Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Hello Kitty Town, Nusajaya

Imej
Saya tulis entry ini setelah terperasan gambar-gambar ke Hello Kitty Town, Nusajaya dalam Ipad. Teringat kenangan membawa Izz Hadif ke sana awal tahun 2013 yang lalu ketika dia sedang demam. Boleh pulak dia demam pada hari dia dan ummi dan walidnya datang ke JB dengan menaiki keretapi. Dah tu boleh pulak train yang diaorang dah book untuk balik ke Kajang tak dapat dinaiki disebabkan berlaku kejadian train lain terbabas di Kempas yang menyebabkan landasan ditutup untuk satu tempoh yang agak panjang. Memang macam-macam tragedi berlaku ketika diaorang datang. Bertie the Bus..2 kali naik ni..best! Gembira macam kanak-kanak ribena See..mak pak yang lebih-lebih! Masa pergi JPO pun Izz asyik melalak jer..yer lah..dah demamkan! Tak aman kami nak membeli-belah. Esoknya ke Hello Kitty Town..dia tetap tak dapat menikmati permainan-permainan yang banyak di sana. Kami pulak yang lebih-lebih..siap mencuba semua mainan kat dalam tu. Hello. Kitty Town ada 3 tin...

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

Imej
Minggu lepas, aku dan suami yang tercinta telah bercuti selama 3 hari 2 malam ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari JB melalui Segamat,  Bandar Muadzam dan seterusnya ke Kuantan. Malam tu kami singgah tidur di rumah Ija sepupu husbandku. Bagus juga bila berjalan jauh menaiki kenderaan sendiri ni..setidak-tidaknya dapat juga menziarahi saudara-mara. Esok paginya kami bertolak ke Kuala Besut melalui Kuala Terengganu. Dah lama sangat rasanya tak ke Terengganu. Last sekali aku ke sana pada awal tahun 2008 sebelum aku melangsungkan perkahwinan dengan suami tercinta. Itupun pergi atas urusan kerja dengan menaiki flight. Aku cuma pernah ke Terengganu melalui jalan darat ketika di Tingkatan satu..huh..lamanya! That was 22 years back..Kami sampai ke Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 1 tgh hari. Kami lunch dulu kerana bot hanya akan bertolak pada pukul 2.30 petang..almaklumlah hari Jumaat. Kami lepak di pejabat Shari-la ...