HONG KONG FAMILY TRIP - DAY 1
Assalamualaikum semua pembaca..Kali ini saya nak bercerita mengenai trip saya dan suami serta mak dan bapa saya ke Hong Kong pada 14 - 17 Mac 2017 yang lalu. Untuk makluman, trip terakhir saya bersama kedua ibu bapa saya ke luar negara adalah pada 2013 dimana saya membawa mereka serta ahli keluarga yang lain mengunjungi Medan, Indonesia. Selepas itu saya hanya membawa mereka bercuti di dalam negara sahaja. Walaupun begitu saya tetap membayarkan trip mereka ke Bukit Tinggi hujung tahun lepas dimana mereka ke sana bersama adik saya dan keluarganya. Mak dan ayah saya pergi ke Hong Kong semuanya saya belanja termasuklah saya memberikan wang belanja shopping sebanyak RM500 kepada mereka berdua. Mak dan bapa saya kelihatan excited untuk ke Hong Kong. Kami ke sana dengan menaiki flight Air Asia dan mengambil masa 4 jam untuk tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Airport HKIA sangatlah besar dan terbahagi kepada 2 terminal dan tiga area gate utama yang dihubungkan melalui trai...