tahap fobia juga nak tanya harga lebih-lebih..nanti tak beli dimarahnya pula. Akak membeli 4 helai selendang sutera Cina yang sangat cantik. Lepas balik rasa rugi sangat tak beli banyak. Akak juga belikan adik dan kakak handbag MK dan Mulberry tiruan yang sangat cantik..dibuat dengan leather juga dan sangat berkualiti. Walaubagaimana berhati-hati pun kami telah ditipu di salah satu kedai souvenir yang menjual fridge magnet dengan harga yang amat tinggi. Nasib baik beli sikit jer..dapat beli lagi kat kedai lain dengan harga berganda-ganda murahnya. 






Kami naik feri ke Tsim Sha Tsui


Feri ala-ala feri Pulau Pinang


Pemandangan bangunan yang cantik-cantik.



Harbor City

Barangan mewah di Harbor City


Pemandangan dari atas bas 2 tingkat menuju ke Ladies Market






Kat area Ladies Market ini juga ada restoren halal. Kami berhenti makan nasi beriani yang sangat sedap dan big portion. Satu pinggan share 2 orang. Harga memanglah mahal kalau nak compare dengan Malaysia tapi more reasonable berbanding Disneyland.



Dah sampai di Ladies Market..memang barangan untuk perempuan banyak kat sini esp handbag imitation gred AAA.




Makan kat restoren halal di area Ladies Market



Kami tak membeli terlalu banyak barang kerana kami sedar diri kami menaiki pengangkutan awam. Kalau tidak mahu lagi kami terus memborong di situ. Mak akak sibuk membeli t-shirt untuk cucu-cucunya yang 9 orang tu ditambah lagi untuk menantu serta anak-anak saudaranya yang masih kecil. Mak akak memang pemurah..dahulu masa pergi haji 15 tahun yang lepas dia belikan souvenir untuk satu kampung..pergi 2 beg balik lima beg besar..hehehe..Seterusnya kami ke Langham place juga shopping complex high end. Kami cuci mata jer sebab tak de apa nak beli ke situ. Selepas itu kami naik train balik ke sebelah pulau untuk pergi ke Hysan Place tempat shopping free duty katanya di area Causeway bay..Hunny Madu yang beritahu dalam rancangan kat Astro Jom Hong Kong bahawa tempat ni merupakan shopping complex duty free. So kami gigih ke sana dengan harapan nak beli hadiah birthday husband akak yang jatuh keesokan harinya. Akak dok doa banyak-banyak hembus kiri hembus kanan agar beliau tidak demand jam tangan Tissot lagi daripada akak...hehehe..Alhamdulillah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan doa akak dikabulkan. Cik abang akak tu demand nak jam Fitbit jer..katanya kat Malaysia harga hampir RM1000 tapi di HK cuma dapat RM800 jer di Hysan Place..murah hampir RM200. 








Mak ngan bapa akak berehat kat taman di bumbung atas Hysan Place ni..cantik bangunan ni dihiasi bunga-bunga dan lampu-lampu begemerlapan sementara menunggu menantu dia memilih jam..hampir 45 minit jugalah kami tercongok kat situ.



Sampai ke bilik hotel malam itu kami mandi dan turun ke Starbuck kat bahagian paling bawah hotel untuk menyambut birthday husband akak yang ke 18 tu...Malangnya baru duduk sekejap Starbuck dah nak tutup. So naik lah ke atas bilik hotel untuk makan kek dan minum kopi sambil menikmati pemandangan Victoria Harbor di waktu malam di malam terakhir kami di sini.


Jam ni la hadiah birthday hubby akak..akak baru tau wujudnya jam ni kat dunia yang fana ini..kalau handbag sebut jer semua akak tau 😂


Birthday boy 



Akak tipu..kek tu akak makan sorang jer pasal hubby akak tak suka kek..hehehe..


Indahnya pemandangan dari bilik akak di waktu malam...cantik sangat!



Ulasan

  1. Seronoknya travelling...jauh perjalanan. luas pandangan. Gambar semua cantik2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best...jom kita buat travel bajet dengan kawan2. PI dekat2 dulu macam Krabi ke, Hanoi ke...

      Padam
  2. Vperfdaesorpde Jodi Jespersen Here
    subsbrokutfreet

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris