EUROPE TRIP 2018 - MOUNT TITLIS YANG SANGAT AWESOME!
Assalamualaikum para pembaca sekalian, Lama-lama sekali baru nak update blog ni. Perlu dicatatkan segera juga kerana bimbang lupa sesetengah perkara yang ingin dihighlightkan. Perjalanan kami seterusnya adalah ke Mount Titlis yang sangat cantik dan inilah rasanya first time saya naik cable car setinggi ini untuk ke puncak gunung. Pemandangan MasyaAllah, cantiknya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa agungnya ciptaan Allah SWT. Kos kami untuk menaiki Gunung Titlis adalah sebanyak CHF46 seorang ( Thank God ada Swiss Pass, kalau tidak kena bayar CHF 99 seorang). Pada mulanya kami menaiki cable car yang saiz kecil dan kemudiannya menaiki cable car yang lebih besar untuk naik ke puncak gunung. Cuaca memang sejuk dan digalakkan memakai sarung tangan kalau nak menikmati aktiviti buat ais kepal daripada salji kat atas gunung itu. Walaupun sejuk tetapi cahaya matahari yang terik dan cuaca yang cerah agak dapat...