EUROPE TRIP 2018 - MOUNT TITLIS YANG SANGAT AWESOME!
Assalamualaikum para pembaca sekalian,
Lama-lama sekali baru nak update blog ni. Perlu dicatatkan segera juga kerana bimbang lupa sesetengah perkara yang ingin dihighlightkan. Perjalanan kami seterusnya adalah ke Mount Titlis yang sangat cantik dan inilah rasanya first time saya naik cable car setinggi ini untuk ke puncak gunung. Pemandangan MasyaAllah, cantiknya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa agungnya ciptaan Allah SWT.
Kos kami untuk menaiki Gunung Titlis adalah sebanyak CHF46 seorang (Thank God ada Swiss Pass, kalau tidak kena bayar CHF 99 seorang). Pada mulanya kami menaiki cable car yang saiz kecil dan kemudiannya menaiki cable car yang lebih besar untuk naik ke puncak gunung. Cuaca memang sejuk dan digalakkan memakai sarung tangan kalau nak menikmati aktiviti buat ais kepal daripada salji kat atas gunung itu. Walaupun sejuk tetapi cahaya matahari yang terik dan cuaca yang cerah agak dapat membalancekan rasa sejuk di atas gunung itu. Untuk mendaki di kawasan sekitar, make sure pakai kasut yang sesuai kerana salji yang memenuhi semua ruang itu agak licin untuk kami berjalan dan mendaki naik ke tempat yang lebih tinggi.
Licin tu..ramai yang jatuh..kena berhati-hati |
Kami juga menaiki Ice Flyer semasa di atas puncak...a bit scary but very enjoyable riding...must try! Tiket untuk menaiki ice flyer boleh dibeli di kaunter di tempat Ice flyer tu juga! Harga saya lupa...kalau tak silap dalam CHF12 seorang. Suami saya agak penakut sikit..hahaha..bini dia ni lagi berani..seronok sangat perasaan kaki terjuntai dan menikmati pemandangan di bawah kaki yang sayup-sayup kelihatan. Di atas gunung tersebut terdapat beberapa restoren tetapi tiada satu pun yang mempunyai logo halal. Tetapi kami tidak runsing dan tidak cerewet kerana ada sayur-sayuran dan kari dhal disediakan. Saya makan nasi putih bersama aloo gobi sayur favourite saya yang saya suka makan kalau ke restoren makanan Authentic India beserta dengan kari dhal serta buah-buahan dan coffee latte. Nikmatnya makan kat atas gunung dengan disajikan pemandangan cantik. Makanan di restoren tersebut dikira berdasarkan berat dan ditimbang. Setiap sos yang diambil juga dikira ye..so jangan main belasah jer ambil banyak-banyak sebab ingatkan free..hehehe...
Muka suamiku yang cuak nak naik ice flyer...hahaha |
Antara perkara yang menjelikkan di atas Gunung itu ialah apabila terjumpa dengan segerombolan pelancong-pelancong dari India yang jenis tidak tahu beratur dan sanggup potong barisan hanya semata-mata tidak mahu terpisah dengan kaum kerabat yang lain. Attitude kekampungan itu dibawa kemana-mana walaupun duit banyak dan kaya-raya sebab mampu melancong ke negara yang serba mahal tu dengan membawa semua anak beranak dan kaum kerabat. Walaupun begitu, ada juga segelintir pelancong India yang bertamadun especially yang datang sendiri tanpa menggunakan travel agent.
Pemandangan kat Engelberg yang sangat cantik...bergambar selepas turun dari gunung Titlis |
Ini bukan taman ye..tapi tanah kosong tepi-tepi rumah orang...cantiknya macam dalam filem hindustan |
Bestnye....tgok ciptaan tuhan...cantik sgt permandangan....subhnallah...rase nk je terbang ke sne skrg...hihihihi klo bley!😁😁😁😁.
BalasPadamMemang awesome sgt pemandangan...Swiss sgt best..aman, nyaman dan cantik!
PadamAwesome.. thanks sudi kongsi pengalaman.. Sy akan ke sana Oct 2019, disebabkan kekangan masa sy cuma boleh pegi 1 tempat shj.. So nak tanya, kalau diberi pilihan mana yg better pergi.. interlaken-lauterbrunnen-schilthorn atau lucerne-grindelwald-titlis? Terima kasih.
BalasPadam