Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

SABAH TRIP DAY 3 - SABAH TEA PLANTATION, FISH SPA, RANAU HOT PORING & HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU

Imej
Assalamualaikum semua pembaca yang mengikuti blog ini atau secara tak sengaja terbaca blog ini. Jarang-jarang dapat update dek kesibukan yang melampau. Sekarang pun tengah busy dengan kerja dan prepare itinerary dan book segala yang perlu untuk trip ke Hong Kong bersama suami dan kedua ibu bapa saya pada bulan Mac 2017 nanti sempena birthday suami saya yang tercinta tu. Kali ini bawa mak dan bapa saya sekali memandangkan sudah lama tak membawa mereka bercuti di luar negara. Kali terakhir kami membawa mereka ke Medan, Indonesia pada 2013. Tahun 2014 dan 2015 bercuti dalam negara sahaja dengan mereka. Walaupun begitu, sebagai anak yang baik (chewah, perasan!) saya tetap sponsor ground tour package parents saya masa mereka ke Bukit Tinggi, Sumatera pada minggu lepas bersama keluarga adik saya manakala adik saya membayarkan tiket penerbangan mereka. Saya tak ikut kerana ingatkan sibuk dengan penutupan akaun hospital rupanya tahun ini awal pulak tarikh penutupan iaitu pada 8 Disember..s...

Sabah Birthday Trip 2016 Day 2 - Rumah Terbalik Tuaran, Kundasang dan Mount Kinabalu Pine Resort

Imej
Perjalanan hari kedua kami diteruskan ke Tuaran dan seterusnya Kundasang. Dari Kota Kinabalu kami bertolak ke Tuaran kerana mahu melawat rumah terbalik dan Museum 3D. Jarak di antara Kota Kinabalu dan Rumah Terbalik ini ialah lebih kurang 37KM. Harga tiket combo untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik dan Museum 3D berharga RM31.80 seorang/ dewasa dengan menunjukkan IC. Kami excited juga nak masuk muzium 3D ni sebab belum pernah masuk walaupun dah ada di pelbagai tempat kat Malaysia ni. Time kami masuk ni memang tak ada orang lain yang masuk bersama-sama..saya terpaksa ambil kayu papan yang ada notis untuk kami letakkan kamera untuk ambik gambar kami berdua..boleh pulak lupa nak bawa tripod bersama. Tapi kat dalam rumah terbalik tak boleh ambil gambar, hanya dibenarkan ambil di kawasan luar sahaja.     Ramai yang suka aksiku ini bila letak dalam FB..hehe..macam betul2 terpenjara bersama kawan2 kat belakang tu :-P Aksi gedik suami isteri Teringat pengalama...