HONG KONG FAMILY TRIP - DAY 1

Assalamualaikum semua pembaca..Kali ini saya nak bercerita mengenai trip saya dan suami serta mak dan bapa saya ke Hong Kong pada 14 - 17 Mac 2017 yang lalu. Untuk makluman, trip terakhir saya bersama kedua ibu bapa saya ke luar negara adalah pada 2013 dimana saya membawa mereka serta ahli keluarga yang lain mengunjungi Medan, Indonesia. Selepas itu saya hanya membawa mereka bercuti di dalam negara sahaja. Walaupun begitu saya tetap membayarkan trip mereka ke Bukit Tinggi hujung tahun lepas dimana mereka ke sana bersama adik saya dan keluarganya. Mak dan ayah saya pergi ke Hong Kong semuanya saya belanja termasuklah saya memberikan wang belanja shopping sebanyak RM500 kepada mereka berdua.


Mak dan bapa saya kelihatan excited untuk ke Hong Kong. Kami ke sana dengan menaiki flight Air Asia dan mengambil masa 4 jam untuk tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Airport HKIA sangatlah besar dan terbahagi kepada 2 terminal dan tiga area gate utama yang dihubungkan melalui train. Yang paling saya kesalkan adalah maklumat tidak tepat daripada pramugari Air Asia yang hanya memberikan satu arrival card untuk kami berempat. Katanya boleh isi satu sahaja untuk kami berempat kerana kami datang bersama. Saya yang terpinga-pinga ketika itu berasa tidak puas hati dan meminta suami yang baru pulang dari tandas untuk bertanya sekali lagi kerana setahu saya arrival card ini mesti diisi oleh setiap traveller. Suami saya pun mendapat jawapan yang sama dan memikirkan mungkin polisi Hong Kong berbeza dengan negara lain maka kami tidak bertanya lagi. Setibanya di airport saya jadi runsing melihat setiap orang memegang satu kad dan meminta suami bertanyakan kepada petugas airport dan akhirnya dimaklumkan bahawa setiap orang perlu mengisi kad tersebut. Keadaan jadi huru-hara sekejap kerana saya telah selesai pemeriksaan imigresen dan kedua ibu bapa serta suami belum selesai mengisi kad tersebut. Nak bantu mak ayah saya pun tak boleh kerana diminta keluar oleh pegawai Imigresennya yang boleh tahan suara kuat itu.







Tunggu train nak ke terminal dua.



Tempat tunggu bas berdasarkan nombor bas. Hong Kong negara yang sangat bersih sama macam di Jepun.


Dalam bas dari HKIA ke hotel..Bas dua tingkat ada tempat letak luggage di tingkat bawah.


Pemandangan sepanjang perjalanan dari HKIA ke hotel. Jarak HKIA ke hotel kami dalam 37KM.


Beg kami langsung tak diperiksa..So, kalau nak seludup bahan makanan memang mudahlah. Saya turut membawa bersama rice cooker yang saiz kecil serta beras 1kg sebanyak 3 pek, sardin, sambal kerang dalam tin, rendang ayam dalam tin, sambal bilis goreng bawang yang dipek cantik sebanyak 2 Kg (beli dengan kawan saya), milo 3 in 1, 2 pek maggi goreng dan makanan-makanan ringan seperti kacang pistachio dan kacang goreng. Saya tak pernah bawa rice cooker ke mana-mana trip saya sebelum ini tapi memandangkan semua maklumat yang kami dapat mengatakan harga makanan halal sangat mahal di sana dan kami berempat  maka saya terfikir idea untuk membawa rice cooker bagi menjimatkan belanja. Cukuplah sehari sekali makan di luar. Selebihnya makan makanan yang kami bawa.


Kami tinggal di Hotel Ibis Central & Sheung Wan yang terletak di sebelah pulau dan berdekatan dengan kawasan Central dan Central Station HK. Kami ke sana dengan menaiki bas bernombor A11 dan turun di Macau Ferry Terminal. Di Airport HK kami membeli sim card untuk memudahkan kami google direction untuk kemana-mana..mudah sangat kerana nama station dan jumlah station yang dilalui juga diberitahu dalam googlemap. Kami turut membeli pakej ke Disneyland dan The Peak Tram dan Sky Terrace di China Travel Service yang harganya lebih murah daripada membeli secara online ataupun di kaunter tempat-tempat tersebut. Kami juga membeli Octopus Card di situ dan perlu membayar HKD150 setiap satu dimana HKD50 adalah sebagai deposit dan akan dipulangkan apabila kad tersebut dipulangkan dimana-mana station train. Octopus Card ini boleh dipakai untuk menaiki bas, tram, train dan juga feri. Dari macau Ferry Terminal kami mengambil teksi ke hotel kami. Jarak Macau Ferry Terminal ke Hotel kami tak sampai pun 1 KM dan sebenarnya ada jejambat yang menghubungkan ke seberang jalan ke arah hotel. Tapi disebabkan hari pertama dan masih blur lagi direction kat sana maka kami menaiki teksi dan dicharge HKD22 dan tambah HKD5 untuk setiap beg yang diletak dalam bonet teksi. Maka kos keseluruhan teksi ialah HKD37 (RM21).





Hotel Ibis Central & Sheung Wan













Bilik selesa..hampir RM500 semalam.






Pemandangan dari bilik hotel kami..cantik sangat..malangnya berkabus sikit hari pertama kami sampai.


Setiba di Hotel kami dilayan dengan baik oleh para petugas Hotel Ibis yang sangat mesra dan fasih berbahasa Inggeris. Kami diberikan bilik yang berdekatan dengan bilik mak dan bapa di tingkat 25 dan mengadap Victoria Harbour view yang sangat cantik itu. Harga bilik kami agak mahal berbanding bilik yang mengadap city view. Hari pertama sesudah makan, mandi dan solat kami keluar menuju ke Hard Rock Cafe Central. Untuk makluman terdapat 2 HRC di HK. Satu lagi terletak di The Peak. Kami ke sana dengan menaiki bas yang terletak cuma di sebelah kiri hotel. Untuk makluman, bas di sana mesti ditunggu di bas stop yang telah ditetapkan mengikut nombor bas. Sekiranya anda menunggu di tempat yang salah walaupun bas tu lalu pemandu bas tak akan memberhentikan bas di situ.





Isi perut sebelum keluar berjalan...lapar





Pemandangan bangunan-bangunan dari area lif di tingkat 25 hotel kami.




Menunggu bas ke HRC di tepi hotel



HRC Central






Kawasan central HK



Butik berjenama bersepah-sepah di sepanjang jalan.



Dari HRC kami menuju ke Central Station dan menaiki train ke Tsim Sha Tsui untuk pergi ke Avenue of Stars. Namun kami sempat juga menyinggah memborong perfume yang sangat murah harganya di Sasa. Sasa di sana bersepah di merata-rata tempat..tak sampai 100 meter ada lagi kedai Sasa yang lain. Saya membeli sebotol Eau de Parfume jenama Chloe 50ml berharga cuma RM290. Saya pernah beli Eau de Toilette Chloe 50 ml di Airport KK yang berharga RM360. Saya turut membeli perfume 5th Avenue Elizabeth Arden yang cuma berharga HKD83 (RM47) untuk 30ml dan RM80++ untuk perfume bersaiz 75ml..apa lagi saya borong la beberapa botol untuk adik-beradik saya serta mak mertua. Pada hari last ketiga saya borong lagi perfume jenama Princesse Marina De Bourbon yang sangat harum baunya. Cuma RM100++ untuk 100ml dan saya dapat lagi sebotol free jenama yang sama saiz 30ml. Kalau datang HK tak borong perfume memang balik Malaysia tidur tak lena lah jawabnya.





Orang HK walaupun agak rude tapi agak membantu dan ramai juga yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris..minah rambut colorful tu bantu menunjukkan tempat turun yang betul kepada kami. Public transport kat sana sangat mudah dan ada connecting train, bus dan tram dimana-mana.



Sogo kat sana banyak jual barang-barang high end. Long Champ pun ada jual kat sini.


Butik LV bersepah kat sana. Harga barang branded agak murah di sana berbanding Malaysia.




Alhamdulillah..mak dan bapa saya masih kuat berjalan..malah lebih laju jalan daripada saya yang asyik sakit kaki ni..hehehe..






Location untuk patung Bruce Lee, Anita Mui dan beberapa orang stars lain telah dipindahkan dari kaki lima tepi harbour ke area lapang tepi bangunan di bahagian atas. Kena naik eskelator untuk ke sini dan turun melalui lif untuk melihat keindahan malam HK di tepi harbour. Malangnya malam itu hujan turun renyai-renyai on and off. Cuaca boleh tahan sejuk sebab angin kuat dan juga hujan. Kami cuma membawa light jacket ke sana. Cuaca pada waktu siang sekitar 19 - 20 darjah celcius dan pada waktu malam rasanya lebih rendah.








Icon HK..Bruce Lee


Kat patung Anita Mui




















Malam tu tak berapa meriah sangat pertunjukan lampu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris