EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND
Assalamualaikum buat pembaca sekalian... Alhamdulillah.. baru-baru ini yakni pada 26 April 2018 sehingga 12 May 2018 kami berdua suami isteri telah menjelajah sekali lagi ke Benua Eropah dan kali ini kami berkesempatan untuk melawat ke Switzerland selama lapan hari tujuh malam, Germany selama dua hari satu malam, Austria tiga hari dua malam dan Italy enam hari lima malam. Percutian ini merupakan percutian sempena 10 tahun usia perkahwinan kami dan suami telah menghadiahkan saya tiket flight ke sana. Alhamdulillah...suami mengotakan impian saya yang sudah lama mahu melawat Swiss. Kami ke sana dengan menaiki Turkish Airlines dan berlepas dari Airport Changi, Singapura dan transit di Istanbul sebelum meneruskan perjalanan ke Zurich yang mengambil masa hampir 3 jam dari Istanbul. Manakala penerbangan dari Singapura ke Istanbul mengambil masa kira-kira 10 jam. Saya mengesyorkan untuk ambil layover time agak lama at least 2 jam kerana apabila penerbangan pertama sudah delay maka...