EUROPE TRIP 2018 - SPIEZ & BERN, SWITZERLAND
Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian, Update saya pada kali ini ingin menceritakan pengalaman pengembaraan kami seterusnya di bumi Swiss yang indah dan permai ini. Perjalanan kami seterusnya menuju ke Spiez yang terletak di Lake Thun. Lake Thun antara tasik yang cantik di bumi Swiss ini dan di sini kami menginap di hotel Belleveu yang mana kami membayar hampir RM600 untuk satu malam. Harga hotel di Swiss memang jauh lebih mahal berbanding negara Europe yang lain. Pemandangan dari bilik kami sangat cantik tetapi tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami sempat membuat day trip ke bandar Bern yang terletak tidak jauh dari Spiez. Kami check di internet, waktu trip train ke Bern dan balik dari Bern supaya kami dapat berjalan dengan tenang dan mengikut waktu yang telah kami plan. Waktu perjalanan train di Swiss sangat tepat seperti yang diletakkan di dalam website. Bilik kami untuk semalam Hotel kami tinggal Bern me...