EUROPE TRIP 2018 - SPIEZ & BERN, SWITZERLAND
Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian,
Update saya pada kali ini ingin menceritakan pengalaman pengembaraan kami seterusnya di bumi Swiss yang indah dan permai ini. Perjalanan kami seterusnya menuju ke Spiez yang terletak di Lake Thun. Lake Thun antara tasik yang cantik di bumi Swiss ini dan di sini kami menginap di hotel Belleveu yang mana kami membayar hampir RM600 untuk satu malam. Harga hotel di Swiss memang jauh lebih mahal berbanding negara Europe yang lain. Pemandangan dari bilik kami sangat cantik tetapi tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami sempat membuat day trip ke bandar Bern yang terletak tidak jauh dari Spiez. Kami check di internet, waktu trip train ke Bern dan balik dari Bern supaya kami dapat berjalan dengan tenang dan mengikut waktu yang telah kami plan. Waktu perjalanan train di Swiss sangat tepat seperti yang diletakkan di dalam website.
Bilik kami untuk semalam |
Hotel kami tinggal |
Bern merupakan ibu negara Swiss yang saya rasa ramai yang beranggapan Geneva adalah ibu negara Swiss..anda tidak keseorangan kerana saya juga begitu sebelum beberapa bulan bertolak ke Swiss barulah saya tahu fakta yang benar tentang ibu negara Swiss..hehehe..Perjalanan dari Spiez ke Bern dengan menaiki train adalah lebih kurang 30 minit sahaja. Bern adalah bandar yang cantik dan mempunyai sungai yang airnya bewarna hijau iaitu sungai Aare. Pada musim panas saya difahamkan penduduknya gemar berenang merentasi sungai ini untuk ke mana-mana tempat berdekatan.Ini tidak menghairankan memandangkan air sungainya sangat bersih dan pemandangan yang cantik di sekitarnya.
Bern merupakan tapak bersejarah UNESCO yang mana dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang bersejarah di muka bumi berbukit. Jangan risau bagi yang tidak larat menuruni anak tangga kerana terdapat perkhidmatan cable car (drahtseilbhan) di sediakan..free sahaja untuk pemegang Swiss Pass. Kami berjalan-jalan lebih kurang 3 jam di bandar ini dan mengambil gambar di hampir semua tempat tarikan utama di bandar itu. Jarak antara stesyen train Bern dengan bandar Bern juga amatlah dekat dan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke tapak UNESCO.
Bern, UNESCO site heritage |
Cable car untuk naik dan turun..mukabumi berbukit-bukit |
Tempat naik cable car |
Pemandangan dari atas |
Aare River yang cantik menghijau airnya |
Keesokan harinya kami menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Tasik Thun di Spiez...mengambil gambar dengan kambing dan juga lalang-lalang yang tumbuh subur kekuningan warna bunganya. Terasa macam dalam filem Hindustan..cuma tidak pakai baju bergemerlapan dan tiada props serta penari sahaja untuk melengkapkan aksi tarian di situ 🙈 Spiez tetap akan kami kenang walaupun pada pendapat saya boleh dibuat day trip atau persinggahan sahaja.
Bandar Spiez yang kecil dan tenang |
Pemandangan dari balkoni bilik kami |
Berjalan-jalan sekitar Lake Thun di Spiez |
Serba menghijau dan kekuningan |
Ulasan
Catat Ulasan