Hello Kitty Town, Nusajaya




Saya tulis entry ini setelah terperasan gambar-gambar ke Hello Kitty Town, Nusajaya dalam Ipad. Teringat kenangan membawa Izz Hadif ke sana awal tahun 2013 yang lalu ketika dia sedang demam. Boleh pulak dia demam pada hari dia dan ummi dan walidnya datang ke JB dengan menaiki keretapi. Dah tu boleh pulak train yang diaorang dah book untuk balik ke Kajang tak dapat dinaiki disebabkan berlaku kejadian train lain terbabas di Kempas yang menyebabkan landasan ditutup untuk satu tempoh yang agak panjang. Memang macam-macam tragedi berlaku ketika diaorang datang.

Bertie the Bus..2 kali naik ni..best!


Gembira macam kanak-kanak ribena






See..mak pak yang lebih-lebih!


Masa pergi JPO pun Izz asyik melalak jer..yer lah..dah demamkan! Tak aman kami nak membeli-belah. Esoknya ke Hello Kitty Town..dia tetap tak dapat menikmati permainan-permainan yang banyak di sana. Kami pulak yang lebih-lebih..siap mencuba semua mainan kat dalam tu. Hello. Kitty Town ada 3 tingkat. Kalau nak masuk ketiga-tiga tingkat tu harga tiketnya ialah RM85. Tapi kami tak masuk Hello Kitty sebab cuma setingkat sahaja, so kami ambik tiket berharga RM50 seorang untuk ke  The Little Big Club di dua tingkat yang lain yang lebih sesuai dengan kanak-kanak lelaki.

Izz bukan gembira tu..tapi nangis..cian dia!




Best jugak pertunjukan dan permainan kat dalam tu dan yang penting sejuk sebab ada aircond..hehe..taklah panas macam kat Legoland. Kat dalam tu pun ada restoren untuk makan. Harga pun ok jugak..taklah mahal dan tak masuk akal macam kat Disneyland Jepun..Kami rasa macam kanak-kanak ribena pulak bila kami naik Bertie the Bus sampai dua kali..best kot! Hehe..suka hatilah kan, dah bayar tiket naik jer lah sepuluh kali pun siapa nak marah kan?!











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris