Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

OUR 9TH ANNIVERSARY

Imej
Assalamualaikum semua pembaca. Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9. Pejam celik pejam celik dan 9 tahun hidup bersama dan dah 10 tahun lebih kenal each other . Dalam tempoh tu kami telah mengembara ke 13 buah negara dan puluhan bandar-bandar serta ratusan tempat menarik di seluruh dunia. InsyaAllah kalau ada rezeki bulan November ni kami akan berangkat ke Madinah dan Mekah pula untuk menunaikan umrah. Untuk tahun depan sempena meraikan anniversary ke 10 kami merancang untuk menjelajah Eropah sekali lagi. Kali ini kami mahu ke Istanbul, Turki, Itali, Switzerland dan juga Austria. Tengoklah macam mana nanti sama ada perancangan itu kekal atau berlaku rombakan dalam senarai negara yang ingin dilawati. Cadangannya mahu menjelajah Italy selama 7 hari, Swiss 5 hari, Austria 3 hari dan Istanbul 2 hari. Semuanya bergantung juga kepada kelulusan cuti rehat dan juga bajet...kalau ikutkan hati nak saja kembara selama sebulan. Tapi akak sedar diri yang akak kerja ma...

PENANG & REVIEW H BEACH SUITES AT RAINBOW PARADISE BEACH RESORT

Imej
Assalamualaikum semua Dah lama rasanya nak update pasal trip ke Penang hari tu tapi memanjang tak ada masa. Best juga rasanya menghabiskan masa dengan ibu bapa, abang, kakak ipar dan anak-anak buah. Kami menginap di H Beach Suites yang sebenarnya terletak di Rainbow Paradise Beach Resort. H Beach Suites ini dikendalikan oleh owner suites tersebut dan diiklankan melalui Agoda. Ada bilik yang diuruskan oleh pihak hotel sendiri. Hotel ini terletak di Tanjung Bungah dan kami cuma dikenakan charge sebanyak RM128 untuk satu bilik. Kalau tempah dengan pihak hotel harga mencecah RM300++ untuk sebuah suite family . Abang saya terkejut bila masuk ke bilik kerana expectationnya bilik biasa-biasa saja berdasarkan harga yang dibayar tetapi bilik yang kami dapat sangat besar dilengkapi dengan 2 katil Queen di setiap bilik dan bilik semuanya menghadap laut. Kolam renangnya pun sangat besar dan mempunyai private beach sendiri. Kesimpulannya pilihlah yang terbaik pada kadar yang berpatutan...hehe... ...